BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Ketiga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141
aae71150237646051ad983d1029a2f53694e8d119c4f0

e7195ce81c2c94970f644fe0cd3ce106694e8adbadede

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dinaiki air, sekali gus menjejaskan pergerakan kenderaan serta aktiviti harian penduduk setempat, ketika tinjauan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu sehingga 29 Dis ini (Isnin).

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga apabila 103 mangsa daripada 24 keluarga di tiga daerah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu, Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 61 orang daripada 14 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, manakala di Dungun 13 mangsa daripada dua keluarga berlindung  di PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, yang masing-masing dibuka 3 petang tadi.

“Sebanyak 29 orang daripada lapan keluarga di Kuala Nerus pula berpindah ke SK Kompleks Mengabang Telipot yang dibuka 5 petang tadi susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi,” menurut sekretariat itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata beberapa laluan utama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu ditutup akibat dilanda banjir kilat.

Beliau berkata ia termasuk Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Jalan Sultan Ismail menghala ke Bulatan Ladang serta Jalan Kamarudin menghala ke Pengadang Akar.

Dalam pada itu, berdasarkan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ paras air sungai di dua stesen iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) dan Sungai Tersat di Sekayu (F1), Hulu Terengganu telah melebihi tahap amaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan berhampiran dinasihatkan berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda empat negeri iaitu di seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh dari 25 hingga 28 Dis ini.

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dari 26 hingga 29 Dis.

 
Back
Top
Log in Register