BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Myanmar dakwa campur tangan PBB burukkan keadaan.

image.jpg

Anggota polis berkawal di perkampungan Ngayantchaung, Buthidaung di utara Rakhine, Myanmar. - AFP

YANGON 18 Julai - Myanmar menegaskan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meneliti tuduhan rogol, penyiksaan dan pembunuhan penduduk Islam Rohingya hanya akan `memburukkan’ masalah di barat Rakhine.

Myanmar enggan memberi visa kepada tiga pakar yang telah dilantik PBB pada Mei lalu untuk meneliti tuduhan penyiksaan yang dilakukan anggota tentera negara itu.

Pada minggu lalu, duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley menggesa Myanmar untuk menerima misi berkenaan yang diputuskan oleh resolusi Majlis Hak Asasi Manusia.

Penasihat Keselamatan Negara Myanmar, Thaung Tun memberitahu pegawai PBB, para diplomat termasuk duta Amerika Syarikat (AS), Scot Marciel bahawa negara itu tidak akan terlibat dengan keputusan yang dibuat itu kerana tidak kukuh.
Advertisement

Powered By YuMe

“Kami beranggapan bahawa misi itu hanya akan memburukkan keadaan,” kata Thaung Tun. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...n-pbb-burukkan-keadaan-1.504560#ixzz4nJBb4HBa
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
'Myanmar belum berubah'

yanghhhe.transformed.jpg

WAKIL khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee. - Foto EPA

YANGON: Myanmar masih menggunakan taktik sama dengan bekas junta tentera dalam memastikan rakyatnya tidak bersuara, kata wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee.

Beliau turut menggesa kerajaan membenarkan badan dunia itu menyiasat dakwaan pembersihan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya.

Lebih 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Oktober lalu berikutan tindakan kejam pasukan keselamatan Myanmar menyebar pelbagai cerita mengenai pembunuhan beramai-ramai, rogol berkumpulan dan kebakaran oleh pasukan keselamatan.

Penyiasat PBB bimbang tentera menggunakan operasi mencari militan yang menyerang polis sebagai alasan melakukan pembersihan etnik ke atas minoriti itu.

Kerajaan menyangkal keras dakwaan itu tetapi enggan membenarkan misi PBB menyiasat atau memberi kebenaran masuk kepada wartawan antarabangsa atau aktivis hak asasi.

Lee menggesa kerajaan membenarkan kemasukan misi kerana masih menerima laporan penderaan dilakukan pasukan keselamatan di Rakhine.

Beliau berkata, polis dan tentera cuba mengugut dan mengganggu penduduk Rohingya kerana membongkar pencabulan hak mereka dengan cara sama dilakukan bekas pemerintah tentera.

"Saya kecewa melihat taktik kerajaan terdahulu masih diamalkan," katanya kepada sidang akhbar di Yangon pada akhir lawatan 12 harinya ke negara itu. - AFP

bharian
 
Ketegangan memuncak di kem pelarian Rohingya

Rohingyaasd.transformed_0.jpg



GUNGDUM: Ketegangan memuncak di kem pelarian Rohingya di sini yang menempatkan ratusan ribu etnik itu, berikutan operasi menghantar mereka pulang ke Myanmar yang bermula minggu depan.

Puluhan pelarian memegang kain rentang menentang penghantaran pulang mereka ketika Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee, melawat kem di sepanjang sempadan Bangladesh-Myanmar hari ini.

Beberapa ketua pelarian berkata, pegawai tentera Bangladesh mengancam mencatu makanan jika mereka enggan pulang.

Mengikut perjanjian ditandatangani minggu lalu, Myanmar bersedia menerima pelarian Rohingya dari Bangladesh di dua pusat penerimaan dan sebuah kem sementara, berhampiran sempadan bermula Selasa ini dan berterusan untuk tempoh dua tahun.

Pelarian terbabit enggan pulang kecuali keselamatan mereka dijamin dan Myanmar menunaikan tuntutan mendapatkan kerakyatan serta mengiktiraf mereka sebagai etnik minoriti.

Mereka juga menuntut rumah, masjid dan sekolah yang dibakar atau dirosakkan ketika operasi tentera dibina semula.

Lebih 655,500 pelarian Rohingya lari ke Bangladesh selepas tindakan keras tentera Myanmar di utara Rakhine sebagai tindak balas serangan pemberontak 25 Ogos 2017.

PBB menyifatkan tindakan tentera Myanmar itu tidak ubah seperti pembersihan etnik - Reuters








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/01/378656/ketegangan-memuncak-di-kem-pelarian-rohingya






.
 
