BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

isu peha bukan aurat, Dr. Rozaimi minta maaf

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486


Isu paha bukan aurat?

Dr. Rozaimi memaklumkan kami bahawa beliau memang tersilap ketika menukilkan pendapat mazhab Abu Hanifah.

Di sini kami ringkaskan:

Majoriti ulama dan pendapat yang masyhur di sisi 4 mazhab ialah paha lelaki adalah aurat.

Mereka berbeza bagi perincian-perinciannya. Seperti dalam mazhab Syafie- pusat dan lutut adalah bukan aurat, akan tetapi ditutup kerana perlu agar bahagian aurat tidak kelihatan.

Begitu juga Hanbali antara pusat dan lutut.

Mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa lutut adalah aurat.

Dalam mazhab Maliki pula terdapat perincian di dalam dan luar solat.

Dalam solat terbahagi kepada mukhaffafah (antara pusat dan lutut selain qubul dan dubur) dan mughallazah (qubul & dubur).

Manakala di luar solat pula ialah antara pusat dan lutut (bermaksud paha aurat).

Terdapat pula pendapat-pendapat yang 'dhaif di sisi mazhab' yang menyatakan qubul dan dubur sahaja aurat seperti pendapat SEBAHAGIAN ulama mazhab Malik. Begitu juga ini pendapat sebahagian ulama Syafiiyyah seperti Abu Said al-Istakharri. Pendapat ini bermaksud paha bukan aurat. Pendapat ini jua dipegang oleh ulama seperti Ibn Abi Dzib, Ibn Jarir at-Thabari Daud az-Zahiri. Ini juga yang terzahir daripada kalam Al-Bukhari apabila menyatakan hadis Anas (yang menyatakan paha bukan aurat) lebih kuat/asnad dan hadis Jarhad (yang menyatakan paha aurat) lebih ahwat/berhati-hati untuk keluar daripada khilaf sebagaimana yang Ibnu Hajar sebutkan.

Nukilan berkaitan pendapat-pendapat ini boleh dilihat dalam Fathul Bari, Umdatul Qari, Al-Majmu, Al-Mughni, dan sudah pasti dalam kitab-kitab fiqh setiap mazhab.

2. Dr. Rozaimi meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membetulkan kesilapan beliau dalam menukilkan pendapat ulama. Ini menunjukkan masyarakat sudah menerima bahawa tidak semua kata-kata ustaz adalah betul, ia perlu diperiksa ditakuti ada kesilapan. Maka ini menunjukkan bahawa mereka yang bertanyakan sumber dalil, kesahihan hadis etc bukanlah bersikap kurang ajar, sebaliknya mahukan kesahihan fakta. Sudah pasti jika nukilan pendapat ulama perlu sahih, maka nukilan al-Quran dan as-Sunnah lebih-lebih sangat perlu dipastikan kesahihannya.

3- Dr. Rozaimi menyeru agar para asatizah sentiasa bersikap jujur dengan mengakui jika mereka ada melakukan kesilapan fakta, dan tidak marah jika orang bertanya dan memeriksa kesahihan fakta mereka.

4- Kami membaca komen-komen di page ini yang menyatakan lepas ini bolehlah hadir kuliah, pergi masjid atau solat dengan pakai spender sahaja.

Dalam dua video Dr Rozaimi berkaitan hal ini, Dr Rozaimi sudah menyatakan kita perlu memakai pakaian yang tidak menjatuhkan maruah kita, tidak membawa kepada fitnah, dan pakai pakaian yang terbaik. Tidak ada sepatah pun Dr. Rozaimi menyuruh atau membolehkan atau menggalakkan pergi masjid etc pakai seluar pendek atau seluar dalam.

Majoriti ulama kata aurat adalah antara pusat dan lutut, adakah majoriti ulama ini suruh pergi masjid, solat, pergi kuliah tanpa pakai baju?

