BTC USD 76,519.1 Gold USD 4,357.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

FB_IMG_1690049426213.jpg


[ BMU - Rasmi ]

Andre Onana sah menjadi milik Manchester United dengan menandatangani kontrak hingga 2028.

Penjaga gol kelahiran Cameroon itu ditandatangani dari Inter Milan dengan nilai perpindahan €52.5 juta berserta bayaran tambahan sebanyak €5 juta.

Onana bersangkutan perpindahannya: “Menyertai Manchester United merupakan satu penghormatan yang besar. Saya gigih berusaha sepanjang karier saya untuk meraih detik berharga ini."

“Berjalan menyusuri Old Trafford untuk mempertahankan gawang dan memberikan sumbangan kepada pasukan adalah satu pengalaman yang menakjubkan."

"Ini adalah permulaan perjalanan bagi karier saya, dengan rakan sepasukan dan cita-cita baharu untuk diperjuangkan."

"Manchester United mempunyai coretan sejarah penjaga gol yang cemerlang dan saya akan memberikan segala-galanya untuk mencipta legasi saya tersendiri untuk tahun yang mendatang."

"Saya teruja dengan peluang untuk bekerja semula di bawah kendalian Erik Ten Hag dan tidak sabar untuk memainkan peranan dalam setiap kejayaan yang bakal diraih oleh beliau (Ten Hag) di kelab bola sepak hebat ini."

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1690049468795.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

André Onana akan menyarung jersi bernombor 24 untuk Manchester United, nombor yang sama beliau gunakan ketika bersama Ajax dan Inter Milan. Nombor yang dianggap bermakna baginya, kebetulan pula United sudah mengosongkan nombor 24 sejak musim 2021/22 selepas kali terakhir dipakai Timotht Fosu Mensah pada 2020/21.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1690049593757.jpg


| BMU - Dari Lensa Pengurus |

Erik Ten Hag: "Perkara yang paling penting bagi seorang penjaga gol ialah rekod bersih (clean sheet), dan beliau tidak boleh melakukannya sendirian. Itulah sebabnya anda memerlukan organisasi pertahanan yang sangat baik.

Tetapi penjaga gol juga mesti mengekalkan rekod bersih. Itu kriteria pertama seorang penjaga gol yang baik. Bola sepak hari ini juga memerlukan anda untuk menendang dengan baik dari belakang dan itulah kualiti yang ada pada André [Onana]. Beliau sangat, sangat berminat untuk memenangi trofi dan beliau akan membantu pasukan mencapai tahap yang lebih tinggi.

Adakah beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Martinez di Ajax? Ya, sudah tentu. Komunikasi sangat penting. Ia sentiasa sangat penting. Ini soal kerjasama dengan empat pemain yang mengawalnya, dengan seluruh pasukan. Segala-galanya perlu dihubungkan."

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1690049865909.jpg


[ BMU - Galeri ]

Andre Onana yang ditandatangani Manchester United baru-baru ini telah tiba di Basking Ridge, New Jersey untuk menyertai rakan-rakan sepasukan yang menjalani latihan jelajah pra musim Amerika Syarikat.

Lensa kamera mendapati Onana kelihatan begitu bersemangat dan tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan United yang kini sedang membuat persediaan bagi perlawanan pertama siri jelajah menentang Arsenal pada 23 Julai 2023, 5:00 pagi waktu Malaysia bertempat di Stadium MetLife, New Jersey.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1690211685090.jpg


Bagaimana kisah pembelian Andre Onana berlangsung dan apa situasi yang berlaku ketika itu.

Ketika Onana mendengar United berkemungkinan berminat untuk membelinya, terdapat kenyakinan tinggi di kelab itu bahawa David De Gea akan kekal.

Perbincangan tentang lanjutan kontrak De Gea yang berlangsung dalam tempoh yang agak panjang akhirnya mencapai persetujuan.

Musim 2022-23 tamat, De Gea pergi bercuti dan dia memberitahu rakan-rakannya akan kembali ke United sebaik sahaja pulang ke England.
.

Secara peribadi, Erik Ten Hag mahukan seorang penjaga gol yang selesa dengan bola dikaki dan boleh membina permainan dari bahagian bawah.

Namun bajet United hanya sekitar £100 juta. Keutamaannya sejak sekian lama adalah seorang penyerang-tengah dan pemain-tengah.

Jadi, keperluan untuk mencari penjaga gol baharu tidak diberi keutamaan dan pada satu peringkat De Gea ada menunjukkan peningkatan - selesa dengan bola di kaki.

Ten Hag merasakan dia boleh menangguhkan dahulu kemahuannya iaitu untuk memiliki jenis penjaga gol yang dimahukan.

Namun selepas perlawanan akhir Piala FA, Ten Hag mengubah fikirannya. Ia selepas De Gea bolos 2 gol percubaan jarak jauh dari Ilkay Gundogan.

Ten Hag memutuskan dia tidak boleh lagi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan seorang penjaga gol yang sesuai dengan permainannya.