Penghantaran pulang pelarian Rohingya tergendala

image.jpg

Pelarian Rohingya sedang menunggu bantuan makanan di kem pelarian Thankhali, wilayah Ukhia, Bangladesh kelmarin.

DHAKA – Bangladesh berkata bahawa penghantaran pulang pelarian Islam Rohingya ke Myanmar tidak akan berlaku seperti dirancang hari ini kerana penyusunan yang tidak lengkap.

“Terdapat banyak perkara yang belum lengkap,” kata Pesuruhjaya Bantuan dan Pemulihan Pelarian Bangladesh, Abul Kalam kepada agensi berita *Reuters melalui telefon semalam.

“Senarai pelarian yang akan dihantar pulang belum disediakan, pengesahan dan saringan mereka serta pembinaan kem transit juga belum dilakukan,” katanya.

Di bawah perjanjian dua hala yang ditandatangani minggu lepas, Myanmar bersedia menerima semula pela*rian Rohingya dari Bangladesh di dua pusat pengumpulan dan sebuah kem sementara yang dibina berhampiran sempadan kedua-dua negara itu mulai hari ini.

Proses penghantaran pulang itu pula dan akan berterusan sepanjang tempoh dua tahun akan datang. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/dunia/penghantaran-pulang-pelarian-rohingya-tergendala-1.595280
 
PM hantar delegasi khas ke Cox's Bazar

28subang.transformed_1.jpg

PM menyempurnakan Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya Dan Lawatan ke Hospital Medan Cox's Bazar di TUDM Subang

hishammichelle1.transformed.jpg

HISHAMMUDDIN beramah mesra dengan Michelle Yeoh yang akan menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dan Lawatan ke Hospital Medan Cox's Bazar di TUDM Subang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


SUBANG: Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan lagi bantuan kemanusiaan ke Cox's Bazar melalui penerbangan tentera, hari ini.

Rombongan diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor itu juga meninjau kesan hospital medan Malaysia di wilayah Ukhia di Cox's Bazar, sejak Disember lalu.

Misi berkenaan disertai 57 wakil Pejabat Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tujuh petugas media dari pelbagai agensi tempatan.

Penghantaran delegasi yang turut disertai Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan wakil kedutaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.

Pesawat tentera Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi tadi, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah. Ini misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh.

Misi kemanusiaan kali ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan hospital medan Malaysia.

Operasi hospital medan itu diketuai Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.

Pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia.

Sehingga kini, pasukan perubatan Malaysia di hospital medan merawat lebih 3,768 pesakit.

Malaysia juga mengerahkan aset hospital medan dan peralatan perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan sebanyak RM3.5 juta selama tiga bulan.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/381186/pm-hantar-delegasi-khas-ke-coxs-bazar




.
 
Rohingya: Saya tidak mahu pulang

image.JPG

Dua pertiga daripada 690,000 pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di sempadan Bangladesh adalah kanak-kanak.

COX'S BAZAR - Rancangan penghantaran pulang pelarian Rohingya yang dimeterai antara Bangladesh-Myanmar bukan berita gembira terutamanya buat golongan kanak-kanak.

"Ramai kawan saya dibunuh dengan kejam oleh tentera dan pelampau Buddha ketika mereka cuba melarikan diri. Terdapat banyak mayat bergelimpangan.

"Jika kami pulang sekarang, mereka pasti akan membunuh kami. Saya tidak rasa mahu kembali ke sana. Saya tidak mahu pulang," kata Sadiya, 12, sambil mengelap air mata dengan tudungnya.

Sadiya adalah salah seorang daripada 690,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu yang mana dua pertiga daripada mereka adalah golongan budak.

Ribuan kanak-kanak dilaporkan tiba bersendirian dan mengalami trauma melampau selepas melihat keluarga mereka dibunuh dan kampung dibakar ketika gelombang keganasan baharu itu tercetus.

PBB menganggarkan 170,000 kanak-kanak Rohingya mengalami pelbagai bentuk trauma mental dan memerlukan jagaan pakar.

"Trauma itu akan menjadi lebih serius dan memberi kesan jangka masa panjang jika mereka dipaksa pulang. Golongan itu akan terus dihimpit ketakutan kerana mereka tidak tahu nasib selepas pulang ke Rakhine," kata Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef), Justin Forsyth di kem pelarian Balukhali. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/rohingya-saya-tidak-mahu-pulang-1.789865
 
Etnik Rohingya semakin menderita

mapim8_cropped_1517388662.jpg


PENDUDUK Kampung Keprudang di Buthidaung, Arakan, Myanmar merayu bantuan antarabangsa selepas rumah mereka dibakar pelampau agama sejak seminggu lalu menyebabkan mereka kini terkepung dan hilang tempat berteduh.

