BTC USD 81,068.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ingin meminta pandangan semua ahli2 CG....

cikgurp

Active Member
Messages
2,153
Joined
May 16, 2009
Messages
2,153
Reaction score
21
Points
25
asalamualaikum...

pertama sekali saya ingin mengongsi masalah yang di hadapi oleh ibu saya sekarang..saya tak sanggup lihat apa yang di tanggung oleh dia kerana semata-mata untuk mendapatkan sebuah rumah yang tak siap..kadang2 saya tak sanggup melihat bebanan yang dia tanggung semata-mata untuk melihat kejayaan orang lain iaitu pemaju.rumah yang emak saya beli adalah jenis sederhana corner lot.yang berharga RM109.000.00

serba sikit kisah project.

project perumahan ini under DWI MILIK SDN BHD DIBAWAH LEADER DIA Vernon Azhar Edmett Bin Bryan Allen.kos project ini adalah sebanyak RM31 million.yang turut serta dalam project perumahan ini adalah Koperasi Pembangunan Keluarga Hj Mohamad Perak Bhd.dwi milik sdn bhd ini adalah anak syarikat emkay group iaitu di pimpin oleh Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.yang tak bestnya project nie macam mana boleh dapat di tandatangani oleh Perak State Secretary Datuk Dr Isahak Yeop Mohd Shar.project ini merangkumi 500 unit house dan shoplot.

baru-baru ini ayah saya telah menelefon emkay KL katanya dwi milik sdn bhd bukan lagi anak syarikat diorag..alangkah bagusnya layanan diorang.pelbagai alasan di buat.saya cuma kasihankan emak saya yang hanya bekerja biasa2 terpaksa bayar hutang bulan2 pada bank tetapi habuk pun tak ada..ramai pemilik rumah untuk project perumahan ini adalah berpendapatan sederhana dan mampu.kebanyakkan cikgu,kakitangan kerajaan,perniaga pasar malam,persara..

baru hari ahad ini saya lihat banyak alatan elektrik serta barangan berharga dalam rumah saya telah di curi.kenapa orang bawahan di tindas demi kemewahan orang atasan.bagaimana kelibat atuk Dr Isahak Yeop Mohd Shar dalam project ini?mengapa mereka lari dan lepaskan tangan.apa yang seharusnya hendak saya lakukan untuk memastikan mereka2 ini bertanggungjawab dengan masalah ini?

saya cuma ingin tunaikan hasrat ibu saya untuk duduk di rumahnya apabila dia bersara nanti...ada sesiapa dapat berikan idea serta pandangan?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register