BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri maut ditetak suami mabuk

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Betong: Akibat mabuk, seorang lelaki hilang pertimbangan lalu menetak isterinya sehingga mati menggunakan senjata tajam dalam kejadian amuk di sebuah kebun lada berdekatan Rumah Panjang Ringkai Kerapa, Spak, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, mangsa Lenjai Uli, 40, maut akibat parah di kepala akibat dibunuh suaminya, Tuan Jilom, 42.


“Polis menerima laporan kejadian itu jam 10.05 pagi kelmarin di Balai Polis Betong. Sepasukan anggota polis dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bergegas ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, kejadian berlaku jam 9.50 pagi sebelum itu dan dikatakan bermula akibat pertengkaran pasangan suami isteri berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Wan Zaizodin berkata, siasatan awal mendapati lima kesan tetakan di kepala dan badan mangsa.

“Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pasangan suami isteri yang mempunyai dua orang anak itu dipercayai bertengkar akibat salah faham.

Bagaimanapun, suspek yang dalam keadaan mabuk tiba-tiba mengamuk dan membunuh isterinya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukbunuhisteri/Article/index_html
 
Patut diharamkan jual arak ni kat MY
 
Sbb tu Islam x bg mnum arak...mudah ilang ptimbangan...
 
Lebih2 lagi kalau dekat Malaysia ni, kecuaian tak boleh didakwa.

So, mabuk = hilang pertimbangan = cuai = bebas?

Problem..?

Hmmmm

:-?:-?:o
 
dgn org mabuk dont make a mess
 
Salaam.

Beberapa bulan lepas baru jer jadi; pasangan Hindu.



Air kencing Syaitan memang JAHANAM.



PS: Melayu pun ada yang minum. Khakkk...puihhh!!!!
 
peh dah hilang pertimbangan mmg semua tak kenal.. ganas betul..
 
Back
Top
Log in Register