BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

520 Pelajar Di Gua Musang Terima Manfaat RM104,000 Di Bawah Inisiatif Sejahtera MADANI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
fb0d55044e05bc74f657cee38c468c33695e63e5c3d0e

fb Mohd Syahbuddin Hashim

Sebanyak 520 pelajar dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gua Musang menerima manfaat berjumlah RM104,000 menerusi Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Pendidikan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata bantuan bersasar itu melibatkan 234 keluarga berdaftar dalam sistem eKasih di DUN Galas, Paloh dan Nenggiri, bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan keluarga miskin dan miskin tegar di daerah ini.

Beliau berkata bantuan tunai diagihkan kepada 51 ketua isi rumah (KIR) di DUN Galas berjumlah RM22,000, 69 KIR di DUN Paloh (RM32,800) dan 115 KIR di DUN Nenggiri (RM49,200).

“Menerusi bantuan yang diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), kita dapat mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan, selain memastikan penyampaian bantuan dibuat secara berfokus dan bersepadu,” katanya kepada pemberita pada Program Back to School 2026 @ Galas di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada lebih 500 murid dan pelajar daripada keluarga miskin, anak yatim dan asnaf sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2026.

Mohd Syahbuddin berkata sebanyak lapan kelengkapan sekolah disumbangkan antaranya sepersalinan uniform, beg dan kasut.

 
Back
Top
Log in Register