BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tahan 79 Lelaki Bangladesh Dalam Serbuan Di Dua Kilang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
b1d7ae859e551cb9cda6b039771b1eff69d668903dfe9

a2db9beac80ca2acc404d7216b9f205269d668092aa4c


Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 79 lelaki warga Bangladesh dalam serbuan di dua kilang menghasilkan sarung tangan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor dekat sini malam ini.

Serbuan bermula 7 malam itu disertai anggota Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JIM Perak Datuk James Lee berkata sebanyak 56 individu ditahan di kilang pertama manakala bakinya di kilang kedua, dengan ketika ditahan kesemuanya dalam tempoh peralihan syif waktu bekerja.

“Hasil pemeriksaan, mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan ke Malaysia termasuk tinggal lebih masa di negara ini.

"Pihak pengurusan kedua-dua kilang yang bernaung di bawah satu syarikat induk itu juga dipercayai mengambil pekerja asing yang didaftarkan bekerja di syarikat atau sektor lain,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan malam ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan akan disiasat lanjut termasuk mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas, permit atau pas sempadan.

"Di pihak JTK, mereka juga akan siasat dan tentukan kesalahan yang dilakukan di bawah perundangan JTK," katanya.

Menurut James, serbuan terhadap kedua-dua kilang berkenaan hari ini adalah kali kedua selepas diserbu tahun lepas.

"Kita tidak boleh lepaskan mana-mana majikan yang melakukan kesalahan, di samping kesalahan dilakukan oleh warga asing terbabit," katanya.

 
Back
Top
Log in Register