BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Akan Jelaskan Isu Hak Pemberian Khas 40 Peratus Sabah Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Anwar Akan Jelaskan Isu Hak Pemberian Khas 40 Peratus Sabah Esok​

1655aa18e66d03bdd044af17c44d4d536a193db6bb83e

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menjelaskan mengenai rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, termasuk semakan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), esok.

"Itu saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah," katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk memperbetul pendirian rasmi pentadbiran terdahulu, termasuk melaksanakan semakan berkaitan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata komitmen itu selaras dengan pendirian Anwar yang mengiktiraf hak Sabah terhadap pemberian khas berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sebelum ini bukan sahaja tidak membuat semakan, malah pernah menjawab secara rasmi di Parlimen bahawa hak Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus itu telah terhenti kuat kuasanya.

 
Back
Top
Log in Register