BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami tanggung dosa isteri buka aurat jika tidak nasihat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,556
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,556
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
Suami tanggung dosa isteri buka aurat jika tidak nasihat

NURULFATIHA MUAH
RAMAI masih menganggap bahawa dosa isteri yang tidak menutup aurat ditanggung oleh suami.
FRASA suami menanggung dosa isteri selepas berkahwin begitu masyhur dalam kalangan masyarakat kita hinggakan ada lelaki yang bimbang untuk berumah tangga kerana tanggungjawab besar itu.

Masakan tidak, bukan hanya perlu menjadi ketua keluarga, tetapi turut menyara mereka di samping kewajipan lain seperti membimbing isteri dan anak masing-masing.

Benarkah suami menanggung dosa isteri yang tidak tutup aurat?

USTAZAH ASMA'
USTAZAH ASMA'

"Ini kerana suami sudah menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin dalam memberikan teguran kepada isterinya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Ia selari dengan firman ALLAH SWT: "Dan (ketahuilah) bahawa seorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidaka akan dapat dipikul sedikit pun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Surah Fatir: 18)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya, jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis itu, ujar Ustazah Asma’, suami ialah golongan yang mempunyai kuasa untuk mencegah isterinya daripada tidak menutup aurat.

Bahkan katanya, suami wajib menegur atau menasihati isterinya jika membuat kesalahan kerana ia merupakan kewajipan mereka.

Beliau menyenararaikan beberapa cara untuk mendidik isteri dalam hal itu iaitu:

i. Menasihati atau memujuk isteri dalam situasi tenang dan emosinya yang stabil serta memilih waktu sesuai.

ii. Membelikan isteri pakaian yang menepati syariat.

iii. Memuji pasangan yang sedang cuba menutup aurat dengan pujian yang menyenangkan hatinya.

SEORANG suami yang sudah menasihati isteri sehabis baik untuk menutup aurat tidak menanggung dosa pasangannya itu. -Foto: Canva

iv. Berterusan memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri yang mahu berhijrah dalam menutup aurat.

v. Membelikan buku-buku mengenai wanita solehah.

vi. Andai isteri masih tidak mahu berubah dengan nasihat dan usaha-usaha di atas, maka bolehlah melakukan kaedah kedua iaitu memisahkan tempat tidur. Jika tidak juga berhasil, maka dibolehkan memukul isteri dengan pukulan ringan bagi tujuan mengajarnya.

"Setiap insan mukalaf wajib menutup auratnya daripada terlihat oleh orang bukan mahram.

"Mengertilah, aurat sebenarnya membawa maksud keaiban. Ia merujuk kepada beberapa anggota yang jika tidak ditutup, maka akan hilang kehormatan dan boleh mendatangkan aib.

"Justeru, ia wajib ditutup dan hukumnya haram dibuka atau dipamerkan kepada mereka yang bukan mahram. Islam begitu memandang tinggi, memuliakan dan mengangkat martabat wanita,” katanya.

AURAT wajib ditutup dan hukumnya haram dibuka atau dipamerkan kepada mereka yang bukan mahram. -Foto: Canva

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, Ustazah Asma’ mengajak umat Islam untuk merenung kembali hadis Rasulullah SAW yang memerihalkan tentang wanita solehah sebagai perhiasan dunia dan menjadi harta terbaik bagi seorang lelaki soleh.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:"Hendakkah kamu aku beritahukan, tentang harta terbaik seorang lelaki ialah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakannya, apabila dia memberi arahan, wanita itu taat, apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya dan juga hartanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
Back
Top
Log in Register