BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Institusi perbankan Islam suatu muslihat ??

Status
Not open for further replies.
Kita hidup d zaman ni.Wajib guna duit kertas.Cuba x guna duit kertas,apa korg blh buat?X mati?Nak Makan macamna?tanamlah makanan dan peliharalah ternakan.Ok.Tapi nak beli biji benih,baja pakai apa?x pakai wang kertas?Zaman ni sume org beli rumah ambik loan.Kalo x ambik loan maka kita x akan ada tempat tinggal.so benda2 macam ni sebenarnya menghalang kita dari merasai kehidupan ini.Allah lebih mengetahui.
 
Kita hidup d zaman ni.Wajib guna duit kertas.Cuba x guna duit kertas,apa korg blh buat?X mati?Nak Makan macamna?tanamlah makanan dan peliharalah ternakan.Ok.Tapi nak beli biji benih,baja pakai apa?x pakai wang kertas?Zaman ni sume org beli rumah ambik loan.Kalo x ambik loan maka kita x akan ada tempat tinggal.so benda2 macam ni sebenarnya menghalang kita dari merasai kehidupan ini.Allah lebih mengetahui.

btol tu..
mmg susah nak bayang kan..
kalo setuju ngn speaker, korang kene tinggalkan sekali duit kertas.. bleh la start komuniti korang yg hanya menggunakan kupon ke, dinar emas ke utk medium pertukaran.. mcm zaman komunis dulu (komunis kat rusia)
memang takda jual beli.. takda pinjaman.. takda riba.. takda progress.. semua dah dicatu oleh kerajaan..
masih bnyk boleh dibahaskan..
 
than ptptn is backdoor riba oso... OMG.. i dont know from the start..
 
Setiap percanggahan pendapat, kita ambil ja sebagai penguat semangat.
Jadikan ianya cita2 bebas hutang. Mulai hari ini, cuba sedaya mungkin bebaskan diri dari hutang yg sediada.
Insyallah.
 
Aku pnah tgk ceramah dr zaharuddin kat tv3 masa tu program alkuliah. kalo ikut mmg byk beza antara bank konvensional ngan bank islam ni.

1. Bank islam mana bole kasi kalo pinjam 100k pelanggan mesti pulangkan 100k gak. mcm tu lingkup la bank. bezanya cuma kadar blr tidak akan berubah walau kadar blr bank negara naik. contoh ko orang pinjam masa kadar blr 5% tapi thn depan bank negara naikkan kadar blr. jagi selagi dalam tempoh perjanjian kadar blr tidak berubah.

2.penalti lewat bayar kalo bank konvensional samapi 10 hari ikut kelawatan anda bayar. Kalo tak silap bank islam kenakan penalti ikut perjanjian.

Kalo ikut sekarang kalo ko tak hutang mmg susah nak dapt harta secara cash. ada ke kita duit smpai 30k nak beli keta.
jadi berpada la dlm hutang.
 
ehmm... duit kertas skrg akan hilang nilai
dgn serta merta jika sesebuah kerajaan tu colapse...
sbb ia cuma bersandarkan janji kosong sebuah Gov.:-?

x seperti emas yg relevan setiap masa...
dr zaman Firaun Mesir sampai zaman Firaun skrg ni,
emas still bernilai utk dijadikan matawang...
:)
 
hehehhe topik ni banyak dibincangkan kat forum BJ

mmg budak2 BJ banyak tanya soalan dan bagi pandangan tapi kena buang dari blog Zaharuddin

Banyak dah komplen dengar pengguna perbankan Islam rasa lebih tertindas

Apa pun kita jadikan ini satu cita2 utk kita bebas riba insyaAllah
 
ni aku nak kongsi sket, perkongsian utk menjelaskan keadaan dan jgn cepat melatah :

Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat

Majoriti ulama' menggunakan kaedah asas iaitu:

"Hukum asas dalam urusan Mu'amalat adalah kembali melihat tujuannya dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya)."
atau juga disebut:

Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan wanita) harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang mengatakannya haram."


Tetapi ada sebahagian pihak mengambil mudah dengan mengikut kaedah fiqh yang disebut seperti juga diatas iaitu:

"Asal semuanya adalah harus selagi tidak dibuktikan haram."

Kaedah ini perlu difahami secara halus tentang kaedah terssebut. Dr Md Daud Bakar pernah menyebut secara lisan dalam bengkel Muzakarah Cendiakawan Syariah Nusantara, bahawa:

"Hukum asal semua transaksi kewangan di bank adalah haram selagi belum dibuktikan halal."

Ini kerana saluran kewangan moden di bank dan pelaburan lain kebanyakkannya adalah hasil ciptaan bukan Islan dan kapitalis yang sentiasa menjadikan riba', gharar dan judi sebagai tapak ciptaan saluran kewangan moden ini.

Hasilnya, amat wajar dan tepat bagi ulama' menganggap asal setiap hukum dalam produk kewangan konvensional sebagai haram selagi belum dibuktikan harus dan halalnya.

Murabahah

Murabahah dari sudut bahasa bermaksud untung, lebih dan tambahan. Menurut kamus dewan, murabahah adalah konsep kewangan Islam yang bermaksud penjualan barangan (yang dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kepada pembeli yang membayarnya secara ansuran dengan harga melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama.

Definisi mengikut syarak pula adalah jualan komiditi atau aset dengan harga yang dibeli (modal) oleh pembeli berserta keuntungan yang diketahui serta disepakati (oleh penjual dan pembeli).

Sebagai contoh, satu pihak menjual sebuat rumah yang dibelinya dengan harga RM200,000 dengan harga RM250,000 dan turut dimaklumkan kepad pembeli akan harga asal beliannya. Ini bermaksud penjual atau pemodal mendapat keuntungan sebanyak RM50,000.
 
Saya akan mengemukakan dalil-dalil hukum murabahah yang telah disepakatkan oleh ulama' keharusan hukum murabahah seperti berikut:

1) Ayat Al-Qur'an

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari tuhanmu." (Al-Baqarah: 198)
Berdasarkan ayat diatas, jelas Allah s.w.t mengatakan tidak salah untuk berniaga dan mencari keuntungan daripadanya. Justeru itu, salah satu kaedah untuk mencari keuntungan adalah dengan menggunakan kaedah murabahah iaitu menjual barang dengan lebih mahal dari harga kos.

Kaedah ini tidaklah menzalimi pembeli atau penjual dan diharamkan oleh Allah s.w.t. seperti riba':

Dihalalkan bagimu oleh Allah berjual beli dan diharamkan riba'." (Al-Baqarah: 275)

2) Hadith
Apabila berbeza jenis barang (dijual dan yang dibeli) iaitu bukan barangan ribawi, maka bolehlah kamu berjual beli sebagaimana yang kamu inginkan (dari sudut beza harga atau tunai atau tangguh." (al-Hadith)


Rasulullah s.a.w. mengharuskan jualan barangan atau komoditi dengan harga lebih tinggi daripada modal khususnya ketika baginda membenarkan para sahabat berjual beli di madinah untuk mendapatkan keuntungan.

Selain itu baginda juga memberikan keizinan mencipta jenis jual beli selagi mana ia menurut syarat-syarat seperti tiada riba', gharar dan sebagainya.


3) Ijma'

Ibn Qudamah menyatakan tidak diketahui ada yang melarang, demikian juga yang ditegaskan oleh Al-Kasani.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register