Selain kampung berkenaan, Kampung Jabar yang terletak bersebelahan juga dibakar dengan puluhan keluarga terpaksa menyelamatkan diri dan lari ke kawasan berhampiran ekoran ketegangan yang semakin memuncak ketika perjanjian pengusiran pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh akan dilaksanakan.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar menghubunginya kelmarin untuk meminta bantuan selepas keadaan menjadi semakin buruk dengan penduduk yang kelaparan semakin meningkat.

Katanya, seluruh kampung dibakar hangus oleh pelampau sebagai tekanan ke atas etnik Rohingya di kawasan Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung awal minggu ini untuk mengusir mereka dari kawasan berkenaan seperti yang dilakukan sebelum ini.

"MAPIM dibantu pertubuhan antarabangsa lain mengusahakan bantuan untuk dibawa masuk ke Arakan sebagai bantuan segera kepada etnik Rohingya yang tinggal dalam ketakutan sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 25 Ogos tahun lalu.

"Jumlah bantuan yang diperlukan semakin besar kerana kawasan yang terjejas sudah bertambah dan jumlah mangsa meningkat. Bantuan yang diberikan sebelum ini hanya tertumpu kepada kawasan kem di sekitar Sittwe, namun kali ini ia sudah merebak ke tempat lain," katanya kepada Harian Metro.

Ahmad Tarmizi berkata, berdasarkan maklumat rakan gabungan MAPIM, penduduk terkepung di kawasan terjejas dan mereka masih dikawal ketat tentera yang membuat pos kawalan di hampir semua pintu masuk ke kampung walaupun sebahagian besarnya musnah dibakar sebelum ini.

Justeru, MAPIM mengaktifkan bantuan kecemasan untuk membantu mereka yang kini terkepung dan tidak dapat berbuat apa-apa dan ia akan disalurkan segera kerana mereka berisiko kehilangan nyawa.

"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Baitul Rahmah MAPIM 552095224432 (Maybank) atau mendapatkan maklumat menerusi laman Facebook MAPIM," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/308779/etnik-rohingya-semakin-menderita
 
Myanmar dakwa tiada perkuburan besar di Rakhine

kubur.jpg.transformed.jpg


YANGON: Myanmar menolak laporan wujud kawasan perkuburan besar di Rakhine, susulan tindakan ketenteraan ke atas pemberontak di wilayah itu, yang memaksa hampir 690,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Agensi Associated Press dalam laporannya sebelum ini, mengesahkan kewujudan lebih lima kawasan perkuburan besar yang tidak pernah didedahkan di Gu Dar Pyin.

Laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil temubual dengan mangsa yang terselamat di kem pelarian di Bangladesh dan video yang dirakam menerusi telefon bimbit.

Sementara itu, Jawatankuasa Penerangan Kerajaan Myanmar dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, pihak berkuasa tempatan dan pegawai keselamatan sudah menubuhkan 'pasukan khas' bagi menyiasat laporan itu.

Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada pejabat yang diketuai pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

"Pasukan khas terbabit sudah mengunjungi lokasi perkuburan besar seperti yang dinyatakan dalam laporan berita AP dan mendapati ia tidak benar sama sekali.

"Selain itu, mereka turut bertemu dengan penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat sama ada berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai atau sebaliknya.

"Namun, penduduk kampung memaklumkan bahawa ia tidak berlaku," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa 19 individu didakwa 'militan' yang maut ketika menyerang pasukan keselamatan, di kawasan perkampungan pada akhir Ogos lalu sudah dikebumikan dengan sempurna.

Bagaimanapun, dua etnik Rohingya yang masih tinggal di perkampungan berkenaan ketika dihubungi Reuters menerusi telefon, mempertikaikan kenyataan Kerajaan Myanmar itu.

Mereka berkata, perkuburan besar memang wujud dan mendedahkan pegawai kanan tentera mengunjungi perkampungan itu semalam.

Selain mengambil gambar, pegawai tentera itu turut mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung.

Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Media AP, Lauren Easton, berkata mereka tetap mempertahankan laporan berita terbabit.

Ketika ini, tiada wartawan dibenarkan memasuki kawasan itu yang terletak di utara Rakhine. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...anmar-dakwa-tiada-perkuburan-besar-di-rakhine
 
Back
Top
Log in Register