InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.




BANGKOK: Sebuah bot membawa sekurang-kurangnya 56 pelarian Rohingya ditahan di sebuah pulau di Thailand ketika dalam perjalanan ke Malaysia, kata pihak berkuasa hari ini.
Bot yang sarat membawa penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai berlabuh seketika di pantai barat Thailand berhampiran wilayah Krabi awal hari ini akibat cuaca buruk.
Beberapa gambar menunjukkan pelarian berkenaan ditemubual ketika berlabuh dan diiring kembali ke bot mereka sebelum berlepas.
Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot berkenaan adalah pelarian Rohingya tetapi tidak tahu dari mana mereka datang.
"Laporan awal menunjukkan mereka berlabuh berhampiran Koh Lanta pagi ini kerana mengelak daripada ribut. Mereka menuju ke Malaysia," katanya merujuk kepada sebuah pulau pelancongan popular.
Hampir 700,000 umat Islam Rohingya mencari perlindungan di selatan Bangladesh sejak Myanmar melancarkan tindakan keras terhadap pemberontak Ogos lalu yang disifatkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.
Perjanjian untuk menghantar pulang Rohingya dari Bangladesh ke negeri Rakhine di Myanmar masih belum menjadi kenyataan.
Menurut statistik terkini agensi pelarian PBB, terdapat hampir 700,000 pelarian Rohingya dan pencari suaka politik yang tinggal di Malaysia. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/406325/bot-pelarian-rohingya-ditahan-di-thailand

kritik..gesa..kritik..gesa....100tahun kemudian...kritik..gesa...kritik..gesa...

pihak itu menggesa..
kerajaan itu mengkritik...
negara itu mengkritik..
last2 krik krik...
aku setuju dgn pengomen-pengomen dalam ni bahawa perangai Rohingya ni memang teruk...boleh tgk sndiri kat Malaysia..naik menyampah pun ada....
tapi tindakan tentera/kerajaan Myanmar tu sendiri pun patut dikeji, dikutuk, diambil tindakan...tgk saja lah apa yg diorang buat kat etnik ROhingya..bunuh, rogol dan sbgnya..
bila PBB nak siasat, dilarang..adoi...
tp ye lah ,,nak buat mcm mana....
duk pusing2 mengkritik, menggesa, mengkritik, menggesa je lah..
last2 krik2


BANGKOK – Sebuah bot membawa berpuluh-puluh pelarian Rohingya yang menuju ke Malaysia berhenti seketika di sebuah pulau di Thailand, kata seorang pegawai semalam.
Bot Rohingya itu tiba di pulau tersebut di wilayah Krabi, barat Thailand awal semalam berikutan cuaca buruk.
Gambar menunjukkan penumpangnya disoal siasat di pantai sebelum dibenarkan menaiki semula bot mereka dan meneruskan perjalanan.
Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot tersebut merupakan etnik Rohingya tetapi tidak mengetahui dari mana mereka datang.
“Laporan awal menyebut mereka berlabuh berhampiran Koh Lanta (Pulau Lanta) pagi ini untuk mengelak ribut. Mereka mahu menuju ke Malaysia,” katanya, merujuk kepada sebuah pulau yang popular dalam kalangan pelancong.
“Pelarian Rohingya yang menaiki bot itu dibenarkan meneruskan perjalanan mereka,” tambahnya.
Kitibodee berkata lagi, terdapat kira-kira 56 wanita, lelaki dan kanak-kanak dalam bot itu.
Ramai etnik Rohingya yang terbabit dalam krisis orang hanyut pada 2015 berakhir di Malaysia dan Indonesia berikutan Thailand mengekalkan dasar untuk tidak menerima mereka.
Selain etnik Rohingya laluan laut itu turut digunakan oleh pendatang tanpa izin Bangladesh.
Statistik terbaharu agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati terdapat hampir 70,000 pelarian dan pencari suaka Rohingya tinggal di Malaysia. – AFP
http://www.kosmo.com.my/dunia/thailand-lepaskan-bot-rohingya-1.639740




DHAKA - BANGLADESH . Kerajaan Bangladesh telah mula memindahkan 100,000 pelarian Rohingya ke kawasan lebih selamat menjelang kedatangan musim monsun.
Semalam, Pesuruhjaya Pelarian, Mohammad Abul Kalam berkata, proses penempatan semula yang akan dilakukan sebelum Jun depan itu memberi keutamaan kepada pelarian Rohingya yang tinggal di kawasan berisiko dilanda tanah runtuh dan banjir.
Sementara itu, Timbalan Pentadbir Daerah, Mahidur Rahman memaklumkan 2,023 hektar hutan telah 'dibersihkan' selepas kebanyakan pelarian Rohingya menggunakan kayu api untuk memasak.
Difahamkan, Dhaka telah memperuntukkan kira-kira 1,416 hektar kawasan hutan di Cox's Bazar untuk pelarian Rohingya yang baharu tiba membina penempatan.
"Tetapi hutan itu telah ditebang pada kadar empat padang bola sepak sehari. Lereng bukit yang subur telah menjadi tandus dan memberi risiko berlakunya tanah runtuh apabila hujan lebat
"Kira-kira 200,000 terdedah kepada bencana alam itu," ujarnya.
Sebelum ini, Bangladesh mengumumkan rancangan untuk memindahkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di pulau tidak berpenghuni di Teluk Bengal, namun pelan itu tidak akan dilakukan sebelum akhir tahun ini. - Press TV
http://www.sinarharian.com.my/global/100-000-pelarian-rohingya-dipindah-ke-kawasan-selamat-1.817187
