BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu babi : Hantaran Hina Sultan: Exco Selangor Gesa PDRM, MCMC Ambil Tindakan Tegas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
a2bf4d65ad687f4df3c8eee8343ea53d69ee35cb3cc7d

Datuk Borhan Aman Shah

Beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor menerusi media sosial.

Kesemua mereka menyifatkan tindakan berkenaan sebagai melampau, biadab dan tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara yang berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penghinaan serius terhadap Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada kestabilan dan keharmonian negara.

“Mana-mana pihak yang terlibat tidak boleh dilindungi, tidak kira latar belakang atau alasan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata tindakan memuat naik suntingan gambar menghina dan mengaitkannya dengan Sultan Selangor boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat.

“Saya seru PDRM jalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat manakala MCMC perlu memantau, menyekat dan menurunkan kandungan berunsur penghinaan ini,” katanya.

Turut mengecam hantaran berkenaan ialah Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi; Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail serta Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V. Papparaidu.

 
d496c965-9_m_kumar_jsj_director_pulapol_moganraj_fmt_18032026-copy-8.jpg

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata peranti yang digunakan bagi membuat hantaran tersebut turut dirampas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata siasatan tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Suruhanjaya Komukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan terhadap individu tersebut sedang dijalankan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumar berkata, setakat ini sebanyak 21 laporan polis diterima berkaitan isu itu di seluruh negara dan seramai 21 individu yang tampil buat laporan polis sudah dirakam keterangan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial bagi maksud menyalahi undan-undang termasuk berkaitan isu 3R.

“Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai limitasi, justeru orang ramai dinasihat berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluar sebarang kenyataan dan kandungan di ruang awam mahu pun di media sosial,” katanya.

Semalam, Exco Ng Sze Han Selangor, mengecam sekeras-kerasnya hantaran media sosial yang menyunting gambar babi mengenakan pakaian istiadat Istana dan mengaitkannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ng berkata tindakan itu tidak beradab, melanggar norma serta tata susila, dan satu cubaan yang mampu mendatangkan kacau bilau.

“Saya menyeru polis untuk mengambil tindakan segera supaya pesalah ini dapat dihukum dengan hukuman yang berat berlandaskan undang-undang,” menurut kenyataan.

Pada 10 Feb lalu, Sultan Selangor menzahirkan pendirian tidak berkenan jika ada mana-mana kawasan dijadikan tempat penternakan babi.

Lantaran kontroversi menyusuli kenyataan Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki berhubung penternakan babi secara moden, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menyangkal tuduhan bahawa partinya tidak menghormati institusi diraja.
 
fb71b6ffda3d4c3e9f9a04f5ee6d555168f221d575e91

Datuk M. Kumar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik atau pentadbir akaun Facebook "Huayan The Pureland Learning Centre" berhubung hantaran gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata selain itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut merampas peranti yang digunakan untuk membuat hantaran terbabit pada 25 April lepas.

“Setakat ini, 21 laporan polis diterima dan sebanyak 21 saksi termasuk individu yang tampil membuat laporan polis, telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk tujuan menyalahi undang-undang, khususnya yang menyentuh isu sensitif 3R (raja, agama, kaum).

“Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai had, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemat dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun media sosial,” katanya.

Semalam, beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor meminta PDRM dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor.

 
14218260841653269-392901.jpg

14218260841653269-392902.jpg


Gambar hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti pemilik atau pentadbir akaun Facebook yang menggunakan nama 'Huayan The Pureland Learning Centre' berhubung gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan terhadap individu terbabit sedang dijalankan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran tersebut.



"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 21 laporan telah diterima berkaitan isu itu di seluruh negara.

Katanya, seramai 21 saksi termasuk individu yang tampil membuat laporan polis telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial bagi maksud yang menyalahi undang-undang termasuk berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

"Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai limitasi, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di media sosial," ujarnya.

Sumber : Sinar Harian
Artikel➡️ Sinar Harian
 
14218284899663157-392916.jpg

14218284899663157-392917.jpg


KENYATAAN MEDIA

MUAT NAIK KANDUNGAN JELIK MELAMPAU TERHADAP DYMM SULTAN SELANGOR: MCMC PANGGIL INDIVIDU BANTU SIASATAN

#MCMC
 
f5e49a6122e61292febf989960e952c4694540c3713ca

Datuk M. Kumar

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang tadi kerana disyaki memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata suspek berusia 30-an itu ditahan pada 7.10 malam oleh sepasukan polis dari JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata dua unit telefon bimbit jenama Samsung berserta kad sim turut dirampas, dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan.

“Tangkapan dibuat susulan siasatan terhadap akaun Facebook 'Lucas Liam' yang dipercayai memuat naik kandungan menghina itu pada 2 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya,  kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sehingga kini, sebanyak 12 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung isu sama manakala permohonan reman terhadap suspek dibuat esok, (4 Mei),” katanya.

Kumar turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial, khususnya melibatkan isu sensitiviti agama, raja dan kaum (3R), yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi demi memelihara keselamatan negara,” katanya.

 
394795-394795.jpg


Lelaki ditahan kes Facebook `Lucas Liam’ hina Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung hantaran imej penghinaan terhadap Sultan Selangor yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Lucas Liam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar Muthuvelu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 7.10 petang tadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurut beliau, tangkapan itu dibuat melalui kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membantu mengenal pasti individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang disiasat.

Jelasnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dua unit telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Setakat ini, 12 laporan polis diterima atas isu yang sama di seluruh negara.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 4 Mei 2026 (esok),” katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Antaranya, kata beliau, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, jika disabitkan, denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, ujarnya, Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, jika disabitkan denda atau dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau kedua-duanya.

Tambah beliau, siasatan juga dijalankan mengikuti Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tida melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kataya, PDRM menegaskan bahawa sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (agama, kaum, raja) boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta kesejahteraan negara.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan platform ini dengan berhemah dan bertanggungjawab.

“PDRM komited untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, demi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel➡️ MalaysiaGazette
 
5459e208ce593735cd9db8cd9e6ad18069a95ddcae9a4

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 280 laporan polis telah diterima setakat semalam, berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 April lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata laporan polis itu diterima dari seluruh negara yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi mengecam tindakan provokasi melampau berkenaan.

“Siasatan kini dijalankan di bawah rujukan Bandar Kinrara RPT: 4809/26, dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Fokus utama siasatan yang sedang giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah untuk mengesan serta menangkap pelaku yang bertanggungjawab dalam mencemar kedaulatan institusi diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli turut menasihati orang ramai agar menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes.

Beliau berkata sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan berdasarkan keperluan semasa.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, exco kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan tampil meminta PDRM dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor.

 
395531-395531.jpg



Daripada jumlah berkenaan, 282 laporan yang diterima adalah mengenai penghinaan ke atas DYMM Sultan Selangor pada hantaran di akaun Facebook milik “Huayan The Pureland Learning Center”.

Tujuh laporan diterima mengenai hantaran penghinaan ke atas DYMM Sultan Selangor di akaun Facebook dengan nama “Beo Choon Yap”.

Manakala, 18 lagi laporan polis dibuat terhadap satu lagi hantaran di akaun Facebook dengan nama “Lucas Liam”.

Sehingga kini, satu tangkapan telah dibuat di Pulau Pinang.

Kemunculan bahan-bahan penghinaan seumpamanya terhadap DYMM Sultan Selangor di media sosial dipercayai susulan daripada isu penternakan babi di negeri Selangor yang dibahaskan di Sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Kredit➡️ Selangor Royal Office
 
Back
Top
Log in Register