BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Sami kontroversi nafi dalang konflik di Rakhine

11haks.transformed.jpg

SAMI pelampau Myanmar, Wirathu yang dilarang oleh kerajaan Myanmar untuk memberi khutbah selama satu tahun, tiba di sebuah biara di Yangon, Myanmar. - Foto REUTERS

[YANGON: Sami pelampau Myanmar, Wirathu, hari ini menegaskan retorik anti-Islamnya tiada kaitan dengan keganasan di negeri Rakhine, ketika tampil semula selepas diharamkan berucap selama setahun.

Wiranthu adalah sami pelampau Buddha negara itu paling terkenal, yang muncul sebagai kuasa politik sejak peralihan negara itu daripada pemerintahan penuh tentera bermula 2011.

Keganasan dilakukan ke atas komuniti Islam seluruh Nyambar, tetapi paling teruk adalah minoriti Islam Rohingya di Rakhine, yang dilihat sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh atau digelar Benggali.

Hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera melancarkan kempen kekerasan susulan serangan ke atas pos polis dan tentera pada 25 Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan kekejaman itu sebagai pembersihan etnik dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai.

Rakhine berhadapan 'keganasan Benggali' kata Wiranthu hari ini, menolak dakwaan beliau mencipta konflik di negeri itu.

Beliau menyatakan keamanan yang dinikmati di tempat kelahirannya, Mandalay.

"Jika Wiranthu mencetuskan konflik, Mandalay akan menjadi abu.

"Dunia tidak mengetahui kebenaran ini," katanya, merujuk kepada diri sendiri di majlis di Yangon. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...mi-kontroversi-nafi-dalang-konflik-di-rakhine
 
Myanmar lakukan pembunuhan beramai-ramai - Pakar PBB

etnikrohin12mm.transformed.jpg

HAMPIR 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh. - Foto fail AFP

GENEVA: Pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini memberi amaran kekejaman dilakukan ke atas minoriti Islam Rohingya di Myanmar menunjukkan 'tanda pembunuhan beramai-ramai' dan menegaskan kerajaan perlu bertanggungjawab.

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh sejak Myanmar melancarkan kempen ganas ke atas militan enam bulan lalu susulan siri kebakaran khianat, pembunuhan dan rogol dilakukan tentera dan samseng.

Myanmar menyangkal keras dakwaan Amerika Syarikat dan PBB bahawa ia melakukan pembersihan etnik, menegaskan ia bertindak balas kepada serangan Tentera Pembebasan Arakan Rohingya lewat Ogos lalu.

Namun hari ini, wakil khas PBB ke Myanmar, Yanghee Lee, menyatakan alasan itu tidak cukup kukuh.

"Saya semakin yakin jenayah dilakukan, menunjukkan tanda pembunuhan beramai-ramai dan menggesa bertanggungjawab," katanya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/er...n-pembunuhan-beramai-ramai-pakar-pbb#cxrecs_s
 
Facebook penyebar kebencian di Myanmar​

marzukdaruz.transformed.jpg

KETUA Misi Fakta Pencarian Antarabangsa PBB di Myanmar, Marzuki Darusman. - Foto AFP​

GENEVA: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyaki Facebook berperanan dalam menyebarkan ucapan kebencian hingga menyebabkan kemungkinan berlaku pembunuhan beramai-ramai di Myanmar.

Ketua Misi Fakta Pencarian Antarabangsa PBB di Myanmar, Marzuki Darusman memberitahu wartawan bahawa media sosial memainkan peranan di Myanmar.

"Ia jelas sebagai penyumbang kepada kekacauan dan penentangan serta konflik dalam masyarakat umum. Sudah tentu kata-kata kebencian sebahagian daripadanya.

"Melihat kepada situasi di Myanmar, media sosial adalah Facebook dan Facebook adalah media sosial," katanya.

Ketua hak asasi manusia PBB minggu lalu mengesyaki berlaku pembunuhan beramai-ramai. Penasihat kesihatan kebangsaan menuntut 'bukti jelas', dikemukakan.

Facebook tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung kenyataan itu semalam, walaupun sebelum ini syarikat itu pernah mengeluarkan kenyataan mereka sedang berusaha untuk menghapuskan tulisan bernada kebencian di Myanmar dan menyingkir pemilik akaun yang berkongsi komen terbabit secara berterusan. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/03/398928/facebook-penyebar-kebencian-di-myanmar
 
Myanmar bina kemudahan tentera di Rakhine: Amnesty​

Amnestyaass.transformed.jpg

FOTO satelit menunjukkan kemudahan tentera di Rakhine. - Foto AFP​

YANGON: Amnesty International (Amnesty) mendakwa tindakan Kerajaan Myanmar memasang kemudahan keselamatan di perkampungan Rohingya yang musnah dalam kebakaran, menimbulkan keraguan mengenai keikhlasan mereka untuk menerima kembali ratusan ribu pelarian.

Hampir 700,000 etnik Rohingya meninggalkan Rakhine menuju ke Bangladesh sejak Myanmar melancarkan serangan balas terhadap pemberontak enam bulan lalu.

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap tindakan itu sebagai satu pembersihan etnik.

Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan itu dan berkata ia dilancarkan susulan serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Laporan terbaharu Amnesty yang bertajuk 'Pembinaan Semula Negeri Rakhine', itu turut memaparkan imej satelit dan temuramah yang mendedahkan pembinaan pelbagai infrastruktur ketenteraan mulai awal tahun ini, yang didakwa pengkaji sebagai satu tindakan 'merampas tanah'.

"Terdapat bukti baru seperti yang dilaporkan oleh Amnesty dalam hasil kajian terbaharunya, menunjukkan pihak berkuasa Myanmar membina kemudahan baharu di atas setiap tapak milik penduduk Rohingya.

"Malah, dalam beberapa keadaan kediaman yang masih ada turut dimusnahkan," kata pengarah tindak balas krisis Amnesty, Tirana Hassan kepada AFP.

Walaupun mengakui imej itu tidak menggambarkan keseluruhan keadaan di Rakhine, kumpulan hak asasi itu berkata, struktur bagi kegunaan pasukan keselamatan, landasan untuk helikopter dan jalan raya terbabit dibina di atas tanah serta bangunan milik penduduk Rohingya yang musnah dalam kebakaran.

Berikutan itu, Amnesty mendakwa ia adalah sebahagian daripada pangkalan baru untuk pasukan keselamatan. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...kemudahan-tentera-di-rakhine-amnesty#cxrecs_s
 
Last edited:
Myanmar bina pos tentera di Rakhine

13hmpost_1520915875.jpg

Yangon: Amnesty International (Amnesty) meragui keikhlasan kerajaan Myanmar untuk menerima kembali ratusan ribu pelarian selepas negara itu membina kemudahan tentera di perkampungan Rohingya yang dimusnahkan.

Hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine menuju ke Bangladesh selepa tentera Myanmar melancarkan serangan balas terhadap pemberontak enam bulan lalu dengan membakar kampung dan membunuh penduduk.

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan berkenaan yang dianggap sebagai satu pembersihan etnik.

Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan itu dan mendakwa ia dilancarkan susulan serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Dalam laporan terbaru Amnesty yang bertajuk ‘Pembinaan Semula Negeri Rakhine’, memaparkan imej satelit dan temuramah yang mendedahkan pembinaan pelbagai infrastruktur ketenteraan sejak awal tahun ini, yang didakwa pengkaji sebagai satu tindakan ‘merampas tanah’.

“Terdapat bukti baru seperti yang dilaporkan oleh Amnesty dalam hasil kajian terbaru, menunjukkan pihak berkuasa Myanmar membina kemudahan baharu di atas setiap tapak milik penduduk Rohingya.

“Malah, dalam beberapa keadaan kediaman yang masih ada turut dimusnahkan,” kata pengarah tindak balas krisis Amnesty, Tirana Hassan kepada AFP.

Walaupun mengakui imej itu tidak menggambarkan keseluruhan keadaan di Rakhine, kumpulan hak asasi itu berkata, struktur bagi kegunaan pasukan keselamatan, landasan untuk helikopter dan jalan raya terbabit dibina di atas tanah serta bangunan milik penduduk Rohingya yang musnah dalam kebakaran.

https://www.hmetro.com.my/global/2018/03/320802/myanmar-bina-pos-tentera-di-rakhine
 
Etnik Buddha pindah ke bekas kampung Rohingya di Rakhine​

17kanysud.transformed.jpg

SEORANG lelaki yang memegang anaknya di kampung Koe Tan Kauk, di Rakhine, Myanmar. - Foto AFP​

KOE TAN KAUK: Etnik Buddha Myanmar mengambil kesempatan berpindah ke Rakhine di utara negara itu, pernah dikuasai etnik Muslim Rohingya sebelum ini dalam rancangan mengubah demografi setempat.

Mereka berpindah ke beberapa kawasan di Rakhine yang sudah 'dibersihkan' daripada penduduk Rohingya, selepas perkampungan mereka dimusnahkan dan hanya tinggal kesan berlopak di kawasan pertanian subur.

Pendatang Rakhine itu adalah golongan miskin berasal dari kawasan stabil di selatan dan buat masa ini, jumlah mereka masih sedikit.

Namun, mereka membawa harapan besar sebagai perintis pelan 'Rakhinisasi' yang ditaja penderma untuk mengubah demografi kawasan yang satu ketika dulu dihuni majoriti penduduk Islam berkenaan.

"Kami amat takut dengan golongan 'Kalar' sebelum ini dan tidak merancang untuk ke sini.

"Namun kini mereka tiada di lagi, kami berpeluang bertemu saudara yang menetap di sini," kata Chit San Eain, 28, yang berpindah bersama suami dan anaknya ke pondok asas di sini merujuk gelaran menghina penduduk Muslim.

Katanya, runtuhan penempatan Rohingya terletak sejauh beberapa kilometer dari pondok didiaminya.

Hampir 700,000 etnik Rohingya diusir dari utara Rakhine ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu oleh tentera Myanmar. Tambahan 300,000 lagi dihalau dari selatan dan tengah Rakhine dalam kempen tentera sejak 1970-an.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan operasi tentera tahun lalu itu sebagai 'pembersihan etnik' dengan pegawai kanannya berkata, semua bukti menunjukkan pembunuhan beramai-ramai jelas berlaku. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...a-pindah-ke-bekas-kampung-rohingya-di-rakhine
 
Back
Top
Log in Register