BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami mabuk pukul isteri guna penyapu hingga maut

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
3381214.webp

Suspek ditahan polis di rumah. Foto: Thairath

PHUKET – Seorang wanita berusia 51 tahun maut selepas didakwa dipukul suaminya menggunakan penyapu ketika berlaku pertengkaran dalam keadaan mabuk di sebuah rumah sewa di daerah Rasada, Phuket, Thailand lapor Thairath.

Menurut laporan itu, pada malam kejadian 16 Disember, mangsa dan suaminya, 54 tahun minum arak bersama sebelum pertengkaran tercetus.

Dalam keadaan marah, suami mangsa mengambil penyapu dan memukul isterinya sehingga wanita itu tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, suspek mendapati isterinya terbaring dengan lebam di badan.

Dia kemudian menghubungi talian kecemasan untuk membawa isterinya ke Hospital Mission Phuket sebelum pergi bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Polis yang menerima laporan daripada pihak hospital kemudian pergi ke rumah sewa pasangan itu dan menemui suami mangsa dalam keadaan mabuk.

Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebatang penyapu patah yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dan ia dirampas sebagai bahan bukti.

Suspek mengaku memukul isterinya tetapi mendakwa tidak mengetahui mangsa meninggal dunia sehingga dimaklumkan oleh polis.

Pihak berkuasa menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan menyebabkan kecederaan parah hingga membawa kepada kematian.

 
Back
Top
Log in Register