BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan teknik teknik loan ASB

saya rasa jika kita sdh berkahwin, isteri yang akan tuntut. tapi kalau masih bujang mungkin ibubapa. kalau boleh letak penama kan bagus...
 
saya rasa jika kita sdh berkahwin, isteri yang akan tuntut. tapi kalau masih bujang mungkin ibubapa. kalau boleh letak penama kan bagus...
Akan mudahkah isteri kita untuk menuntut bila kita meninggal nanti...?
 
Saya nak tanya bro ikeda dan otai2 lain..
bab penama dalam dana2 ASNB kita..
saya dah call ASNB..
Jawapannya..ASNB/PNB tidak menyediakan servis penama kepada pelabur dlm dana2 PNB..
Penama hanya dapat dilakukan melalui wasiat di egensi/syarikat2 lain termasuk Amanah Raya Bhd..
Setakat ilmu yg saya ada, wasiat tak dapat dibuat kepada pewaris sendiri termasuk isteri dan anak2..
Harta pusaka kepada pewaris hanya dapat diagihkan melalui faraid..
Saya mohon respond bro ikeda dan yang lain tentang penama ini, melalui pengalaman masing2..
Agak leceh juga bila kita mengambil LASB berinsurans dan simpanan kita dalam dana ASNB semakin bertambah tetapi mengalami jln sukar utk diwariskan kepada isteri dan anak2 bila kita meninggal nanti..
Mohon tuan2 merungkaikan persoalan di atas..

kalau Tabung Haji boleh je utk buat penama boleh letak 2 penama lagi, seeloknya PNB pun sediakan kemudahan tersebut. tp yg aku tau prosedur utk pindah milik ASB tak rumit sgt. si balu bawa surat kematian si suami nanti boleh pindah.. tp ada kena isi borang lain juga la
 
Saya nak tanya bro ikeda dan otai2 lain..
bab penama dalam dana2 ASNB kita..
saya dah call ASNB..
Jawapannya..ASNB/PNB tidak menyediakan servis penama kepada pelabur dlm dana2 PNB..
Penama hanya dapat dilakukan melalui wasiat di egensi/syarikat2 lain termasuk Amanah Raya Bhd..
Setakat ilmu yg saya ada, wasiat tak dapat dibuat kepada pewaris sendiri termasuk isteri dan anak2..
Harta pusaka kepada pewaris hanya dapat diagihkan melalui faraid..
Saya mohon respond bro ikeda dan yang lain tentang penama ini, melalui pengalaman masing2..
Agak leceh juga bila kita mengambil LASB berinsurans dan simpanan kita dalam dana ASNB semakin bertambah tetapi mengalami jln sukar utk diwariskan kepada isteri dan anak2 bila kita meninggal nanti..
Mohon tuan2 merungkaikan persoalan di atas..

Berkenaan Penama pada saham-saham ASNB..
20 tahun lepas,,(akaun remaja) saya ada kolumn diborang permohonan letak nama penama,,
Dan setelah menjadi akaun dewasa,,sudah tiada penama..

OK berkenaan WASIAT dan FARAID..
Saya tidak arif berkenaan perkara ini,,
Apa yang saya paham adalah,,sekiranya tiada wasiat ditulis sama ada di Bank Islam or direct to Amanah Raya,,maka kaedah Faraid akan ditentukan...
Sebaik baiknya tulis wasiat supaya lebih terurus pembahagian harta..

Ada juga issue dimana walaupun wasiat ditulis 100% kepada isteri kita,,dan jika berlaku tuntutan daripada sanak-saudara si-Mati ini maka hanya 1/3 sahaja yang layak pada si isteri(walaupun 100% diwasiatkan)..dan 2/3 lagi akan dilaksanakan kaedah Faraid yang sudah tentu makan masa yang lama dan makan tahun demi tahun sampailah mencapai persetujuan semua..

So tulis lah wasiat(Bayaran 250-Di Bank Islam boleh buat),,dan jika berlaku kematian,,berpesanlah kepada saudara-saudara agar janganlah menuntut di Amanah Raya.Jika berlakunya tuntutan maka Faraid akan dilaksanakan agar semuanya Adil...

Sebagai sanak saudara perlulah bersikap rasional dan menghormati pesanan/wasiat arwah supaya dibahagi mengikut kehendaknya..Janganlah menambah kesusahan kepada isteri/anak-anak si-mati dengan tuntutan-tuntutan ini yang pasti menganggu ukhwah sanak-saudara kelak..

