BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPC Shopping Center Integrasikan Stesen EV Ke APP Telefon

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
IPC Shopping Center Integrasikan Stesen EV Ke APP Telefon, Kadar Baharu RM7.00 Per 30 Minit

IPC Shopping Center telah menamatkan tempoh percubaan stesen EV kelolaan mereka dengan pengumuman pengintegrasian stesen itu ke dalam aplikasi mudah alih rasmi mereka.

231004-ipc-charging-station-02.jpg


Buat anda yang berminat untuk menggunakan stesen EV di IPC Shopping Center, lokasinya adalah di tingkat P2. Sebelum ini, pengunjung yang ingin mengecas EV mereka perlu memanggil pegawai keselamatan yang bertugas untuk mengaktifkan stesen pengecas dan EV hanya diberikan tempoh 2 jam untuk menggunakan pengecas itu.

231004-ipc-charging-station-03-1024x768.jpg


Dengan pengintegrasian ini, pengunjung tak perlu lagi memanggil pegawai keselamatan seperti sebelum ini sebaliknya boleh mendapatkan makluat stesen EV tersebut melalui aplikasi mudah alih rasmi mereka. Di halaman perumah, cari pilihan Facilities dan di dalamnya sepatutnya ada EV Charging dan anda boleh periksa sama ada pengecas itu sedang digunakan ataupun tidak sebelum tiba ke kotak pengecas itu.

231004-ipc-charging-station-04.jpg


Sebanyak 4 tempat letak kereta digazetkan sebagai stesen EV dengan output 11kW setiap satu. Pihak IPC Shopping Center mengenakan kadar RM7.00/30 minit untuk mengecas dan itu tidak termasuk bayaran parking biasa iaitu RM3.00 untuk hari biasa dan RM4.00 untuk hari minggu disamping RM1.00 untuk jam berikutnya.

231004-ipc-charging-station-05.jpg


Tapi jangan risau, anda boleh beroleh memanfaatkan mata ganjaran untuk menikmati kadar pengecasan yang lebih murah. Misalnya, setiap 30 minit mengecas, anda diberikan 50 mata dan untuk 100 mata, anda boleh tebus 30 minit pengecasan percuma.

231004-ipc-charging-station-06.jpg


Jadi, setiap 60 minit anda gunakan stesen EV di IPC, anda beroleh 30 minit sesi mengecasn percuma.​
 
Back
Top
Log in Register