BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak Di Temukan Maut Dalam Bilik, Anak 7 Tahun Sempat Lari

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
05.11.2025 - Hanya kerana marahkan teman lelaki, seorang ibu dipercayai sanggup membunuh anak perempuannya sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri di sebuah rumah di Taman Perak di sini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, wanita berusia 30 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan tergantung pada kipas siling di bilik tidur utama, manakala mayat anaknya yang berusia empat tahun ditemukan di atas tilam dalam bilik sama. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan awal percaya wanita tersebut dipercayai menekup muka anaknya dengan bantal sebelum mengambil nyawanya sendiri. Katanya, mangsa dipercayai bertindak demikian akibat tekanan perasaan selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Turut ditemui dua nota tulisan tangan yang ditampal pada akuarium yang mengandungi permohonan maaf dan luahan kecewa dengan masalah peribadi yang dihadapinya. Dia menyatakan tidak sanggup menanggung sakit hati dan mendakwa anak-anaknya tidak boleh tinggal dengan sesiapa menyebabkan dia bertindak membawa mereka bersama. Jiran yang bergegas ke lokasi menjumpai wanita itu dalam keadaan tergantung sebelum menghubungi polis” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata, kejadian itu disedari selepas seorang jiran terdengar jeritan anak lelakinya berusia tujuh tahun yang turut menjadi mangsa, namun kanak-kanak itu terselamat dan sempat meminta pertolongan. Pemeriksaan ke atas kanak-kanak lelaki itu menemui kesan jerut pada leher dan lebam sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan. Polis menemui MyKad dan MyKid milik tiga beranak itu dan beberapa barangan peribadi termasuk kad bankjadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
1762321049055.png
 
fuhhhhh...makin huru hara manusia zaman dajjal menguasai malaysia la ni....
 
Ketua polis kelantan tak nak buat press conference ke??
 
Ayoyo

Sakit hati smpi gantung diri

Betul punya sakit ni 😂😂
 
Back
Top
Log in Register