BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Protes Di Iran Makin Merebak, AS Di Jangka Serang Iran

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
31.12.2025 - Protes dan mogok di Iran susulan inflasi dan kejatuhan nilai mata wang merebak dari ibu negara, Tehran ke beberapa bandar lain pada hari ketiga ketegangan yang berterusan di negara berkenaan, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC). Protes bermula Ahad lalu selepas peniaga-peniaga di Bazar Besar Tehran mengadakan mogok apabila rial Iran jatuh ke paras terendah yang pernah direkodkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran terbuka. Sejak itu, video yang disahkan oleh BBC Persian menunjukkan demonstrasi berlaku di bandar Karaj, Hamedan, Qeshm, Malard, Isfahan, Kermanshah, Shiraz dan Yazd. Polis turut menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
1767187741687.png

Presiden Masoud Pezeshkian menulis di platform X lewat Isnin lalu bahawa beliau telah mengarahkan menteri dalam negeri mengadakan rundingan dengan apa yang disifatkannya sebagai wakil penunjuk perasaan supaya langkah-langkah dapat diambil bagi menyelesaikan masalah dan bertindak secara bertanggungjawab. Beliau juga menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Pusat Iran, Mohammadreza Farzin dan melantik bekas Menteri Ekonomi dan Kewangan, Abdolnasser Hemmati, sebagai pengganti. Pelajar-pelajar universiti turut menyertai protes dengan melaungkan slogan antikerajaan termasuk ‘Matilah diktator’ yang merujuk kepada Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei. Sebahagian penunjuk perasaan juga kedengaran melaungkan slogan menyokong anak kepada Allahyarham Shah Mohammad Reza Pahlavi yang pernah memerintah Iran tetapi digulingkan dalam Revolusi Islam 1979.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/12/31/protes-di-iran-makin-merebak/
 
Kejatuhan Rial Ke Paras Terendah Rekod Cetus Protes Landa Ibu Kota Iran

31.12.2025 - Menurut laporan Bloomberg, ibu negara Iran dilanda gelombang protes selepas mata wang tempatan merosot ke paras terendah baharu, sekali gus menolak naik harga makanan dan memperburuk krisis ekonomi di negara yang dikenakan sekatan. Penyiar kerajaan menyiarkan rakaman kabur yang digambarkan sebagai protes terhad oleh para peniaga di Bazar Besar Tehran pada Isnin, namun laporan di media sosial menunjukkan demonstrasi berskala lebih besar dengan sebilangan peniaga menutup premis. Kegelutan tercetus selepas Rial Iran menyusut ke paras terendah sejarah, 1.45 juta bagi setiap Dolar AS di pasaran tidak terkawal pada Ahad, sebelum sedikit mengukuh kepada sekitar 1.38 juta per Dolar AS pada petang Isnin. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan berlakunya krisis seluruh negara, mengulangi siri protes yang pernah melanda Republik Islam itu dalam beberapa tahun kebelakangan.

Media kerajaan melaporkan pasukan ekonomi kerajaan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan dasar “currency, trade, and public welfare policies.” Kemudian pada Isnin, Agensi Berita Republik Islam yang dikendalikan kerajaan melaporkan Presiden Masoud Pezeshkian menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Pusat Mohammad-Reza Farzin, dan melantik bekas Menteri Ekonomi Abdolnaser Hemmati sebagai pengganti. Walaupun setakat ini masih terhad dari segi skala dan intensiti, protes di Tehran menyerlahkan tekanan inflasi yang melonjak dan kos sara hidup yang meningkat kepada jutaan rakyat Iran. Sekatan menekan ekonomi Iran dengan mengehadkan hasil kerajaan, khususnya daripada eksport minyak. Selain itu, serangan udara Israel pada bulan Jun yang menyasarkan tapak nuklear Iran, dengan bantuan pentadbiran Presiden AS Donald Trump, telah menamatkan rundingan berbulan-bulan antara Tehran dan Washington mengenai perjanjian bagi menghadkan aktiviti atom Iran sebagai pertukaran untuk pelonggaran sekatan.

