BTC USD 82,728.7 Gold USD 4,089.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Myanmar tolak hasrat Majlis Keselamatan PBB

Mansour_Al-Otaibi.jpg.transformed.jpg

MANSOUR Al-Otaibi
NEW YORK (PBB): Kerajaan Myanmar menolak permintaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melawat negara itu bulan ini, bagi meninjau keadaan pelarian Rohingya yang kini dilanda krisis.

Namun, Presiden UNSC yang juga Duta Kuwait ke PBB, Mansour Al-Otaibi, berkata pihak berkuasa Myanmar tidak membantah jika lawatan itu diadakan pada Mac atau April ini.

"Mereka berpendapat masanya belum sesuai untuk kami melawat negara itu," kata Mansour kepada wartawan di ibu pejabat PBB, di sini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan mendesak ratusan ribu pelarian etnik Rohingya dibenarkan pulang ke Rakhine, selepas mereka melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

Menurut Mansour, Kerajaan Myanmar merancang untuk menganjurkan satu sesi lawatan ke Rakhine bagi semua diplomat yang berada di negara itu, selain menekankan mengenai ketegangan yang melanda wilayah itu ketika ini.

Sejak Ogos lalu, hampir 700,000 etnik Rohingya sudah menyeberangi sempadan menuju ke Bangladesh bagi berlindung di pusat penempatan sementara.

Bulan lalu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi bagi membolehkan Setiausaha Agung badan dunia itu, Antonio Guterres melantik wakil khas ke Myanmar, namun sehingga kini, pelantikan itu masih belum dibuat. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/02/383609/myanmar-tolak-hasrat-majlis-keselamatan-pbb
 
8 negara gesa PBB tangani krisis Rohingya

08rohingya.transformed.jpg

Sebahagian daripa pelarian rohingya yang berada di Kem Pelarian Rohingya Cox Bazar. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

NEW YORK: Britain, Perancis, Amerika Syarikat (AS) berserta lima negara lain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membincangkan nasib ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera di Myanmar, kata diplomat.

Majlis berkenaan bakal mengadakan pertemuan pada Selasa depan bagi mendengar pembentangan laporan Pelarian Fillipo Grandi oleh Suruhanjaya Tinggi PBB berhubung krisis yang dicetuskan tentera Myanmar di Rakhine sejak Ogos tahun lalu.

Sweden, Poland, Belanda, Kazakhstan dan Guinea Khatulistiwa menyuarakan hasrat menyertai perbincangan bersama tiga anggota tetap majlis berkenaan.

Pertemuan itu diadakan hampir tiga bulan selepas Majlis mempertimbangkan cadangan mengekang kuasa tentera Myanmar sekali gus membenarkan pelarian Rohingya pulang semula ke kampung halaman mereka.

Lebih daripada 750,000 pelarian Rohingya dilaporkan melarikan diri dari negara majoriti penduduk Buddha itu ke Bangladesh akibat trauma dengan kekejaman tentera yang membunuh, merogol malah membakar perkampungan mereka.

Bulan lalu, Bangladesh dan Myanmar bersetuju menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua tahun, namun PBB menyatakan kebimbangan selepas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) disingkirkan dari perjanjian itu.

Perhimpunan Agong pada Disember mengangkat satu resolusi yang meminta Setiausaha Agong, Antonio Guterres menamakan seorang duta khas ke Myanmar namun perlantikannya belum diputuskan.

China yang menyokong kuat mantan pemerintah Junta di Myanmar serta Russia mengundi menentang resolusi berkenaan. Kedua-duanya memegang kuasa veto dalam majlis berkenaan.

Kerajaan Myanmar enggan menerima lawatan wakil khas ke wilayah Rakhine dengan alasan 'ia bukan masa yang sesuai," kata Duta Besar Kuwait Mansour al-Otaibi. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/02/386020/8-negara-gesa-pbb-tangani-krisis-rohingya
 
Washington desak siasatan bebas di Rakhine

24167_cropped.transformed.jpg

JURUCAKAP Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Heather Nauert.- Foto Reuters
​
WASHINGTON: Amerika Syarikat menuntut siasatan lebih telus dijalankan terhadap insiden pembunuhan etnik Rohingya, seperti yang dilaporkan wartawan Reuters sebelum ini.

Pihak berkuasa negara itu juga menuntut dua orang wartawan yang ditahan ketika melakukan siasatan itu dibebaskan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Heather Nauert berkata, laporan berhubung penemuan kubur besar sebelum ini, menunjukkan keperluan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk memberi kerjasama.

