BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci Di Tumpat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci Di Tumpat​

23465f0fb72a7c974bd496fb037cc04d64a167ca8f7f2

(gambar hiasan)

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah bilik yang berkunci di Kampung Dalam Rhu, Tumpat semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.27 petang, sebelum sepasukan polis dan petugas perubatan Hospital Tumpat dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata mangsa yang juga seorang penganggur berusia 35 tahun ditemukan oleh ibunya sebelum pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat ditentukan (unascertained) berikutan keadaan mayat yang telah mereput (decomposed body),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-725 7222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register