Kami tidak tahu adakah komen-komen itu sekadar loyar buruk atau mereka sekadar mengikut kata-kata ustaz atau shaikh mereka.

Akhir kata, kami memohon maaf atas kesilapan, terima kasih atas pembetulan, dan tahniah kerana masyarakat sudah mula menerima manhaj SEMAK SEBELUM SEBAR.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith



Aurat lelaki di sisi Malikiah:Hasil perbincangan dengan Ml Abdus Syakur yang bermazhab Maliki.

1. Beliau menyatakan bahawa kerap terjadi salah faham terhadap mazhab Maliki dalam bab aurat lelaki.

2. Aurat lelaki di luar solat: Pendapat yang masyhur dan muktamad di sisi mazhab Maliki sebagaimana yang disebut dalam mutun, syuruh dan hawasyi kitab-kitab fiqh mereka: aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut.

Ada qaul minoriti mengatakan bahawa aurat lelaki adalah 2 kemaluan sahaja, dan boleh membuka bahagian peha dihadapan orang yang rapat seperti keluarga, teman-teman yang berkongsi rumah.

3. Aurat di dalam solat: Malikiah membezakan dua jenis aurat.

* Mughallazah: dua kemaluan. Jika kawasan ini tidak ditutup maka solat batal dan wajib diulang samada waktu masih ada atau telah habis waktu.

* Mukhaffafah: antara pusat dan lutut selain dua kemaluan. Ia wajib ditutup tetapi bukanlah syarat sah solat. Namun tetap berdosa kerana meninggalkan perkara yang wajib.

Dan disunatkan untuk mengulangi solat selagi mana waktu berbaki.

4. Beliau menyatakan bahawa boleh membuka peha dalam mazhab Maliki adalah khilaf tidak muktabar dalam mazhab Maliki. Oleh sebab itu ia tidak disebut dalam mutun dan syuruhat yang muktamad dalam mazhab Maliki kecuali hanya sebagai satu qiil sahaja, dan tidak diberi perhatian besar sebagai wajah atau qaul ke 2 dalam mazhab.

5. Ini hasil perbincangan saya dengan kawan saya yang bermazhab Maliki, belajar dan mengajar kitab-kitab mazhab Maliki.

6. Jadi, penisbahan qaul peha bukan aurat dan boleh solat pakai seluar pendek kepada mazhab Maliki adalah penisbahan yang salah.

# saya dah berbincang isu ini dengan beliau hampir 3 tahun lepas. namun saya ulang bincang untuk menghindar salah faham maklumat daripada pihak saya.

wallahu a'lam.

Nasaie Hanaffie




PEHA BUKAN AURAT: KONTROVERSI MERAIH POPULARITI

1) Baru-baru ni tersebar satu video penceramah kontroversi yang dikenali sebagai Dr. Rozaimi telah mendakwa peha lelaki bukan aurat.

2) Kita sedia maklum, bahawa penceramah ini sudah disekat daripada berceramah di beberapa negeri, dek kerana sikapnya yang suka sebarkan pendapat 'special' (*asal lain daripada orang).

3) Sejak kes, penceramah ini menyatakan Qadha' solat tidak wajib jika tinggal secara sengaja, yang jelas terkeluar daripada ijmak ulama. Seterusnya, pengbohongannya tentang selawat antara terawih hanya ada di Malaysia. Kami melihat, penceramah ini seringkali menimbulkan kontroversi dengan sesiapa atau apa jua keadaan.

4) Isu terbaharu yang timbul ialah dia telah menyebarkan pendapat yang mengatakan peha lelaki bukan aurat. Tanpa segan silu menyatakan itu adalah riwayat yang kuat dan menolak alasan mazhab Syafie bahawa peha adalah aurat.

