bagus thread nih, tahniah buat tt!
Pd pendapat aku yg bgusnye, bina hubungan yg baik dgn customer. kalo hubungan seller dgn customer mesra, insyaALLAH jual apa pun mesti jalan..percayalah!
salam..nak join jugak...
yg pertamanya,bagus threat ni sebab aku minat meniaga walaupun belajar dlm engineering...jadi kita boleh berdiskusi serta memberikan pendapat atau idea yg bernas
keduanya,aku tertarik pada kata2 student,..betul kata student ni..membina hubungan dgn customer..benda ni kita boleh panggil sebagai ilmu softskill yakni kita cuba berperawatakan mesra pelanggan dgn cara yg tidak dibuat buat..

aku bg contoh,pabila kita ke sesetengah petronas station, ada org2 dia yg akan bg salam atau ucapan selamat dtg.. ada sesetengah branch kfc juga disediakan seorang tukang buka n tutup pintu hadapan dgn mengeluarkan senyuman kpd pelanggan...
<--ini adalah contoh2 yg simple..di mana syarikat akan memberikan 1st impression yg baik di mata pengguna

jika contoh lainnya,di zaman ini perkhidmatan pelanggan atau customer service (cs) mula digunapakai pada hampir semua syarikat.. cs ni pula terbahagi kpd dua iaitu secara muka ke muka (face 2 face ) atau secara dlm talian.
CS ni juga kita boleh umpamakan seperti tentera di barisan hadapan kerana mereka ini adalah mewakili syarikat..contohnya,bila kita kol bank center... mereka akan menggunakan perkataan terima kasih (menghargai pelanggan atau pengguna) kemudian kalau kita perasan mereka akan meninggikan suara pada nama syarikat mereka..saya bg contoh :
" terima kasih kerana menghubungi
cimb bank center" perkataan yg diwarnakan diberikan penegasan yg tinggi agar pelanggan akan sentiasa igt nama syarikat tersebut. dan ini bagi sy adalah kaedah psikologi yg menarik utk menarik pelanggan2 yg baru.
ketiganya,bagaimana kita nak menjual produk yg kita akan pasarkan? atau boleh kita panggil marketing strategy.. menurut pengalaman sy, bila kita cuba memasarkan produk yg baru kita cuba buatkan pelanggan atau bakal pelanggan tertarik dgn apa yg kita cuba jual atau pasarkan..contoh mudah:
-sesiapa yg membeli baju adidak pada hari sabtu pada awal bln akan diberikan diskaun 50%- di sini kita dapat lihat antara taktiknya adalah dgn memberikan potongan hrga pada saat kebanyakan org baru dpt gaji. makanya ini akan menarik minat mereka utk membeli.. tetapi harus diingat,tanpa pengiklanan yg sempurna,makanya kaedah ini tidak akan berjaya..
aku tertarik pada siggy salah seorang cgrian... dia tulis kat siggy dia -nak untung banyak tp modal sikit?meh cni- (ayat lbh krg la...makanya bnda tu da menarik org utk cuba tgk ape yg ada..tp pastikan kita meletak hrga barang pada barangan yg nak dpasarkan agar tidak membuat pelanggan tertanya2...kerana trend skrg ni, pelanggan lbh suka tau hrga brg utk membuat kira2 supaya mereka cukup bajet utk perbelanjaan lain..