Sebagai respons, Iran mencari sumber hasil baharu, termasuk menaikkan harga petrol bersubsidi tinggi buat pertama kali sejak 2019, langkah yang pernah mencetuskan protes berdarah sebelum ini. Minggu lalu, kerajaan membentangkan draf bajet bagi tahun fiskal Iran yang seterusnya, menyasarkan peningkatan 60% hasil cukai. Draf itu juga mencadangkan kenaikan gaji 20% untuk kakitangan kerajaan dan pesara, yang masih jauh di bawah kadar inflasi melebihi 40%. Di Bazar Besar Tehran, beberapa video kelihatan menunjukkan pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai. Bloomberg tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan rakaman berkenaan.​

1767188094796.png
 
jatuhnya Iran, maka ter realisasilah greater israel

semua tanah arab jd greater israel

itu pon arab & persian xleh nk fikirar
arab dgn parsi bergaduh,yg untong yahud
 
AS Di Jangka Serang Iran Dalam 24 Jam

15.01.2026 -Campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iran dilihat berkemungkinan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang, demikian menurut amaran pegawai-pegawai di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di negara itu, lapor portal berita MailOnline. Sumber AS, Eropah dan Israel berkata, persediaan untuk kebarangkalian tindakan tersebut sedang dijalankan ketika Washington mula memindahkan kakitangan dari pangkalan udara utamanya di Qatar. Iran telah memberi amaran kepada negara-negara jirannya bahawa lapangan terbang tentera akan disasarkan sekiranya Presiden AS, Donald Trump mengarahkan serangan. Dengan kepimpinan Iran cuba meredakan pergolakan domestik terburuk yang pernah dihadapi Republik Islam itu, Tehran berusaha untuk menghalang ancaman berulang Trump untuk campur tangan bagi pihak penunjuk perasaan anti kerajaan.

Seorang pegawai Washington berkata, pemindahan Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar adalah langkah berjaga-jaga susulan amaran daripada seorang pegawai kanan Iran. Sementara itu, dua pegawai Eropah berkata, campur tangan tentera AS kini dilihat berkemungkinan berlaku, dengan seorang mencadangkan ia boleh berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang. Seorang pegawai Israel juga berkata, Trump telah memutuskan untuk campur tangan, walaupun masa dan skop tepat sebarang serangan masih belum dijelaskan. Menurut Qatar, pengunduran kakitangan dari pangkalan udara di negaranya yang merupakan tapak terbesar AS di rantau itu, sedang dilakukan sebagai tindak balas kepada ketegangan serantau semasa.

Tiga diplomat berkata, beberapa kakitangan telah diarahkan untuk keluar dari pangkalan itu walaupun tiada tanda-tanda segera bahawa sejumlah besar tentera dipindahkan. Tahun lalu, tentera dibawa dengan bas ke stadium bola sepak dan pusat beli-belah, beberapa jam sebelum serangan peluru berpandu Iran. Trump berulang kali mengancam untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan di Iran, di mana beribu-ribu orang dilaporkan terbunuh dalam tindakan keras terhadap protes menentang pemerintahan semasa.
1768447979156.png
 
Iran Ancam Bunuh Trump

15.01.2026 - Iran mengeluarkan ancaman mengerikan terhadap Presiden Donald Trump semalam dengan menyiarkan gambar ketua negara Amerika Syarikat (AS) berkenaan semasa cubaan membunuhnya di perhimpunan Butler, negeri Pennsylvania pada 2024, lapor portal berita New York Post. Menurut AFP, ancaman disiarkan di televisyen milik kerajaan Iran disertakan dengan kata-kata: “Kali ini sasaran tidak akan tersasar.” Ia merupakan ancaman paling langsung setakat ini oleh Tehran terhadap Trump susulan kenyataan berulang beliau bahawa Amerika akan menyerang negara itu jika ia meneruskan tindakan keras yang kejam terhadap para penunjuk perasaan anti-kerajaan. Iran pernah mengeluarkan ancaman untuk membunuhnya sebelum ini.

Ia termasuk menerusi sebuah video pada tahun 2022 yang dimuat naik oleh rejim itu yang menggambarkan cubaan membunuh Trump di padang golf Mar-a-Lago, Florida miliknya menjelang pilihan raya 2024. Video tersebut kembali tular susulan penahanan bakal pembunuh, Ryan Routh yang ditangkap ketika cuba menyasarkan Trump di padang golf yang sama. Jabatan Kehakiman turut menyatakan bahawa pada 2024, Amerika berjaya menggagalkan rancangan pembunuhan Trump diketuai oleh Tehran selepas penahanan Farhad Shakeri yang didakwa ditugaskan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran untuk membunuhnya bagi pihak rejim, menurut dokumen mahkamah.

Selain sepanduk anti-Trump, para peserta yang menghadiri perhimpunan pro-kerajaan terbaharu di Iran turut kedengaran melaungkan slogan ‘Mati kepada Amerika’ sambil menyatakan ikrar sokongan mereka terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Perhimpunan pro-rejim itu bertujuan untuk cuba melemahkan bantahan meluas terhadap Tehran yang berterusan sejak 28 Disember tahun lalu susulan kegagalan ekonomi negara tersebut.
1768448046865.png
 
Back
Top
Log in Register