BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu-isu Rebate/Pemberian Subsidi

Adakah anda berpuashati.?


  • Total voters
    0
Wang tunai rebat habis

BANGI - Pembayaran rebat tunai kenderaan persendirian semalam tercalar apabila ada pejabat pos yang dilaporkan kehabisan wang tunai untuk diagihkan.

Ini menyebabkan keadaan agak kecoh apabila orang ramai yang telah beratur panjang sejak pagi kecewa apabila terpaksa pulang.

Antara pejabat pos yang dilaporkan menghadapi masalah itu ialah di Selangor dan Terengganu.


Salah seorang penuntut, Mohd. Nor Ab. Samad, 46, kecewa apabila diberitahu pejabat pos yang dikunjunginya di Rawang, Selangor kehabisan wang tunai.

"Saya singgah di pejabat pos Bandar Tasik Puteri, Rawang kira-kira pukul 11.30 pagi untuk menuntut rebat tunai setelah melihat pejabat di situ agak lengang.

"Namun setelah masuk ke pejabat pos dan bertanya mengapa di situ lengang, salah seorang pegawai memberitahu bahawa mereka kehabisan wang tunai," katanya.

Jelas Mohd. Nor lagi, kehabisan wang tunai di pejabat pos tersebut ekoran kebanjiran orang ramai yang datang awal pagi lagi untuk menuntut rebat tunai.

"Saya juga tanya bila boleh wang tersebut akan sampai dan mereka beritahu mungkin hari ini (semalam) atau pun Isnin depan.

"Namun dalam pukul 4 petang, saya lihat pejabat pos itu telah mula didatangi orang ramai kerana wang tunai telah dihantar ke sana," jelasnya.

Masalah kehabisan wang tunai juga dilaporkan di Kuala Terengganu. Orang ramai di pejabat pos cawangan Pasar Raya Besar Giant pulang dengan tangan kosong apabila wang rebat tunai habis kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kosmo! Ahad diberitahu sehingga pukul 2 petang bekalan tambahan wang tunai masih belum tiba.

Pos Malaysia ketika diminta mengulas menjelaskan wang rebat tunai akan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya mana-mana pejabat pos kehabisan tunai.

Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad (PMB), Datuk Abu Huraira Abu Yazid menjelaskan, bahawa pihaknya mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi untuk pengagihan itu.

"Tiada istilah kehabisan wang tunai kerana ia akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa,'' ujarnya.

Sementara itu, Pos Malaysia Bhd. (PMB) telah membayar rebat tunai sejumlah RM116.734 juta di seluruh negara kepada 239,414 pemilik kenderaan persendirian yang layak semalam.

PMB turut mengingatkan orang ramai yang tidak sempat menuntut rebat tunai semalam, mereka masih boleh menuntutnya pada bila-bila masa sehingga 31 Mac depan.


dah berjam-jam beratur tengah panas bila sampai giliran duit habis. esok kena pi lagi. berataur lagi. cuti lagi. berpanas lagi. bawa kereta lagi. beli petrol lagi

memang cara nie tak boleh diguna. susahkan rakyat saja lah si pak bodolah nie

:mad: :mad: :mad: :mad:
 
beli minyak terus kasi diskaun takleh ke?

mencarut nanti kata tak bertamadun !
 
Memang bodohLAH.....kata cekap...rupanya lembab..adehhh...JPJ tu ada buat ape!!!!

Tak leh bagi maklumat tepat ke? sapa yg layak...!!!!! adui bengap betul...
 
beli minyak terus kasi diskaun takleh ke?

mencarut nanti kata tak bertamadun !

Tulah.. apa rasionalnya rebet ni pon aku tak paham. Cuba tak payah rebet.. pastu sumbat balik masuk ke subsidi... rasa2 nya kenaikan tak sampai rm0.78 seliter.

Adehh.. kerajaanku.. scam btol! :(scam
 
rebate 625 tu hnya mampu support subsidi utk 2 bulan je penggunaan minyak keta aku....habis 10 bulan lg sape nak tanggung???
 
Dlm TV3 suku rata2 ng tau semua yg dtg claim berpuas hati dgn rebate yg diberikan.......... :(scam

Org yg baca berita kat TV3 suku tu,apa perasaan mrk ar?..... :-?
 
rebate 625 tu hnya mampu support subsidi utk 2 bulan je penggunaan minyak keta aku....habis 10 bulan lg sape nak tanggung???

Lagi 10 bulan tu boleh cover... nah ikut cadangan2 kabinet dan orang2 pakBODOlah :

1) Kurangkan makan nasi. (Boleh saving beli makanan lain yang murah)

2) Bawak keta jangan melebihi 80km/jam. (Kalau mantain bawak slow bak katanya boleh kurangkan pembaziran)

3)Naik pengangkutan awam. (Kalau pengangkutan awam efisien takpe gak!)

dan macam2 lagi idea bodoh ada diutarakan... nak tau lebih lanjut pi baca UTUSAN MELOYA. :(scam
 
Tulah.. apa rasionalnya rebet ni pon aku tak paham. Cuba tak payah rebet.. pastu sumbat balik masuk ke subsidi... rasa2 nya kenaikan tak sampai rm0.78 seliter.

Adehh.. kerajaanku.. scam btol! :(scam

jangan terkejut lepas nie alasan bukan duit habis tapi duit kena rompak. pejabat pos mana ada CCTV dah tu sekarang setiap hari kena siap juta2 RM TUNAI sebab nak bayar pada orang ramai.

~X( ~X( ~X( ~X( ~X( ~X(
 
rebate 625 tu hnya mampu support subsidi utk 2 bulan je penggunaan minyak keta aku....habis 10 bulan lg sape nak tanggung???

10 bulan lagi?kita tgu tahun depan..:D dpt lg rebate
 
jangan terkejut lepas nie alasan bukan duit habis tapi duit kena rompak. pejabat pos mana ada CCTV dah tu sekarang setiap hari kena siap juta2 RM TUNAI sebab nak bayar pada orang ramai.

~X( ~X( ~X( ~X( ~X( ~X(

Lps ni semua duit habis sbb pasang cctv kat pejabat pos......... :))
 
Back
Top
Log in Register