BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hipertensi Atau Tekanan Darah Tinggi

IMG_20230601_134736_591.jpg


Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.

Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.

Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa #CERDIK!
 
IMG_20230602_102129_268.jpg


Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI). Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak.

Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif yang tinggi kepada sistem perkhidmatan kesihatan melalui pengesanan dan perawatan awal dan pencegahan komplikasi akibat hipertensi.
 
IMG_20231022_230912_565.jpg


‼️Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3️⃣ daripada 1️⃣0️⃣ atau 6.4 juta orang dewasa Malaysia menghidap tekanan darah tinggi.

🩺Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
 
Saya memang tiap hari ambil sebiji Amlodipine

bacaan BP normal lah..

tapi kalau p Hospital..tetap juga BP terbang :)
white coat sindr hahah


haha sama la aku, doctor ambil BP confirm naik 160-170.
buat kat rumah hari2 menten 120+
 
IMG_20231210_155409_250.jpg


🙍‍♂️Lelaki lebih berisiko menghidap hipertensi berbanding wanita. Periksa tekanan darah dengan kerap bagi memastikan tekanan darah anda terkawal.

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi.🩺
 
1000235373.jpg


29.2% atau 1️⃣ daripada 3️⃣ dewasa di Malaysia mengalami hipertensi manakala 11.9% tidak tahu mereka mengalami hipertensi.

80% golongan muda (18-19 tahun) tidak tahu mereka menghidap hipertensi.

Prevalen hipertensi menurun daripada 30.0% (2019) kepada 29.2% (2023).

Hipertensi tidak bergejala sehingga berlaku komplikasi. Kesan dan rawat awal untuk mengelakkan komplikasi.
Hipertensi mungkin senyap tapi tindakan kita membawa perubahan besar‼️

Utamakan pemakanan rendah garam, aktif secara fizikal, kurangkan stress dan kekalkan berat badan yang unggul‼️
 
borderline... tp Doc dah on ubat.. sebiji sehari...nak prevent takut meroket lagi naiknya hahah
 
Start mkn ubat awl better tu sobat
Klu dop nye g ke buoh pinggang
tp org kata punoh buoh pinggang plop kalu makan ubat hahaha....
tp kawe menten ubat spital...ikut arahan Dr.. sambil2 cuba kawal pemakanan..
tp gak dok kelate.. susoh laa weiiiiii .... pah satu2 ada kedai viral :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register