BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iran bergolak, dilanda gelombang protes

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3388596.webp

Kumpulan protes berarak sambil melaungkan slogan menuntut pengunduran pemerintah yang didakwa gagal mentadbir negara. Foto AFP

TEHERAN - Rakyat Iran melancarkan gelombang protes membantah kemerosotan taraf hidup dan ekonomi selama empat hari berturut-turut.

Ribuan penunjuk perasaan membanjir laluan utama sekitar Teheran dan bandar lain pada Rabu, beberapa hari selepas mata wang negara itu menjunam ke paras terendah, sekali gus mencetuskan lonjakan harga makanan dan kadar inflasi mencecah lebih 40 peratus yang diburukkan lagi oleh siri sekatan antarabangsa.

Bandar Fasa yang berpopulasi 150,000 penduduk menjadi tumpuan utama demonstrasi tersebut di mana peserta protes menggempur pejabat gabenor dan mula bertindak di luar kawalan hingga mencetuskan pertempuran ganas dengan pihak berkuasa.

Agensi berita tempatan bagaimanapun menafikan ada mangsa terkorban dan hanya tiga anggota polis cedera dalam siri demonstrasi terbesar sejak 2022.

Tunjuk perasaan itu tetap diteruskan walaupun selepas Presiden Masoud Pezeshkian cuba menenangkan demonstran dengan janji untuk menyemak semula kenaikan cukai yang dirancang dan menyifatkan tuntutan untuk perubahan sebagai 'sah'.

Krisis itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) memperbaharui ancaman tentang potensi serangan terhadap Teheran selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada awal minggu lalu. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register