BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tahan Enam Wanita Warga Filipina Dalam Dua Serbuan Di Labuan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80
12aba6a2fded47e94df197878ce932eb6916d073b6e1e

Kredit: JIM Labuan

Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam wanita pendatang tanpa izin dalam dua serbuan berasingan di sekitar pusat bandar Labuan menerusi Op Dandan dan Op Gegar, Rabu lepas.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata dalam serbuan bermula 8 hingga 11 malam itu, pihaknya memeriksa beberapa premis perniagaan termasuk pusat urut yang disyaki menggaji pekerja tanpa dokumen sah.

“Kesemua wanita ditahan merupakan warga Filipina berusia antara 20 hingga 30 tahun. Mereka ditahan hasil pemeriksaan terhadap 17 individu terdiri daripada lapan rakyat tempatan dan sembilan warga Filipina,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata serbuan terbabit dijalankan selepas pihaknya bertindak atas pemantauan dan maklumat risikan manakala pemeriksaan terhadap enam wanita berkenaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan serta disyaki bekerja tanpa permit sah.

Dua saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

“Kesemua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depoh Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register