"Siasatan bebas, telus dan boleh dipercayai perlu dilakukan berhubung tuduhan kekejaman yang berlaku di utara Rakhine.

"Siasatan ini akan membantu memberi gambaran yang lebih lengkap berhubung apa yang berlaku, mendedahkan identiti mangsa, mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan pelanggaran hak asasi manusia dan seterusnya menegakkan keadilan," kata Nauert.

Laporan khas yang disiarkan sebelum ini, menjelaskan apa yang berlaku terhadap 10 lelaki Rohingya yang dibunuh dari kampung Inn Din dan dikebumikan di kawasan perkuburan besar.

Malah, Reuters turut mendedahkan temuramah dengan penganut Buddha yang mengaku membakar rumah etnik Rohingya, mengebumikan mayat dan membunuh mereka.

Keganasan gila yang kononnya tercetus angkara serangan pemberontak Rohingya yang menyerang pos keselamatan pada Ogos tahun lalu.

Ketika ditanya berhubung bukti yang didedahkan Reuters berhubung pembunuhan beramai-ramai itu, jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay berkata, mereka tidak menafikan tuduhan berlakunya pelanggaran hak asasi manusia dan tidak berselindung.

"Sekiranya terdapat bukti utama yang kukuh dan boleh dipercayai yang menyalahi undang-undang, kerajaan akan menyiasat, katanya.

Setakat ini kerajaan Myanmar tidak memberikan sebarang reaksi berhubung laporan itu. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/02/386862/washington-desak-siasatan-bebas-di-rakhine
 
Wartawan ditangkap siasat kekejaman tentera Myanmar

image.jpg
DUA gambar yang diperoleh Reuters menunjukkan 10 lelaki etnik Rohingya duduk dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang sebelum dibunuh dan dihumban ke dalam lubang besar di Kampung Inn Dinn, Rakhine pada 2 September tahun lalu.

image.jpg
REHANA KHATUN merenung jauh nasib keluarganya di kem pelarian Kutupalong , Coxs Bazar, Bangladesh selepas suami, Mohammed Nur merupakan antara 10 penduduk Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar dan penduduk kampung beragama Buddha. REUTERS

BANGKOK 9 Feb. – Dua wartawan agensi berita Reuters telah ditahan selama dua bulan oleh kerajaan Myanmar kerana melakukan penyiasatan berhubung kes pembunuhan beramai-ramai melibatkan 10 penduduk Rohingya, baru-baru ini.

Reuters yang pertama kali mendedahkan perkara itu kepada umum mengesahkan bahawa rakyat Myanmar, Wa Lone, 31; dan Kyaw Soe Oo, 27, sedang me*lakukan siasatan kes berkenaan ketika mereka ditahan pihak berkuasa pada 12 Disember lalu di pinggir Yangon.

Kedua-dua wartawan itu kini berdepan hukuman penjara selama 14 tahun jika didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Sulit negara tersebut.

Semalam, Reuters me*n*yi*ar*kan satu laporan mengenai bagaimana tentera Myanmar dan penduduk kampung beragama Buddha membunuh 10 etnik Rohingya di Kampung Inn Dinn di Rakhine pada 2 September tahun lalu sebelum mengebumikan kesemua mayat dalam satu kubur besar.

“Siasatan Reuters terhadap kes pembunuhan tersebut menyebabkan dua war**tawannya ditahan pi*hak berkuasa Myan*mar,” jelas laporan tersebut.

Laporan itu dihasilkan berdasarkan pengakuan beberapa penduduk kampung beragama Buddha, pegawai-pegawai ke*selamatan dan ahli keluarga etnik Rohingya yang dibunuh.

Laporan itu juga mengandungi gambar mangsa sedang duduk dengan kedua-dua tangan mereka diikat ke belakang sebelum dibunuh dan juga gambar mereka selepas dibunuh dan dihumban ke dalam lubang besar.

Selain itu, laporan berkenaan turut menyebut beberapa saksi menolak dakwaan bahawa ke*semua mangsa adalah pejuang Rohingya.

Myanmar sehingga kini, tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Reuters.

Kedua-dua wartawan tersebut tidak dibenarkan diikat jamin biarpun beberapa kumpulan hak asasi manusia dari seluruh dunia menggesa agar mereka dibebaskan.

