BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu-isu Rebate/Pemberian Subsidi

Adakah anda berpuashati.?


  • Total voters
    0
kalo bole buat rebate online kan lagi mudah, kita isi online pastu pos m'sia/jpj double check dgn database & kalo layak diorang just credit ke akaun bank kita. takyah nak queue panjang2 (tapi ade org suke beratur & cuci2 mata ;-) )
 
Aku ada satu soklan.....siapa yang arif tolong jawapkan tau....Camni..

Kereta aku expired roadtax 20hb Mac 2008.Oleh kerana sebab2 tertentu aku tak renew.Jadi pada 1 April aku pun pergi la buat insuran dan cover note aku tu pun bertarikh 1 April.Lepas tu aku pergi Pejabat POS Rawang untuk renew roadtax.Tarikh yang di printkan pada roadtax aku 31 Mac 2009.Jadi soklan kat sini, aku layak ke amik rm622 tu? Kompius nih.....
 

renew yg 6 bulan layak.....tapi utk 6bln berikutnya nak renew takleh dah nak claim...

ni sumber dari apa yg aku tau..tang bayr tu tak tau la plak dia bayr penuh ker atau bayar separuh
aku call hotline pos Msia jap tadi..tanya pasal ni.. roadtax keter yg diperbaharui walaupun utk tempoh 6 bulan berikutnya (asalkan tarikh renew utk 6bln berikutnya tu antara 1 Apr08 - 31Mac09) adalah layak utk claim.. contoh keter ayah aku renew stgh tahun-stgh thn, first renew 6 bln pertama dulu pd 23/10/2007 expired pd 25/4/2008 dan renew balik utk 6bln berikutnya pd 25/4/08 expired pd 25/10/08.. so layak utk claim ASALKAN RENEW ANTARA TARIKH 1APRIL2008 HINGGA 31MAC2009, TANPA MENGIRA WALAUPUN IANYA ADALAH RENEW UTK 6 BULAN BERIKUTNYA. tapi bila nanti ayah aku renew bulan Oct.08 nanti..dia tak boleh claim dah..


Satu bende yg saya nak tanya, ada tak sesiapa di thread ni yg boleh SAHKAN bahawa bayaran rebate ni akan dibuat tiap2 tahun (eg. utk rebate antara 1April2009 - 31Mac2010, 1April2010 - 31Mac2011 dan seterusnya)? sahkan..dari mana2 official statement..bukan rumours tau..
 
hmmm ntah2 sampai tahun ni jer bg rebet..tahun dpn terus wat senyap..
 
Rebet tunai rakyat, anak menantu PM dapat untung?
Azamin Amin
Tue | Jun 17, 08 | 10:01:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.

Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

"Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos

"Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi...10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos," katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut. - mks. _ harakahdaily
 
Naza Ria Murah Pun Tak Dapat Rebat

Kesian sesapa yang pakai Nazaria, rebate tak dapat sebab CC besar sangat. sapa yang pakai Nazaria kat sini, leh tau full tank brp RM dan brp leh jalan?.. Kalau teruk sangat,kena singah ke showroom perodua la gamaknya.. tengok memana berkenan.. #:-S

080617nazariarf4.png
 
Claim kat pejabat pos boleh pi ambik rebet setiap hari or sabtu/ahad je..?
 
Claim kat pejabat pos boleh pi ambik rebet setiap hari or sabtu/ahad je..?

dah amik pun td g amik just bawa i.c ngan isi borang kat pejabat pos.2 je..
tapi td utk motor la ada la rm150.
 
Aku gi Pejabat Pos nak antar parcel....selalunya, 10 minit je...hari ni kena tunggu sampai 2 jam...hampeh..
 
Back
Top
Log in Register