BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

FB_IMG_1691110243501.jpg


Andre Onana bersama Legend Buffon..

#AMU12
 
FB_IMG_1691122869306.jpg


Louis Saha: "Saya fikir Onana akan memberi impak yang besar. Dia akan menjadi perbezaan terbesar dalam pasukan dari tahun lepas, dan akan mengubah pasukan dengan cara yang sama seperti Casemiro lakukan musim lalu.

“Onana akan mengubah permainan cara dia mengawal permainan dan memberi tekanan pada kawasan padang yang lebih tinggi kerana kemahiran pengedarannya. Onana adalah pemain yang sangat bijak, dia lebih daripada seorang penjaga gol.

“Ia seperti bermain dengan 11 pemain dalam satu permainan, dia akan berasa seperti seorang pemain tambahan. Dia terbuka untuk melakukan kesilapan dan dia perlu menyesuaikan diri dengan negara lain tetapi dia membuktikannya apabila dia pergi dari Ajax ke Inter Milan.”

#AMU12
#ManUtd
 
FB_IMG_1691315371017.jpg


| BMU - Motivasi |

Debut Andre Onana di Old Trafford sebagai penjaga gawang Manchester United dimulakan dengan langkah kanan selepas membantu pasukan memenangi perlawanan melalui hantarannya serta beberapa siri penyelamatan.

Walaupun begitu satu gol yang membolosi gawang beliau, serta merta menjadi viral di jagat media sosial selepas Onana kelihatan tidak berada diposisi akibat sedikit kesilapan daripada rakan sepasukannya.

Onana memberitahu MUTV "Saya adalah orang yang mengawal dibahagian belakang, jadi saya akan menerima segala kritikan dan semua tekanan kepada saya".

"Kami antara pasukan terhebat didunia dan kami akan membuktikannya di atas padang".

"Saya gembira dengan kemenangan ini. Namun kami boleh melakukannya dengan lebih bagus lagi. Masih terdapat beberapa perkara perlu di cuba dan diperbetulkan. Saya bertanggungjawab dengan semua mengenai posisi ini".

Statistik Onana mengikut nombor menentang RC Lens:

Ketepatan hantaran 87%
62 sentuhan
45 hantaran sempurna
8 / 14 hantaran jauh sempurna
6 penyelamatan
1 penyelamatan di luar kotak penalti

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Statman Dave, tiada apa masalah tentang aksi Andre Onana.

#BMU #MUFC #GGMU #BMU7
 
FB_IMG_1694939952609.jpg


|BMU-Bangkit Onana |

Andre Onana kembali menjadi tumpuan selepas Manchester United mengalami kekalahan ketika bertemu Brighton pada perlawanan Minggu kelima Liga Perdana inggeris.

Sejak dibawa masuk dengan harga 43.8 juta pound dari Inter Milan, Andre Onana dinilai belum membuktikan bahawa dirinya sebagai pengganti yang sesuai untuk mengambil alih posisi De Gea.

Dinamakan sebagai pengganti David de Gea, penampilan Onana sebenarnya jauh meleset dari jangkaan awal.

Sehingga minggu kelima Liga Perdana inggeris pemain dari Cameroon itu dinilai masih tidak mampu menjadi salah satu tunjang utama dalam mengukuhkan benteng terakhir Manchester United.

Dalam catatan terkini Onana telah melepaskan 10 gol dalam lima perlawanan Liga Perdana inggeris dan juga berdasarkan data dari WhoScored, setakat ini Andre Onana telah melakukan 20 penyelamatan dalam Liga Perdana inggeris.

Statistik ini sebenarnya jauh dari kata sempurna berbanding dengan prestasi penggantinya di Inter Milan iaitu Yann Sommer.

Untuk makluman, Inter Milan membawa masuk Yann Sommer sebagai pengganti Andre Onana dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas lalu.

Inter hanya membayar 6.75 juta
Euro kepada Bayern Munich untuk pemain itu.Walaupun harganya jauh di bawah Onana, prestasi Yann Sommer sebenarnya jauh lebih unggul.

Malah, Yann Sommer antara tonggak utama yang membawa Inter Milan berada di tangga pertama di Serie A.

Sehingga minggu keempat Liga Itali, Yan Sommer telah mengekalkan rekod bersih tiga kali dan hanya melepaskan 1 gol.

Statistik Andre Onana dengan Manchester United dalam Liga Perdana inggeris.

Perlawanan: 5
Jumlah penyelamatan: 20
Bolos: 10
Tidak bolos: 1

Minggu 1: Manchester United 1-0 Wolverhampton (6 penyelamatan)

Minggu 2: Tottenham 2-0 Manchester United (5 penyelamatan)

Minggu 3: Manchester United 3-2 Nottingham Forest (2 penyelamatan)

Perlawanan 4: Arsenal 3- 1 Manchester United (2 penyelamatan)

Minggu 5: Manchester United 1-3 Brighton (5 penyelamatan)

#BMU03
 
FB_IMG_1695311296220.jpg


|BMU-Pasca Perlawanan |

Lagenda Manchester United Rio Ferdinand mengatakan bahawa kekalahan Manchester United musim ini banyak berpunca dari kesilapan Penjaga gol mereka Andre Onana.

"Kesalahan untuk gol pertama yang diperolehi oleh Bayern adalah tanggungjawab milik Onana.Ia sepatutnya melakukan penyelamatan yang mudah.Itu juga bukan percubaan yang sukar untuk ditangani.Dia sepatutnya melakukan penyelamatan.

“Saya fikir gol itu melambangkan keadaan Manchester United musim ini.Kebanyakan gol yang mereka bolos musim ini hakikatnya merupakan gol yang sepatutnya mereka dapat menghalangnya.

#BMU03
 
FB_IMG_1695430405747.jpg


[ BMU - Pasca Perlawanan ]

Andre Onana bersama-sama Peter Schmeichel membincangkan kekalahan Manchester United kepada Bayern Munich dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah.

Penjaga gol United itu menjelaskan beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan tersebut.

Onana berkata, "Saya yang patut dipersalahkan dan menyebabkan kekalahan United. Kesilapan saya menyebabkan pasukan merudum."

"Saya harus belajar daripadanya dan banyak yang perlu dibuktikan kerana secara jujur penampilan awal saya bersama United tidak begitu baik." ujar Onana lagi.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1695452479996.jpg


|BMU-Pendedahan |

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengakui bahawa barisan pertahanan United ketika tewas kepada Bayern Munich sangat mengecewakan.

Menurut Ten Hag faktor utama yang menyebabkan United tewas bukanlah 100% kesalahan Onana dimana beliau mengakui bahawa secara keseluruhan pertahanan United bermain dengan cukup hambar.

"Untuk 25 minit pertama, kami lebih baik daripada Munich.Kemudian mereka mendapatkan gol dengan sangat mudah.

“Jika anda lihat betapa mudahnya Sane menjaringkan gol, ianya berkaitan dengan kesungguhan pasukan dan bukan sahaja
kerana kesalahan Andre”katanya seperti dilaporkan Sky Sports.

"Sebagai sebuah pasukan mereka sepatutnya tidak boleh membenarkan pemain masuk dengan begitu mudah.”Hakikatnya kami perlu mengatasi masalah itu jika kami tidak mahu tewas dan mahu memenangi perlawanan, kerana segala-galanya bermula dari situ,".

#BMU03
 
Back
Top
Log in Register