BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Penjara Taiping: Seorang Anggota Didakwa, Lima Berdepan Tindakan Tatatertib

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146

Insiden Penjara Taiping: Seorang Anggota Didakwa, Lima Berdepan Tindakan Tatatertib​

ce71cd305ab1b6c632fceb056b9593446512c707de37f


Lima petugas Penjara Taiping kini berdepan prosiding tindakan tatatertib, manakala seorang anggota penjara telah didakwa di mahkamah susulan insiden serangan terhadap lebih 100 tahanan yang mengorbankan seorang penghuni penjara tahun lalu.

Dalam insiden pada 17 Jan 2025, media melaporkan lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E, menyebabkan seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut.

Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam kenyataan hari ini, mengesahkan tindakan terhadap kakitangan penjara terbabit susulan penelitian laporan serta rumusan Panel Inkuiri Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung insiden berkenaan.

Menurut JPM, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas, telus dan menyeluruh.

“Hasil siasatan membawa kepada pertuduhan terhadap seorang anggota penjara di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan. Pada masa sama, lima lagi kakitangan penjara sedang berdepan prosiding tindakan tatatertib yang dilaksanakan oleh JPM,” menurut kenyataan itu.

JPM berkata tindakan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam menegakkan prinsip akauntabiliti tanpa melindungi mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang, tanpa mengira pangkat atau jawatan.

“Jabatan mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang dalam perkhidmatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Panel Inkuiri Awam SUHAKAM dalam keputusan akhir inkuiri berhubung insiden berkenaan turut mencadangkan agar Penjara Taiping dijadikan muzium kerana tidak lagi sesuai digunakan sebagai institusi penjara.

Dalam perkembangan berkaitan, JPM menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk meneruskan agenda pemodenan infrastruktur penjara, termasuk perancangan pembinaan kompleks baharu bagi menggantikan institusi yang telah uzur.

 
Back
Top
Log in Register