Sementara itu, sesi perbi*caraan akan datang dijadualkan pada 14 Februari ini. – REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...ejaman-tentera-myanmar-1.606211#ixzz56krFtedX
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Last edited:
Myanmar makin melampau - Bukan hanya hapus bukti tapi sukarkan Rohingya tuntut tanah

image.jpg

GAMBAR yang dirakam pada bulan lalu menunjukkan pelarian Rohingya mengharung air sambil membawa bayi untuk menyeberang Sungai Naf menuju ke Bangladesh di Whaikhyang, sempadan Bangladesh-Myanmar. - AFP



BANGKOK 23 Feb. - Selepas didakwa membakar perkampungan etnik Rohingya secara besar-besaran, kerajaan Myanmar dilaporkan bertindak meratakan kesemua rumah yang dibakar itu dengan jentolak mengakibatkan kawasan tersebut tidak ubah seperti ‘padang jarak padang tekukur’.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa, kerajaan Myanmar berbuat demikian bagi ‘memusnahkan bukti penting’ terhadap kekejaman dialami etnik Islam Rohingya dalam satu operasi besar-besaran yang bermula sejak Disember lalu.

Imej satelit di negeri bergolak, Rakhine yang diedarkan kepada agensi berita Associated Press oleh syarikat DigitalGlobe dari Colorado hari ini menunjukkan, kira-kira 55 buah kampung dan dusun yang ditinggalkan etnik Rohingya diratakan pihak berkuasa sejak beberapa minggu lalu, lebih besar berbanding yang dilaporkan sebelum ini.

Perkampungan itu dibakar ekoran keganasan Ogos tahun lalu dalam operasi pembersihan pasukan keselamatan sehingga memaksa ratusan ribu etnik Rohingya hidup dalam buangan di Bangladesh.

Ketika kerajaan Myanmar menyatakan mereka hanya mahu membina semula negeri yang musnah itu, operasi terbaharu berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa kerajaan cuba memusnahkan bukti jenayah sebelum satu siasatan yang boleh dipercayai diadakan.

Tindakan berkenaan juga menimbulkan ketakutan dalam kalangan etnik Rohingya yang percaya kerajaan Myanmar sengaja menghapuskan sisa budaya mereka sekali gus menyukarkan mereka untuk pulang.

Seorang wanita Rohingya yang hilang tempat tinggal selepas kampungnya dibakar berkata, dia kembali untuk melihat kawasan rumahnya di Myin Hlut tetapi terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Kebanyakan rumah yang dibakar tahun lalu kini kesemuanya telah ‘hilang’, termasuk pokok di sekeliling rumah penduduk. Mereka meratakan ke*semuanya dengan jentolak.

“Malah, rumah kosong dan tidak rosak yang ditinggalkan penduduk turut diratakan. Semua kenangan saya di kampung ini telah tiada,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zubairia.

Pemandangan udara tentang kampung yang diratakan di utara negeri Rakhine itu mula diketahui umum sejak 9 Februari lalu selepas Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Myanmar, Kristian Schmidt memuat naik gambar melalui sebuah pesawat dengan menyifatkan bandar Maungdaw sebagai ‘kawasan yang diratakan dengan luas’.

Berdasarkan imej DigitalGlobe, sekurang-kurangnya 28 buah kampung dan dusun diratakan oleh jentolak dan pelbagai jentera berat lain dalam radius 50 kilometer sekitar Maungdaw antara Disember dan Februari.

Malah, di beberapa buah kawasan yang diratakan, pekerja sudah mula membina bangunan baharu atau struktur rumah selain landasan helikopter.

Mengikut analisis serupa oleh Human Rights Watch, sekurang-kurangnya 55 kampung terjejas dengan operasi tersebut.

Kerajaan yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat membangunkan wilayah itu sejak beberapa bulan lalu, dilaporkan giat melebarkan jalan raya, memperbaiki jambatan dan membina pusat perlindungan termasuk sebuah kem transit besar di Taungpyo dekat sempadan Bangladesh.

Kem berkenaan dibuka sejak Januari lalu tetapi tiada pelarian Rohingya mendaftar masuk kecuali mereka terus melarikan diri.

Dalam pada itu, seorang pentadbir kerajaan di Maungdaw, Myint Khine mendakwa beberapa rumah baharu yang dibina tersebut adalah untuk etnik Islam Rohingya.

