TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
[ BMU - Informasi Semasa ]
David Ornstein melaporkan bahawa André Onana boleh disenaraikan untuk perlawanan Liga Perdana antara Manchester United dan Tottenham selepas mencapai persepakatan dengan Cameroon FA untuk menangguhkan penglibatannya di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan telah diberi kebenaran untuk kekal di United bagi menghadapi perlawanan pusingan ketiga Piala FA yang mempertemukan United dengan Wigan Athletic pada hari Selasa minggu hadapan dan aksi melayan kunjungan Spurs di Old Trafford pada 15 Januari nanti.
Cameroon akan memulakan kempen mereka di AFCON dengan menentang Guinea pada 16 Januari, 1:00 pagi waktu Malaysia. Kesemua kelab Liga Perdana telah dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk melepaskan pemain mereka menjelang kejohanan tersebut adalah pada 1 Januari, tetapi United dan Cameroon telah bersepakat bahawa Onana akan kekal di kelab buat sementara waktu.
#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited