BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Infinity Downline - penah dengar x? jom share

Utk lebih memahami ko try la join,aku dah buat mmg berjaya,ko masuk bawah aku bagi free pendaftaran,ko bawak org sebulam leh dpt 2k tu sorg aje,kalo sebulan ko leh bawak 20 org ko kira la sendiri berapa ko dpt.

pergh ni yg meleleh air liur nih.... :o
 
bukan masalah anti..tp masalah hukum dlm Islam..rujuk komen Ust Zahauddin.. die kata Haram..

so kalo rasa nak makan duit haram maka teruskan.. kalo rasa xnak maka jauhkan..

tu la nk tau kenapa haram... xjelas la..


kalau keje curi tulang pon duit haram kan
 
pergh ni yg meleleh air liur nih.... :o

Tp nak dptkan 1 kepala tu bukan senang,p3lbagai tipu helah perlu digunakan tu baru nak sua kenai blom lg time nak pecahkan rahsia hehehehe.
2k bukan byk pun ade setengah 1 kepala 50k bukan kelapa 50sen tau hahahaha
 
Ni yang log-in fb dapat duit.

Money game ni.

Owner dia dah jutawan dah. Orang bawah yang sengkek.
 
kalau kawan TT berenti kerja pasan join ID ni.. nampak sangan MLM ni leh kayakan dia.. tak mustahil untuk dia.. kenapa mustahil untuk TT..

haram halal punya isu... hmmm.. lu pk la sendiri

aku penat2 kumpul duit.. aku beli gula.. aku dapat manis jer.. pastu jadi tahi..(busuk)

dit aku pulak orang kedai dapat pastu dia jadi kaya..
 
Bagaimana Mengelak Terjebak Multi Level Marketing (MLM)

Mengelak Terjebak MLM? Adakah anda ingin mengelak daripada terjebak MLM. Anda ingin selamat dan lindungi wang anda. Multi Level Marketing atau MLM sejak kebelakangan ini telah menjadi fenomena di kalangan rakyat malaysia di mana setiap pelabur mengimpikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang amat singkat. Bagi seseorang yang tidak mempunyai kekuatan diri yang kuat dan menginginkan keuntungan mudah, maka ia amat mudah dipengaruhi dan ditipu oleh sindiket MLM. Jadi bagi mengelak diri anda dari dipengaruhi dan terjebak dengan skim mlm anda bolehlah menggunakan panduan dan tips di bawah.

Mengelak Terjebak MLM (Multi Level Marketing)

# 1 Lesen
Tanyakan kepada mereka adakah syarikat dan individu tersebut mempunyai lesen mengumpul wang dari orang ramai.

# 2 Semak
Jika ya jawapannya maka anda hendaklah menyemak kepada Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan lesen dan perniagaan syarikat MLM tersebut.

# 3 Risiko
Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang mengatakan pelaburan itu tiada risiko. Jika tiada risiko maka ia adalah satu skim pelaburan yang tidak logik.

# 4 Mudah
Bagi mengelak terjebak mlm anda perlu faham bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya. Sekiranya rakan yang ingin merekrut anda menyertai MLM di bawah mereka maka tanya mudahkah untuk untung dengan MLM. Bagaimana mencari downline dan sebagainya. Sebenarnya ia tidak mudah dan kadang kala mustahil bagi orang yang tidak pandai berbicara dan menipu orang.

# 5 Pulangan Tetap
janji MLM yang biasa ialah anda pasti akan mendapat pulangan yang tetap setelah mematuhi syarat-syarat tertentu atau telah mempunyai downline yang mencukupi. Anda perlu ingat tiada perniagaan atau pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yang tetap. Setiap sesuatu itu ada untung dan rugi, jatuh dan bangun, dan anda perlu tahu perkara ini.

# 6 Cek / Penyata Bank
Biasanya anda akan ditunjukkan salinan cek atau penyata bank bagi mereka yang mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka dan biasanya cek atau penyata bank yang ditunjukkan bagi masa yang singkat. Cuba anda minta salinan cek dan penyata bank bagi mereka yang menikmati pulangan keuntungan selama 5 tahun.

# 7 Syariah
Adakah skim pelaburan MLM tersebut mempunyai panel penasihat syariah. Jika ya anda perlu mendapat no telefon penasihat syariah tersebut bagi mendapatkan pengesahan.

# 8 Pinjaman
Sekiranya upline yang cuba merekrut anda menjadi downline MLM mereka dengan membuat pinjaman bank maka anda perlu berhati-hati. Biasanya mereka akan mengalakkan anda membuat pinjaman dan melabur dengan jumlah yang terbesar bagi mendapatkan pulangan yang cepat. Mereka akan bersungguh-sungguh sehingga ada bersedia menguruskan urusan pinjaman bank anda. Cuba anda kata anda tidak ingin meminjam bank, anda ingin meminjam duit dari upline anda itu. Dia pasti sudah untung banyak dan konsisten. Katakan anda akan membayar daripada keuntungan tetap yang dijanjikannya. Pasti dia akan pergi dan tidak menganggu anda.
 
Back
Top
Log in Register