BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Dua Kanak-kanak Keluar Kepala Melalui "Sunroof" Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Ibu Dua Kanak-kanak Keluar Kepala Melalui "Sunroof" Ditahan​

9837356476f8956c85b9bdf73f0c3dc8680cf7ad15a3f

ACP Naazron Abdul Yusof

Polis telah menahan ibu kepada dua kanak-kanak yang dirakam mengeluarkan kepala mereka melalui sunroof, atau bumbung matahari, sebuah kereta hitam yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan hari ini selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan video perbuatan kanak-kanak berumur empat dan enam tahun itu yang tular di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras dan laporan polis diterima pada 5.28 petang tadi," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. S. Tharani di talian 017-7331 935 bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri serta pengguna lain khususnya melibatkan kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register