Jurucakap Project Arakan, Chris Lewa yang memantau nasib etnik Rohingya berkata, tindakan kerajaan itu bakal menyukarkan etnik minoriti terbabit menuntut semula tanah mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, EU akan memulakan proses untuk mengenakan sekatan ke atas jeneral tentera Myanmar ekoran pembunuhan etnik Islam Rohingya dengan meminta ketua dasar luar menyenaraikan nama yang mungkin dikenakan hukuman pada minggu depan. – AGENSI/REUTERS










sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-makin-melampau-1.615295#ixzz57zRnFzO5


.
 
Tiga bom gegar Rakhine

24cox.transformed.jpg

YANGON: Tiga letupan bom menggegarkan ibu negeri wilayah Rakhine awal pagi tadi, termasuk di kediaman rasmi seorang pegawai tinggi kerajaan.

Seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali memberitahu, tiga bom berkenaan meletup di Sittwe dan polis turut menemui tiga lagi bahan itu yang tidak meletup.

"Seorang anggota polis cedera ringan akibat letupan itu," katanya.

Semua letupan berkenaan berlaku kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan) di pekarangan kediaman setiausaha negeri, pejabat dan jalan raya menghala pantai. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/02/392200/tiga-bom-gegar-rakhine
 
100,000 pelarian Rohingya di Bangladesh terancam

09rong.transformed.jpg
Seorang kanak-kanak pelarian Rohingya berada di atas bukit sekitar kem Chakmakul di selatan Bangladesh. - Foto REUTERS
KEM PELARIAN CHAKMAKUL: Pelarian Rohingya yang tinggal dalam pondok di tepi bukit curam di selatan Bangladesh berdoa, beg pasir yang membentengi lereng curam mampu bertahan untuk musim monsun mendatang.

Seorang pelarian, Mohammed Hares, 18, berkata, rekahan sudah mulai kelihatan pada pondok lumpur yang didiaminya.

"Beg pasir itu menjadikannya selamat namun tidak dapat bertahan jika hujan terlalu lebat," katanya.

Hampir 700,000 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh sejak Ogos lalu untuk lari daripada tindakan keras tentera di Myanmar. Kebanyakannya kini tinggal dalam struktur buluh dan plastik nipis di atas bukit yang satu ketika dulu hutan tebal.

Bangladesh kerap dilanda taufan dan kem Rohingya terletak di bahagian negara itu yang merekodkan jumlah hujan tertinggi. Model komputer oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) menunjukkan, lebih 100,000 pelarian diancam tanah runtuh dan banjir pada musim monsun akan datang.

Musim hujan biasanya bermula April dan kemuncaknya pada Julai, menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh.

Di Kutupalong-Balukhali, kem buatan terbesar, sehingga satu pertiga kawasan tanah mungkin banjir, menyebabkan lebih 85,000 pelarian hilang tempat tinggal, menurut UNHCR. Tambahan 23,000 pelarian tinggal di kawasan cerun yang berisiko tanah runtuh.

UNHCR, Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) dan Program Makanan Dunia (WFP) menggunakan jentolak untuk meratakan 50 hektar kawasan di utara kem Kutupalong-Balukhali dalam usaha menjadikan kawasan itu lebih selamat, kata jurucakap UNHCR, Caroline Gluck.

IOM meletakkan peralatan mengeluarkan sampah dan kru di seluruh kem, katanya dan cuba memperbaiki jalan raya dan menstabilkan cerun.

Agensi itu juga mendirikan pusat rawatan cirit-birit kecemasan serta menyediakan latihan perubatan serta mencari dan menyelamat.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal berkata, kerajaan sedang bekerja dengan PBB untuk memindahkan 133,000 pelarian yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga melancarkan stesen radio bahasa Rohingya yang bertindak sebagai sistem amaran bencana alam.

Pihak berkuasa Bangladesh sebelum ini memaklumkan Reuters, mereka menggesa satu pelan kontroversi menukar pulau tidak dihuni di Teluk Bengal menjadi rumah sementara Rohingya dan memindahkan 100,000 pelarian ke sana sebelum musim monsun. -Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...0000-pelarian-rohingya-di-bangladesh-terancam
 
rohingya ini islam pada nama je. mcm org afhanistan. Allah dan Muhammad pon kemungkinan besar diorg tak kenal.

korang diperdayakan oleh BN je dgn isu ini, diorg nk tunjukkan mereka konon2 baik sbb nk tagih undi korang.
 
Back
Top
Log in Register