5) Pada umumnya, kita perlu ketahui empat mazhab berpandangan seperti berikut:
i) Mazhab Syafie:
Aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut maka untuk menutup dengan sempurna perlu juga menutup sebahagian pusat dan lutut.
ii) Mazhab Hanafi:
Aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut. Lutut adalah aurat dan pusat bukan aurat.
iii) Mazhab Hanbali:
Aurat ialah antara pusat dan lutut. Manakala, aurat dan pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat.
iv) Mazhab Maliki:
Aurat ialah kemaluan qubul dan dubur.

[Rujuk: Al-Fiqh Ala Al-Mazahib Al-Arbaah, jil.1, ms.153]

6) Kita dapat melihat bahawa tiga mazhab menyatakan peha adalah aurat, manakala mazhab Maliki berpandangan peha bukan aurat. Anehnya, kenapa penceramah ini lebih memilih untuk tarjih pendapat mazhab Maliki?

7) Ada beberapa perkara aneh yang timbul:
i) Kenapa perlu sebarkan pandangan mazhab lain?
ii) Kenapa perlu sebarkan pandangan yang bersalahan dengan jumhur?
iii) Dalam isu doa Qunut, penceramah ini mendakwa Imam Syafie bersalahan dengan tiga mazhab lain, tetapi kenapa dalam bab ini dia perjuangkan?

8) Antara dalil mazhab yang menyatakan peha bukan aurat adalah berdasarkan dua hadis:

Hadis pertama:
عن أنس بن مالك أن النبي صلى الله عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر الى بياض فخذه
"Baginda Nabi s.a.w pada hari Khaibar membuka kain dari pahanya sehingga saya lihat putih peha Baginda" (HR. Al-Bukhari, no.364)

Hadis kedua:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان جالسا كاشفا عن فخذه فاستأذن أبو بكر فأذن له وهو على حاله...
"Baginda Rasulullah s.a.w duduk dalam keadaan terdedah peha baginda. Kemudian datang Sayyidina Abu Bakar meminta izin untuk masuk maka diizinkannya manakala Baginda dalam keadaan begitu (terdedah peha)...." (Nail Al-Awthor, no.519)

9) Penjelasan ulama yang berpendapat peha adalah aurat adalah seperti berikut:

Penjelasan kepada hadis pertama:
i) Ulama mensyarahkan lafaz حسر itu dengan makna انحسر (terbuka) dengan tidak sengaja.
ii) Ulama menyatakan hadis tersebut adalah sekadar memberitakan kelakuan Nabi s.a.w bukanlah dalil wahyu.
iii) Menurut Imam Asy-Syaukani, hadis ini tidak boleh dijadikan dalil peha bukan aurat kerana:
غاية ما فى هذه الواقعة أن يكون ذلك خاصا بالنبي صلى الله عليه وسلم لأنه لم يظهر فيها دليل يدل على التأسي به فى مثل ذلك فالواجب التمسك بتلك الأقوال الناصة على أن الفخذ عورة
"Kesudahan pada peristiwa ini ialah bahawa adalah khas untuk Nabi s.a.w kerana bahawasanya tidak zahir pada peristiwa ini oleh satu dalil pun yang ianya menunjukan atas berpegang dengan dalil tersebut pada seumpama demikian itu, maka wajib berpegang dengan segala pendapat yang mengnaskan bahawa peha itu ialah aurat" [Rujuk: Nail Al-Awthor, Kitab As-Solah, Bab Menutup Aurat]

Penjelasan kepada hadis kedua:
i) Ada hadis sahih yang sama, namun menunjukkan bahawa ketidakpastian samada yang terdedah itu peha atau betis seperti hadis berikut:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم مضطجعا في بيتي كاشفا عن فخذيه أو ساقيه
"Baginda Rasulullah s.a.w berbaring di rumahku dalam keadaan terdedah peha atau betis Baginda s.a.w" (HR Muslim)
ii) Maka para ulama mengatakan bahawa, telah ijmak betis bukan aurat. Maka, sesuai difahami hadis ini dengan maksud yang terdedah adalah betis bukannya aurat.
iii) Ulama juga menerangkan bahawa, kejadian tersebut bukanlah dalil kepada keharusan untuk mendedahkan peha kerana ada beberapa hadis menyatakan secara jelas bahawa peha adalah aurat seperti yang termaktub dalam Musnad Ahmad dan Sunan Tirmidzi.

