BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif Sejahtera MADANI Di Perak Beri Manfaat 2,000 Penerima, Dana Cecah RM2.3 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Inisiatif Sejahtera MADANI Di Perak Beri Manfaat 2,000 Penerima, Dana Cecah RM2.3 Juta​

814fc5a2f84f6cb02211a7ad7ea643396a4374911ce0d

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, menyantuni peserta Mobile Legends sempena Majlis Pelancaran Sukan Belia (SUKBEL) dan Perasmian Karnival Belia MADANI di SMK Tun Perak, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Inisiatif Sejahtera MADANI yang dilaksanakan di Perak telah memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 penerima dengan nilai bantuan berjumlah RM2.3 juta setakat ini, selain peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta bagi memperluas pelaksanaan program berkenaan.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tambahan peruntukan itu akan membolehkan lebih ramai rakyat menerima manfaat, khususnya usahawan mikro, golongan berpendapatan rendah serta pelajar yang memerlukan sokongan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan pendidikan.

"Bantuan yang disalurkan bukan sekadar berbentuk kewangan, malah merangkumi penyediaan peralatan kepada usahawan kecil bagi meningkatkan produktiviti perniagaan serta insentif kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan bantuan disampaikan secara bersasar dan memberi impak terus kepada rakyat. Tambahan peruntukan RM3 juta yang diluluskan akan membolehkan lebih ramai penerima dibantu dalam fasa seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jelajah Sejahtera Madani peringkat Parlimen Padang Rengas, di Dewan Millenium Lubok Merbau, di sini hari ini.

Inisiatif Sejahtera MADANI merupakan inisiatif nasional di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan memperkasakan ekonomi isi rumah miskin tegar.

Terdahulu seramai 13 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menerima Peranti MADANI berupa komputer riba selain lima usahawan kecil menerima bantuan peralatan perniagaan bagi menyokong pengembangan perniagaan serta meningkatkan pendapatan masing-masing.

Sementara itu, Muhammad Kamil berkata kerajaan akan memperketat pemantauan pelaksanaan Geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi memastikan tiada lagi projek yang gagal dilaksanakan atau berlaku ketirisan pada masa hadapan.

Beliau berkata, langkah pengawasan yang lebih teliti akan dilaksanakan susulan terdapat beberapa projek yang tidak dapat disempurnakan seperti dirancang.

 
Back
Top
Log in Register