BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

FB_IMG_1696504326977.jpg


1. Onana telah dipanggil ke skuad Cameroon untuk perlawanan menentang Rusia dan Senegal semasa rehat antarabangsa Oktober,

2. Terdapat sumber mengatakan akan ada perbincangan lanjut sebelum dia komited untuk bermain di AFCON January tahun depan..

3. Andre Onana memulakan karier yang sukar di United dengan keputusan yang tidak memihak dan dibolosi banyak gol. Keyakinannya juga menurun selepas membuat kesilapan yang membawa maut pasukan

4. Andre Onana agak teragak-agak untuk pergi bersama pasukan kebangsaan Cameroon semasa AFCON, yang mungkin bermakna dia tidak hadir dalam bola sepak peringkat kelab selama sebulan.

5. Keutamaan Andre Onana adalah untuk menumpukan perhatian kepada kelab selepas permulaan musim yang sukar.

#AMU12
Lain kali jangan memandai sergah tengking Lord Maquire.
BBNU kena tabik tunduk hormat dengan otai.
 
FB_IMG_1696552800294.jpg


[ BMU - Komitmen Onana ]

ESPN melaporkan bahawa André Onana enggan meninggalkan Manchester United buat sementara waktu bagi menyertai pasukan kebangsaan Cameroon ke pertandingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada bulan Januari 2024.

Umum sedia maklum, Onana telah pun mengumumkan persaraannya daripada aksi antarabangsa sejurus selesai Piala Dunia di Qatar kerana perselisihan faham dengan Ketua Jurulatih Rigobert Song. Walau bagaimanapun, dia sebaliknya telah bersetuju untuk menyarung jersi Cameroon semula dan telah beraksi dalam perlawanan terakhir kelayakan AFCON menentang Burundi pada bulan September, itupun setelah menerima desakan dari kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Cameroon. Kemenangan 3 - 0 Cameroon dalam perlawanan tersebut sudah cukup untuk membolehkan mereka menempah slot ke pertandingan yang akan bermula pada 13 Januari 2024 di Ivory Coast.

Walau bagaimanapun, Onana kali ini dilaporkan enggan turut serta ke Ivory Coast kerana pemain berusia 27 tahun itu akan ketinggalan aksi Liga Perdana Inggeris selama sebulan dan keutamaannya pada masa sekarang adalah untuk memberi tumpuan kepada kelab barunya. Onana berhasrat untuk kekal di Old Trafford rentetan permulaan buruk di musim pertamanya, di tambah pula dengan rangkuman beberapa siri kesilapan besar yang berlaku baru-baru ini. Justeru, dia ingin memperbaiki kesilapan-kesilapan itu untuk membuktikan komitmennya kepada United.

Terdahulu, semasa rundingan untuk perpindahan bernilai £47.3 juta dari Inter, Onana telah memaklumkan kepada Ten Hag bahawa dia tiada perancangan untuk beraksi semula dengan pasukan Cameroon. Walau bagaimanapun, satu sumber melaporkan kepada ESPN bahawa Ten Hag bersimpati dengan situasi penjaga gol itu dan tidak akan campur tangan dengan sebarang keputusan yang diambil oleh Onana.

Terkini, Onana telah dipanggil menyertai skuad Cameroon untuk aksi antarabangsa bulan Oktober menentang Rusia dan Senegal, tetapi sumber rapat ESPN mengatakan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak berkuasa Cameroon sebelum dia memberikan komitmen untuk bermain di AFCON.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Eth tak nak DeGea sebab DeGea ialah keeper yang cekap di tangan tapi tak kreatif di kaki.
Dapat Onana tapi cekap di kaki tak cekap pulak di tangan.
Parah MU.
Satu per satu department bocor
 
Eth tak nak DeGea sebab DeGea ialah keeper yang cekap di tangan tapi tak kreatif di kaki.
Dapat Onana tapi cekap di kaki tak cekap pulak di tangan.
Parah MU.
Satu per satu department bocor

Memang ambil masa ETH nak baiki masalah yang ada dekat MU ni
Perkara utama dekat pemilik tu sendiri
Selagi pemilik masih kekalkan polisi sama
Datang Pep pun sama je jadinya
 
MU kan dah kaya raya... pak arab dah beli MU kan... kasi shopping player la... bawa masuk mbape+messi+haaland+odegard+saka+pep guardiola+rober zerbi+arteta+alonso... konpom champion...
 
Onana kelihatan agak gementar pada masa tertentu dan kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia kelihatan semakin kurang yakin dalam perlawanan musim ini. - Agbonlahor

 
Back
Top
Log in Register