So pupuklah nilai nilai murni/kemanusian dalam diri anda sebaik-baik mungkin..

Ada kes kawan saya,,masalah harta-pusaka ASB ayahnya,,terpaksa di Faraidkan kerana tiada wasiat..Dan makan 2 tahun baru selesai kes member saya ini,,dan yang bestnya,,,hasil daripada transfer Pusaka ini membolehkan Limit ASB beliau meningkat secara automatik..
 
Akan mudahkah isteri kita untuk menuntut bila kita meninggal nanti...?

Akan lebih mudah jika ada surat wasiat,,

PNB akan minta surat kuasa mentadbir harta daripada badan badan yang disahkan..barulah proses transfer Unit tersebut kepada waris/waris-waris..

Pastikan waris(tidak berstatus MUFLIS),,
Ramai yang MUFLIS angkara Credit Card,,dan mengambil sikap endah tidak endah dengan status sedemikian,,maka buruklah padahnya..
 
OK..nanti saya belajar lagi..
setakat yang saya tahu..wasiat tidak boleh kepada pewaris..dan ada hadnya..
wasiat hanya boleh dilakukan kepada bukan pewaris seperti anak angkat misalnya..
Bro ikeda dah bikin surat kuasa wasiat ke..kat mana tu?
http://asbod.wordpress.com/2009/12/17/pnb-cari-jalan-benarkan-penama-waris/
 
Last edited:
Korek page lama..buat semangat..:)cgrock

Anda pun boleh listkan segala OPM anda..

OPM ada 2
Bad Debt & Good Debt..

Pastu listkan dan categorize masing masing dalam kolumn berasingan..Pastu totalkan masing masing..

Then ask yourself,,where am I now???

daripada situ,,pengurusan kewangan anda akan jadi lebih tersusun lagi,,sebelum mengira your CASH FLOW monthly..
 
OK..nanti saya belajar lagi..
setakat yang saya tahu..wasiat tidak boleh kepada pewaris..dan ada hadnya..
wasiat hanya boleh dilakukan kepada bukan pewaris seperti anak angkat misalnya..
Bro ikeda dah bikin surat kuasa wasiat ke..kat mana tu?

Mengikut wasiat yang kita nak buat:
1)Kita boleh buat wasiat untuk melantik pentadbir/pengurus pusaka kita(Bukan waris)
2)Kita buat wasiat terus untuk waris/waris-waris kita.

Saya buat wasiat dekat Bank Islam/AmanahRaya(Dapat Kad Warna Biru),,bukan hanya untuk ASNB..Tetapi kepada property/simpanan/UT/tanah dll lagi kepada Isteri dan anak-anak,,isteri saya pula buat kepada saya dan anak-anak..
 
Last edited:
JOHOR BAHRU 16 Dis. - Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang berusaha memenuhi kehendak pelabur amanah saham bagi membolehkan mereka menamakan penama bagi mewarisi saham itu, setelah meninggal dunia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ini kerana peruntukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membenarkan penamaan seperti itu dilakukan oleh pelabur.

Katanya, keadaan itu menyebabkan keputusan untuk membahagikan saham di kalangan waris pelabur terletak dalam bidang kuasa mahkamah.

"Kita menyedari keperluan untuk langkah itu diperkenalkan memandangkan ia akan memudahkan pelabur menamakan penama seperti diamalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji.

"Kita kini sedang cari jalan bagi memenuhi kehendak pelabur tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di sini hari ini.

Menurut Hamad Kama Piah, menurut prosedur sedia ada, apabila si mati meninggalkan saham bernilai RM600,000 ke bawah, waris boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 di pejabat Pentadbir Tanah.

Jika melebihi jumlah itu, katanya, waris boleh memohon pembahagian pusaka di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Beliau memberitahu, pembahagian akan dibuat berdasarkan perkiraan faraid bagi orang Islam manakala bagi bagi bukan Islam yang tidak membuat sebarang wasiat mengikut Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 - Akta A 1004.

Tambahnya, bagi si mati yang bukan beragama Islam yang ada membuat wasiat, pembahagian mengikut seperti yang diwasiatkan.
http://www.utusan.com.my/utusan/inf...laysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
 
Back
Top
Log in Register