BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Integriti Bahan, Struktur Perlu Jadi Agenda Utama Pembinaan Infrastruktur Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Integriti Bahan, Struktur Perlu Jadi Agenda Utama Pembinaan Infrastruktur Negara​

f1a891c76c3d8a8485b53a07836515a86a608c021e845

Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin

Integriti bahan dan struktur perlu menjadi agenda utama dalam reka bentuk serta pembinaan infrastruktur negara bagi memastikan keselamatan pengguna, kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan, kata Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin.

Beliau berkata pembangunan infrastruktur awam dan industri tidak lagi boleh tertumpu kepada aspek kekuatan dan reka bentuk fizikal menarik semata-mata, sebaliknya perlu mengutamakan elemen daya tahan, jimat tenaga, selamat dan lestari.

“Dunia kini sedang berhadapan dengan landskap pembangunan semakin kompleks susulan perubahan iklim, perkembangan geopolitik, revolusi perindustrian pesat serta peningkatan keperluan terhadap peralihan kepada tenaga bersih bagi memenuhi permintaan tenaga yang meningkat pada masa hadapan.

“Integriti bahan dan struktur merupakan asas kepada kesejahteraan dan keyakinan masyarakat kerana jalan raya, jambatan, empangan, lapangan terbang, sistem rel, bangunan serta pelbagai kemudahan awam yang selamat bergantung kepada keutuhan bahan dan struktur digunakan sepanjang jangka hayat binaan,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Seminar Materials and Structural Integrity (SMSI) 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata dalam sektor ekonomi utama negara berskala besar seperti tenaga, minyak dan gas, petrokimia, aeroangkasa, automobil dan penerbangan perlu sentiasa berada pada tahap integriti struktur yang maksimum.

Muhammad Rawi berkata perkara itu akan dapat dicapai melalui pematuhan kepada piawaian antarabangsa dan kebangsaan, penggunaan bahan berkualiti tinggi dan pelaksanaan sistem pengurusan projek dan aset yang mantap.

Pada masa sama, beliau berkata kejayaan membangunkan ekosistem integriti bahan dan struktur perlu selari dengan keperluan modal insan yang kompeten serta kerjasama erat antara kerajaan, institusi akademik dan industri.

“Pendekatan Triple Helix diyakini mampu memainkan peranan dalam mempercepat proses pemindahan teknologi, menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan serta memperkukuh daya saing industri negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata SMSI edisi ke-10 selama dua hari hingga esok menghimpunkan pengamal industri, badan profesional, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan sebagai platform perkongsian ilmu, pemindahan teknologi serta pengukuhan kerjasama dalam bidang sains dan kejuruteraan bahan, integriti struktur dan teknologi pemeriksaan.

 
Back
Top
Log in Register