BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPCC Sediakan Saluran Alternatif Aduan Salah Laku Polis - Ayob Khan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

IPCC Sediakan Saluran Alternatif Aduan Salah Laku Polis - Ayob Khan​

4a76f37db4948c9e510ef29a80bb204a6a23c34ef0e47

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) bercakap kepada Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak merangkap Penasihat khas penerbitan buku Datuk Md Yusoff Jaafar (kiri) pada gimik majlis pelancaran buku ’Strengthening Integrity, Empowering The Nation: Integrity As The Foundation Of Leadership di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menyediakan platform alternatif kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku anggota polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata sebelum ini, kebanyakan aduan berkaitan salah laku polis dikendalikan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“IPCC merupakan satu lagi saluran yang boleh digunakan orang ramai. Jika sebelum ini hanya terdapat JIPS, mungkin ada pihak yang kurang selesa kerana beranggapan polis menyiasat polis, namun keadaan itu kini berbeza.

“IPCC berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan mempunyai pegawainya sendiri untuk menjalankan siasatan terhadap aduan diterima,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku Integrity: Man of Integrity, Honour and Principle di sini, hari ini.

IPCC ialah badan pemantau bebas yang beroperasi di bawah Akta 839 sejak 1 Julai 2023, bertujuan meningkatkan integriti, menyiasat salah laku anggota PDRM dan mengesyorkan tindakan tatatertib.

Suruhanjaya itu menangani aduan salah laku seperti rasuah dan penyeksaan serta mengesyorkan penambahbaikan bagi meningkatkan kepercayaan awam.

 
Back
Top
Log in Register