10) Dakwaan penceramah ini pula ialah Imam Ibnu Jarir juga berpendapat peha bukan aurat. Namun, kami berpendirian kenyataan ini tidak tepat kerana komen Imam Ibnu Hajar bahawa Ibn Jarir membangkang terhadap golongan yang menyatakan peha bukan aurat

11) 'Ala kulli hal, isu ini adalah khilaf mazhab. Kami tidak pula mahu menuduh golongan yang berpendapat peha bukan aurat sebagai Wahhabi kerana itu adalah qaul mazhab Maliki.

√ Namun, apa yang kami pasti Wahhabi adalah golongan yang sengaja menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat dengan mendatangkan hal-hal sedemikian. Mereka tidak konsisten dalam pendirian samada mahu mengikut jumhur, atau ikut ijmak, atau ikut mazhab. Mereka lebih gemar beraksi gaya bebas sehingga mereka kelihatan lebih alim daripada yang lain.

12) Sedikit teguran kepada pentaksub penceramah ini. Ketika isu debat antara Syeikh Nuruddin dan Dr. Rozaimi semakin panas, ada di kalangan pentaksub menggelarkan Syeikh Nurudddin sebagai Syeikh Murtabak dan lain-lain penghinaan dek kerana Syeikhuna membuat analogi sedemikian. Kami tidak hairan pentaksub bersikap demikian kerana penceramah itu sendiri menggelarkan Syeikh Serban kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin.

√ Namun, jika kita ikutkan nafsu amarah masing-masing adakah kalian sudi kami menggelarkan Dr.Rozaimi dengan Dr. Spender atau diberi gelaran Dr. Rozaimi Al-Peha dek kerana tarjihannya kepada pendapat yang menyatakan wajib tutup qubul dan dubur sahaja?

√ Natijahnya, kita bakal kembali kepada zaman sekolah rendah di mana pihak lawan saling menggelar dengan gelaran yang dibenci untuk menyakitkan hati pihak lawan. Saya kira, inilah tahap IQ kita sekarang.

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)
 
Last edited:
apa status agama rozaimi ni? kira murtad ke apa?
 
Ustaz Hafiz Al Za'farani ni terbaik. Den suka tulisan-tulisan dia.

Rora ni keje dia asyik nak naikkan pandangan yang timbulkan kontroversi je. Bab qada' solat hari tu pun sama. Memang elok dia disekat tauliah dari mengelirukan masyarakat awam
 
apa yg den nampak lain plak. dia nak kita nampak sesuatu benda tu ada khilaf. so kita tak perlu la nak extreme sgt dgn satu mazhab je. kalau pegi haji ngan zakat kita blh ikut mazhab lain tak salah jugakla kalau perkara lain kita kaji mazhab lain juga. selagi tak bercanggah dengan Quran dan sunnah takder masalah kot. ramai kalangan kita terus menghukum tanpa buat kajian terlebih dahulu.
 
apa yg den nampak lain plak. dia nak kita nampak sesuatu benda tu ada khilaf. so kita tak perlu la nak extreme sgt dgn satu mazhab je. kalau pegi haji ngan zakat kita blh ikut mazhab lain tak salah jugakla kalau perkara lain kita kaji mazhab lain juga. selagi tak bercanggah dengan Quran dan sunnah takder masalah kot. ramai kalangan kita terus menghukum tanpa buat kajian terlebih dahulu.

tu la pasal..mesti ada penerangan penuh dia...

harap sape2 boleh tepek video ceramah dia..
 
rora tora wahabi datang lagi..sat lagi ramai la pejuang rora backup mcm dewa si rora ni..hahaha
 
Back
Top
Log in Register