ni aku nak kongsi sket, perkongsian utk menjelaskan keadaan dan jgn cepat melatah :
Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat
Majoriti ulama' menggunakan kaedah asas iaitu:
"Hukum asas dalam urusan Mu'amalat adalah kembali melihat tujuannya dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya)."
atau juga disebut:
Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan wanita) harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang mengatakannya haram."
Tetapi ada sebahagian pihak mengambil mudah dengan mengikut kaedah fiqh yang disebut seperti juga diatas iaitu:
"Asal semuanya adalah harus selagi tidak dibuktikan haram."
Kaedah ini perlu difahami secara halus tentang kaedah terssebut. Dr Md Daud Bakar pernah menyebut secara lisan dalam bengkel Muzakarah Cendiakawan Syariah Nusantara, bahawa:
"Hukum asal semua transaksi kewangan di bank adalah haram selagi belum dibuktikan halal."
Ini kerana saluran kewangan moden di bank dan pelaburan lain kebanyakkannya adalah hasil ciptaan bukan Islan dan kapitalis yang sentiasa menjadikan riba', gharar dan judi sebagai tapak ciptaan saluran kewangan moden ini.
Hasilnya, amat wajar dan tepat bagi ulama' menganggap asal setiap hukum dalam produk kewangan konvensional sebagai haram selagi belum dibuktikan harus dan halalnya.
Murabahah
Murabahah dari sudut bahasa bermaksud untung, lebih dan tambahan. Menurut kamus dewan, murabahah adalah konsep kewangan Islam yang bermaksud penjualan barangan (yang dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kepada pembeli yang membayarnya secara ansuran dengan harga melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama.
Definisi mengikut syarak pula adalah jualan komiditi atau aset dengan harga yang dibeli (modal) oleh pembeli berserta keuntungan yang diketahui serta disepakati (oleh penjual dan pembeli).
Sebagai contoh, satu pihak menjual sebuat rumah yang dibelinya dengan harga RM200,000 dengan harga RM250,000 dan turut dimaklumkan kepad pembeli akan harga asal beliannya. Ini bermaksud penjual atau pemodal mendapat keuntungan sebanyak RM50,000.