Saya nak tanya bro ikeda dan otai2 lain..
bab penama dalam dana2 ASNB kita..
saya dah call ASNB..
Jawapannya..ASNB/PNB tidak menyediakan servis penama kepada pelabur dlm dana2 PNB..
Penama hanya dapat dilakukan melalui wasiat di egensi/syarikat2 lain termasuk Amanah Raya Bhd..
Setakat ilmu yg saya ada, wasiat tak dapat dibuat kepada pewaris sendiri termasuk isteri dan anak2..
Harta pusaka kepada pewaris hanya dapat diagihkan melalui faraid..
Saya mohon respond bro ikeda dan yang lain tentang penama ini, melalui pengalaman masing2..
Agak leceh juga bila kita mengambil LASB berinsurans dan simpanan kita dalam dana ASNB semakin bertambah tetapi mengalami jln sukar utk diwariskan kepada isteri dan anak2 bila kita meninggal nanti..
Mohon tuan2 merungkaikan persoalan di atas..
Berkenaan Penama pada saham-saham ASNB..
20 tahun lepas,,(akaun remaja) saya ada kolumn diborang permohonan letak nama penama,,
Dan setelah menjadi akaun dewasa,,sudah tiada penama..
OK berkenaan WASIAT dan FARAID..
Saya tidak arif berkenaan perkara ini,,
Apa yang saya paham adalah,,sekiranya tiada wasiat ditulis sama ada di Bank Islam or direct to Amanah Raya,,maka kaedah Faraid akan ditentukan...
Sebaik baiknya tulis wasiat supaya lebih terurus pembahagian harta..
Ada juga issue dimana walaupun wasiat ditulis 100% kepada isteri kita,,dan jika berlaku tuntutan daripada sanak-saudara si-Mati ini maka hanya 1/3 sahaja yang layak pada si isteri(walaupun 100% diwasiatkan)..dan 2/3 lagi akan dilaksanakan kaedah Faraid yang sudah tentu makan masa yang lama dan makan tahun demi tahun sampailah mencapai persetujuan semua..
So tulis lah wasiat(Bayaran 250-Di Bank Islam boleh buat),,dan jika berlaku kematian,,berpesanlah kepada saudara-saudara agar janganlah menuntut di Amanah Raya.Jika berlakunya tuntutan maka Faraid akan dilaksanakan agar semuanya Adil...
Sebagai sanak saudara perlulah bersikap rasional dan menghormati pesanan/wasiat arwah supaya dibahagi mengikut kehendaknya..Janganlah menambah kesusahan kepada isteri/anak-anak si-mati dengan tuntutan-tuntutan ini yang pasti menganggu ukhwah sanak-saudara kelak..
So pupuklah nilai nilai murni/kemanusian dalam diri anda sebaik-baik mungkin..
Ada kes kawan saya,,masalah harta-pusaka ASB ayahnya,,terpaksa di Faraidkan kerana tiada wasiat..Dan makan 2 tahun baru selesai kes member saya ini,,dan yang bestnya,,,hasil daripada transfer Pusaka ini membolehkan Limit ASB beliau meningkat secara automatik..