Ulama Melayu zaman silam sendiri takde spend banyak masa untuk mengkaji pasal Melayu ni, diorang takde masa nak buat benda2 ni kerana umat Melayu Islam perlukan ilmu dalam bidang tauhid tasawuf dan fiqh, benda2 yang memang fardhu ain dan fardh kifayah
Rasulullah sendiri suruh kita berpegang pada al-Quran dan Sunnah baginda agar tidak sesat, jadi
kenapa nak menggembleng tenaga dan masa mengkaji Taurat dan Bible serta kitab2 lain yang dah diselewengkan sedangkan al-Quran sendiri kita tak habis kaji?
Adakah dengan kajian ini ramai orang akan masuk Islam? Islam akan kembali gemilang?
Memang betul dalam al-Quran peuh dengan petunjuk, orang kafir amik petunjuk al-Quran, sampai ke angkasa lepas, buat jet pejuang.... orang Melayu amik petunjuk al-Quran.... kita dapat Rasul Melayu, Abuya, Ayah Pin....
Itu yang membuatkan saya tak suka kalau kita setakat nak amik petunjuk al-Quran tapi yang kita dapat hanyalah memori zaman silam
antara pendapat yg menarik untuk dikongsikan bersama....
Fakta pertama yang perlu di fahami oleh semua pembaca adalah Bible tidak merujuk kepada Injil semata-mata. Sebaliknya, Bible adalah kompilasi kitab-kitab samawi dan suhuf terdahulu; Taurat, Zabur dan Injil yang telah diubahsuai.
Jadi nak tanya, kenapa kita perlu mengkaji kitab Bible ni? Pembaca semua, tak lain tak bukan, kita kena kaji untuk memelihara diri kita dari penipuan orang-orang Kristian dan yang keduanya sebagai satu strategi dakwah kepada orang bukan Islam.
Sebagai permulaan, jom kita perhatikan bagaimanakah susunan dalam Bible. Secara amnya, Bible terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Kitab Perjanjian lama (old testament) dan Kitab perjanjian Baru (New Testament). Kitab perjanjian lama merangkumi Zabur, Taurat dan bebrapa suhuf (yang telah diubahsuai). Manakala Kitab perjanjian baru merangkumi Injil (yang telah diubahsuai) dan surat-surat Saint Paul kepada Maharaja Rom.
Setiap Kitab terdiri dari beberapa buku (books) dan setiap buku terdiri daripada beberapa bab (chapters). Setiap bab pula ada bebrapa ayat (verses). Jujur katakan, bagi orang yang pertama kali mengkaji Bible, konfirm pening kepala sebab susunnya yang berbeza dengan susunan Al-Qur'an. Tetapi, dengan sedikit latihan, perkara ini akan menjadi mudah.
Adalah sangat bijak jika para pendakwah mengenali dulu fahaman yang dianuti oleh orang kristian yang hendak didakwahkan. Ini sebab bukan semua orang Kristian mengamalkan Old testament, tetapi, semua orang Kristian mempercayai New Testament. Jadi, tunggu apa lagi, ayuh mari kita mengkaji untuk menyebarkan Islam
dan ini juga
sebenarnya mereka dah letak sihir-sihir tertentu yang akan berjangkit pada kita kalau kita baca.
anda berasa hairan. Ada sihir? Hm… pelik juga. Dah ramai orang Islam yang mengkaji tentang perbandingan antara agama diluar sana tetapi iman mereka tak goyah pun. Tak ada pun mereka ni ‘disihir’ sehingga rela dibaptiskan dan sebagainya.
Kita tak pernah dengar cerita yang As-syahid Rashid Khilafa, Ahmad Deedat , atau yang paling mutakhir, pengkaji antara agama rakyat Malaysia sendiri, iaitu Saiful Effy masuk agama Budha ke, Hindu ke, Kristian ke. Malah, kerana kajian-kajian mereka ini, telah ramai orang yang masuk Islam.
Sebenarnya, kita di Malaysia duduk dalam bayang-bayang sendiri. Apa faktor yang buat kita takut untuk mengkaji agama lain? Kalau kita yakin dengan Dinul Islam, sepatutnya kita tak ada kekhuatiran untuk menjalankan prospek dakwah ni.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, kalau anda tak mengetahui asas-asas akidah orang-orang bukan Islam, bagaimana anda nak membuktikan bahawa fahaman mereka itu sudah silap? Bagaimana anda nak menyatakan Islam itu benar jika anda tidak ada satu parameter untuk dibandingkan dengan agama-agama lain? Dan kerana itulah kita sebagai umat islam harus menjalankan kewajipan menyampaikan dakwah bermula dengan membuat kajian perbandingan anatara agama. Fikir-fikirkanlah….
memang membandingkan agama itu perlukan niat serta disiplin tertentu iaitu untuk mencari kebenaran..
bukan menggunakan agama untuk kepentingan dunia dan kemewahan atau untuk dianggap hebat atau berilmu semata2..
ramai juga paderi2 serta mualaf memasuki islam setelah melakukan perbandingan agama yang mendalam dan terperinci..
jadi adakah membandingkan dan mengkaji kitab agama lain itu haram??? sedangkan banyak maanfaatnya serta fardhu kifayah.
begitu juga dengan ilmu sejarah merupakan ilmu fadhu kifayah juga selain ekonomi dan politik, sains dan semua cabang ilmu selagi ia mendatangkan kebaikan dan memperkasakan agama,bangsa dan tanahair.
cuba lihat ilmu politik Ada di antara mereka seolah-olah tersangat alim.Berzikir 24 jam di dalam masjid tanpa mahu mengambil tahu siapakah yang menjadi pemerintah negerinya.Apabila orang kafir harbi naik menduduki takhta politik negerinya lantas meruntuhkan masjid tempat dia berzikir 24 jam dengan alasan untuk pembangunan,maka barulah dia tercengang dan terlompat-lompat ke sana-sini membantah orang kafir tadi.Padahal orang-orang macam mereka inilah yang menjadi bala kepada umat Islam.POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.Bagaimana Islam dapat didaulatkan jika tidak berkuasa dalam politik?Adakah Nabi Isa dan 12 sahabat Hawariyyun dapat mempertahankan dirinya ketika penyerbuan askar Pilatus,ketika Nabi Isa hanyalah seorang agamawan sahaja.Tetapi lihat Nabi Muhammad s.a.w,yang digeruni lawan dan kawan.Baginda bukan sahaja seorang ahli agama bahkan seorang negarawan dan ahli politik yang terbaik.Siasahnya bijak,sikapnya terpuji.Apabila ada sahabatnya dibunuh ketika menjadi utusan dakwahnya,baginda berkuasa mengerahkan angkatan perangnya memerangi pengkhianat tadi.Tetapi adakah Nabi Zakaria misalnya mampu menahan dari pengejaran orang-orang kafir sehebat Nabi Muhammad?Akhirnya Nabi Zakaria wafat digergaji batang lehernya akibat tidak mempunyai kuasa sepicing pun dalam politik Bani Israel ketika itu.Fikir-fikirkan.Tidak rugi anda berfikir sejenak DEMI KEBENARAN.Sampai bila anda hidup dalam matrix palsu ini dengan penuh kepura-puraan.
*
Selain itu ingin dijelaskan bahawa apabila seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, maka tidak dapat tidak ia terbuka kepada empat kemungkinan:
1.Orang tersebut memang salah.
2.Berlaku salah faham (miscommunication & misunderstanding) sehingga apa yang benar dianggap salah.
3.Ilmu orang yang menghukum lebih rendah daripada ilmu orang yang dihukum. Perbezaan tahap ilmu ini menyebabkan apa yang benar dianggap salah kerana orang yang menghukum itu tidak mampu mencerna apa yang disampaikan oleh orang yang dihukum.
4.Wujud kedengkian sehingga sengaja menghukum salah sekalipun dalam hati diakui kebenarannya.
Oleh itu sebelum seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, hendaklah dia terlebih dahulu mempertimbangkan empat kemungkinan di atas. Kemungkinan keempat tidak sepatutnya berlaku manakala kemungkinan pertama mungkin berlaku. Namun yang lebih lazim berlaku adalah kemungkinan yang kedua dan ketiga.
*