Rebat: RM116 juta dibayar pada hari pertama
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ROHANI IBRAHIM
KUALA LUMPUR 14 Jun – Beribu-ribu pemilik kenderaan persendirian menyerbu 683 buah pejabat pos seluruh negara sejak awal pagi hari ini bagi menuntut bayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel.
Setakat pukul 5 petang ini iaitu hari pertama ia diagihkan, sejumlah RM116.7 juta tuntutan rebat tunai telah dibayar kepada 239,414 pemilik kenderaan di semua pejabat pos.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, urusan pembayaran rebat di seluruh negara berjalan lancar dan terkawal sebaik sahaja pejabat pos dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga ditutup pada 5 petang.
Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit gangguan di beberapa pejabat pos, masalah berkenaan dapat diatasi dalam masa beberapa minit.
“Sehingga pukul 10.30 pagi sebanyak RM24.1 juta sudah dibayar kepada pemilik 47,774 kenderaan di kesemua pejabat pos di seluruh negara,’’ katanya. UM
ADAKAH ANDA BERPUASHATI DGN REBAT RM625?
aku tgk gambar dlm utusan meloya mcm gembira sgt rakyat malaysia dpt RM625
aku biasa isi minyak sbln sblm nih lbh kurang RM600 sebulan...
klu pada harga RM600 penggunaan minyak petrol utk kereta aku lebih kurang 312 liter sebulan dgn harga 1.92 seliter..
sekarang utk masa mendatang aku perlukan RM843 utk mendapat 312 liter yg sama pd harga RM2.70.. penambahan kos RM243 sebulan.. klu setahun kos minyak aku perlu tambahan RM2,916. Dgn rebet tunai petrol yg kerajaan kita sayangi beri aku masih short RM2,291 setahun..
(
tp dgn kenaikan harga minyak jgn lupa lak kos kehidupan asas lain yg akan turut meningkat..kos makanan yg sedang beransur2 naik sikit demi sikit telah menimbulkan masalah yg aku x berapa nampak sblm nih..
klu dulu kos makan minum maybe dlm RM500 sebulan.. skrg anggarkan kenaikan 30% cukupla..akan mengurangkan lg duit aku sbyk RM1,800 setahun..
(
untuk minyak dan makanan shj aku perlukan tambahan RM4,091 setahun..
So skrg adakah kita perlu rasa bahagia dgn keprihatinan kerajaan yg memberi rebet RM625 setahun tuh
korang kira la sendirik..
(