thelegends
Active Member
- Messages
- 2,200
- Joined
- Feb 13, 2011
- Messages
- 2,200
- Reaction score
- 36
- Points
- 30
mereka hidup dalam ketakutan.kesian mereka kt san.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.







DHAKA – Bangladesh berkata bahawa penghantaran pulang pelarian Islam Rohingya ke Myanmar tidak akan berlaku seperti dirancang hari ini kerana penyusunan yang tidak lengkap.
“Terdapat banyak perkara yang belum lengkap,” kata Pesuruhjaya Bantuan dan Pemulihan Pelarian Bangladesh, Abul Kalam kepada agensi berita *Reuters melalui telefon semalam.
“Senarai pelarian yang akan dihantar pulang belum disediakan, pengesahan dan saringan mereka serta pembinaan kem transit juga belum dilakukan,” katanya.
Di bawah perjanjian dua hala yang ditandatangani minggu lepas, Myanmar bersedia menerima semula pela*rian Rohingya dari Bangladesh di dua pusat pengumpulan dan sebuah kem sementara yang dibina berhampiran sempadan kedua-dua negara itu mulai hari ini.
Proses penghantaran pulang itu pula dan akan berterusan sepanjang tempoh dua tahun akan datang. – Reuters
http://www.kosmo.com.my/dunia/penghantaran-pulang-pelarian-rohingya-tergendala-1.595280



COX'S BAZAR - Rancangan penghantaran pulang pelarian Rohingya yang dimeterai antara Bangladesh-Myanmar bukan berita gembira terutamanya buat golongan kanak-kanak.
"Ramai kawan saya dibunuh dengan kejam oleh tentera dan pelampau Buddha ketika mereka cuba melarikan diri. Terdapat banyak mayat bergelimpangan.
"Jika kami pulang sekarang, mereka pasti akan membunuh kami. Saya tidak rasa mahu kembali ke sana. Saya tidak mahu pulang," kata Sadiya, 12, sambil mengelap air mata dengan tudungnya.
Sadiya adalah salah seorang daripada 690,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu yang mana dua pertiga daripada mereka adalah golongan budak.
Ribuan kanak-kanak dilaporkan tiba bersendirian dan mengalami trauma melampau selepas melihat keluarga mereka dibunuh dan kampung dibakar ketika gelombang keganasan baharu itu tercetus.
PBB menganggarkan 170,000 kanak-kanak Rohingya mengalami pelbagai bentuk trauma mental dan memerlukan jagaan pakar.
"Trauma itu akan menjadi lebih serius dan memberi kesan jangka masa panjang jika mereka dipaksa pulang. Golongan itu akan terus dihimpit ketakutan kerana mereka tidak tahu nasib selepas pulang ke Rakhine," kata Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef), Justin Forsyth di kem pelarian Balukhali. - AFP
http://www.sinarharian.com.my/global/rohingya-saya-tidak-mahu-pulang-1.789865


PENDUDUK Kampung Keprudang di Buthidaung, Arakan, Myanmar merayu bantuan antarabangsa selepas rumah mereka dibakar pelampau agama sejak seminggu lalu menyebabkan mereka kini terkepung dan hilang tempat berteduh.
Selain kampung berkenaan, Kampung Jabar yang terletak bersebelahan juga dibakar dengan puluhan keluarga terpaksa menyelamatkan diri dan lari ke kawasan berhampiran ekoran ketegangan yang semakin memuncak ketika perjanjian pengusiran pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh akan dilaksanakan.
Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar menghubunginya kelmarin untuk meminta bantuan selepas keadaan menjadi semakin buruk dengan penduduk yang kelaparan semakin meningkat.
Katanya, seluruh kampung dibakar hangus oleh pelampau sebagai tekanan ke atas etnik Rohingya di kawasan Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung awal minggu ini untuk mengusir mereka dari kawasan berkenaan seperti yang dilakukan sebelum ini.
"MAPIM dibantu pertubuhan antarabangsa lain mengusahakan bantuan untuk dibawa masuk ke Arakan sebagai bantuan segera kepada etnik Rohingya yang tinggal dalam ketakutan sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 25 Ogos tahun lalu.
"Jumlah bantuan yang diperlukan semakin besar kerana kawasan yang terjejas sudah bertambah dan jumlah mangsa meningkat. Bantuan yang diberikan sebelum ini hanya tertumpu kepada kawasan kem di sekitar Sittwe, namun kali ini ia sudah merebak ke tempat lain," katanya kepada Harian Metro.
Ahmad Tarmizi berkata, berdasarkan maklumat rakan gabungan MAPIM, penduduk terkepung di kawasan terjejas dan mereka masih dikawal ketat tentera yang membuat pos kawalan di hampir semua pintu masuk ke kampung walaupun sebahagian besarnya musnah dibakar sebelum ini.
Justeru, MAPIM mengaktifkan bantuan kecemasan untuk membantu mereka yang kini terkepung dan tidak dapat berbuat apa-apa dan ia akan disalurkan segera kerana mereka berisiko kehilangan nyawa.
"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Baitul Rahmah MAPIM 552095224432 (Maybank) atau mendapatkan maklumat menerusi laman Facebook MAPIM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/308779/etnik-rohingya-semakin-menderita




YANGON: Myanmar menolak laporan wujud kawasan perkuburan besar di Rakhine, susulan tindakan ketenteraan ke atas pemberontak di wilayah itu, yang memaksa hampir 690,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Agensi Associated Press dalam laporannya sebelum ini, mengesahkan kewujudan lebih lima kawasan perkuburan besar yang tidak pernah didedahkan di Gu Dar Pyin.
Laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil temubual dengan mangsa yang terselamat di kem pelarian di Bangladesh dan video yang dirakam menerusi telefon bimbit.
Sementara itu, Jawatankuasa Penerangan Kerajaan Myanmar dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, pihak berkuasa tempatan dan pegawai keselamatan sudah menubuhkan 'pasukan khas' bagi menyiasat laporan itu.
Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada pejabat yang diketuai pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.
"Pasukan khas terbabit sudah mengunjungi lokasi perkuburan besar seperti yang dinyatakan dalam laporan berita AP dan mendapati ia tidak benar sama sekali.
"Selain itu, mereka turut bertemu dengan penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat sama ada berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai atau sebaliknya.
"Namun, penduduk kampung memaklumkan bahawa ia tidak berlaku," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa 19 individu didakwa 'militan' yang maut ketika menyerang pasukan keselamatan, di kawasan perkampungan pada akhir Ogos lalu sudah dikebumikan dengan sempurna.
Bagaimanapun, dua etnik Rohingya yang masih tinggal di perkampungan berkenaan ketika dihubungi Reuters menerusi telefon, mempertikaikan kenyataan Kerajaan Myanmar itu.
Mereka berkata, perkuburan besar memang wujud dan mendedahkan pegawai kanan tentera mengunjungi perkampungan itu semalam.
Selain mengambil gambar, pegawai tentera itu turut mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung.
Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Media AP, Lauren Easton, berkata mereka tetap mempertahankan laporan berita terbabit.
Ketika ini, tiada wartawan dibenarkan memasuki kawasan itu yang terletak di utara Rakhine. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/as...anmar-dakwa-tiada-perkuburan-besar-di-rakhine