Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha
Tips jika jumpa client yg mmg nk diskaun tahap gaban...
Antara kesilapan Manager-in-Charge apabila bertemu klien adalah mereka mengaku bahawa mereka bos/pemilik kepada projek itu. Walaupun boleh dikatakan saya dan Manager-in-Charge itu adalah bos bersama, tetapi sebenarnya adalah adalah lebih baik jika mereka mengatakan bahawa mereka kuli sahaja.Haha…


Sebabnya, klien apabila tahu anda adalah bos, mereka akan menekan-nekan anda untuk mendapatkan diskaun. Diskaun sedikit tidak apa, tetapi over diskaun. Yela, adalah diakui, Manager-in-Charge pun senang cair dengan pujuk rayu klien lebih-lebih lagi jika klien itu seorang wanita yang cantik. Hahaha.
Tetapi jika kita kata kita ni kuli batak orang aja, selalunya klien akan tidak berfikir panjang dan menerima harga sedia ada. (ya betul, ini kajian kes yang banyak saya tengok terbukti untuk projek kami).
Cara terbaik jika kita mempunyai kad bisnes yang tertera bahawa kita ini adalah pekerja sahaja dan bukannya pemilik/bos. Jadi, klien yang dapat kad bisnes itu akan tidak akan banyak bertanya punyalah. Percayalah. Haha.
erm..saya pernah berniaga dan mempunyai premis sendiri menjual tiles. pada pengalaman saya pula, kebanyakan customer yang saya jumpa akan lebih menghormati saya pabila mereka mengetahui bahawa saya adalah tuan empunya kedai tiles.
di usia yang muda pada waktu itu, pada mulanya kata2 mereka yang seperti acuh tidak acuh berbicara dengan saya, akhirnya lebih kelihatan mesra selepas mengetahui saya adalah pengurus kedai tersebut,..
pada pengalaman saya juga, satu perasaan bangga wujud pada diri pelanggan apabila seorang bos sudi melayan mereka.
pada masa yang sama, mereka akan berubah tingkah laku pabila mereka berbicara dgn seorang yang agak berpangkat.
pasal pengurangan harga juga, mmg pelanggan akan minta untuk di bayar murah. ia bergantung kepada kebijaksanaan pengurus tersebut.
seperti pengalaman saya, pabila pelanggan meminta kurang atas barang, saya akan kurangkan pada harga yang minima sahaja. dan alhamdulillah pelanggan tidak banyak keletah apabila saya memberi pengurangan harga tersebut. kenapa?
dari pemerhatian saya, apabila kita pergi membeli di kedai tertentu terutama kedai telefon bimbit, bila kita minta dikurangkan harga, maka seller tersebut akan membuat seolah olah dia telefon dengan bos dia untuk bertanya mengenai pengurangan harga,. selepas itu, harga yang diberitahu adalah harga yang tetap.
bagi saya, ini adalah satu taktik yang amat menarik untuk psycho pelanggan tersebut.

oleh kerana itu saya berpendapat, apabila pelanggan berurusan dengan bos atau pengurus kedai, maka akan ada 2 efek yakni :
1) pelanggan akan rasa dirinya berharga bahawa dia dilayan oleh orang atasan
2) pelanggan beranggapan harga yang diberi oleh bos/pengurus adalah harga special price untuk dia sahaja. walhalnya, harga yang ditawarkan bos tersebut adalah sedikit mahal jika dibandingkan pelanggan tersebut berurusan dgn pekerja bawahan. oelh itu, pelanggan biasanya takkan meminta harga yang lebih murah lagi

)

)
kesimpulannya, saya akan sebolehnya akan cuba bermain harga dengan pekerja bawahan dan cuba mengelakkan pekerja bawahan tersebut berbicara dgn bos mereka. jika keadaan ini berlaku, maka saya akan keluar dari kedai tersebut.