Kesilapan berprofil tinggi De Gea ketika tewas kepada Sevilla 3-0 dan West Ham 1-0 telah merugikan pasukannya.

Kelab mula mempertimbangkan kes-kes itu dan rundingan antara kelab dan De Gea sekali lagi terhenti walaupun sudah mencapai kata putus.
.

Sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara Ten Hag mula bertanya adakah Onana berada dalam pasaran perpindahan.

Ten Hag bercakap dengan Yalcin Sarica, seorang ejen senior di Wasserman Media Group. Asalnya, mereka bercakap tentang Denzel Dumfries.

Kemudian dalam satu panggilan telefon, Sarica telah membangkitkan nama seorang pelanggannya yang bernama Onana. Disini lah langkah pertama itu berlaku.

Dalam masa yang sama, scouter United juga memantau perkembangan Mike Maignan dari AC Milan. Eksekutif kedua-dua kelab pernah bertemu sekitar Mei untuk bercakap mengenai pemain itu.

Tetapi harga Maignan terlalu mahal, selepas Milan menjual Sandro Tonali kepada Newcastle (€70 juta), mereka meletakkan tanda harga Maignan setinggi €100 juta.
.

Situasi di Inter Milan pula, kelab ini perlu menjual pemain untuk membaiki kewangannya. Walaupun Inter meraih hampir £100 juta di Liga Juara-Juara ianya masih belum mencukupi.

Inter terbuka untuk menjual Onana dan pada permulaannya mereka meletakkan harga sebanyak €70 juta yang kemudiannya diturunkan kepada €60 juta. United melihat ia adalah satu peluang.
.

Rentetan peristiwa diatas, ia menjadi latar belakang kenapa United semakin tawar untuk melanjutkan kontrak De Gea.

Sebelum perlawanan akhir Piala FA De Gea memberitahu dia telah menandatangi dokumen lanjutan kontrak - bahagian pemain. Namun United menafikan tidak ada apa-apa dokumen telah ditandatangi oleh mana-mana pihak.

Selepas perlawanan akhir itu, United memberi satu tawaran baru kepada De Gea dengan gaji yang lebih rendah dan tempoh kontrak yang lebih pendek. Ten Hag pula berkata De Gea perlu bersedia menjadi penjaga gol nombor 2 pasukannya.

De Gea diberi pilihan sama ada menerima peranan baharu itu atau dia boleh pergi. Pada 8 Julai, De Gea mengumumkan dia tidak akan bersama United lagi.

Beberapa sumber mengatakan De Gea merasakan dia dilayan dengan teruk oleh kelab berhubung cara dia perlu meninggalkan United.

Namun, beberapa individu dalam kelab itu berkata De Gea boleh menerima syarat awal yang dibentangkan pada bulan Mac tetapi De Gea menolak dan rundingan terus dijalankan.

Pada akhirnya keputusan itu tidak memberi kelebihan kepada De Gea apabila prestasi merosot terutamanya pada perlawanan akhir Piala FA.
.

Kembali kepada minat United terhadap Onana tadi.

Sarica dan rakan sekerjanya di Wassemen telah mengatur pertemuan antara pengurus United, Inter dan Onana sendiri. Mereka mengadakan pertemuan yang cukup positif.

Pengarah sukan United dan Inter iaitu John Murtough dan Piero Ausilio juga bertemu di Milan untuk membincangkan perpindahan Onana.

Dalam masa sama, United juga sedang berunding dengan Atalanta untuk mendapatkan Rasmus Hojlund.

Atalanta meletakkan tanda harga €100 juta dan United memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada rundingan Onana.

• United dan Onana memasuki perpincangan tentang gaji.

United menawarkan gaji rendah dengan insentif tinggi namun ia ditolak oleh pihak Onana. Mereka berpendapat Onana berhak mendapat gaji tinggi kerana dia boleh mengubah permainan United.

Rundingan itu berkemungkinan gagal kerana kedua-dua pihak berpegang teguh kepada cadangan masing-masing.

Selepas beberapa hari terhenti, pada 13 Julai rundingan tersebut disambung semula, dua hari selepas itu kesepakatan dicapai oleh kedua-dua pihak.

Onana ditawarkan kontrak selama 5 musim bersama gaji £200,000 seminggu. Ia adalah peningkatan satu kali ganda berbanding gajinya di Inter.

• United dan Inter perlu berunding tentang yuran perpindahan.

Selepas mencapai kata sepakat tentang syarat peribadi dengan Onana, seterusnya United perlu berunding dengan Inter. United tahu Inter perlu menjual sebelum membeli.

United menawarkan harga permulaan sebanyak €45 juta dan Inter merasakan ia perlu lebih dengan €60 juta. Akhirnya rundingan itu mencapai kesepakatan pada harga pakej €55 juta.

Onana menandatangi perpindahan itu pada Rabu lepas dan terbang ke New York pada keesokan hari untuk menyertai rakan baharunya yang sedang berada dalam siri jelajah pra musim.


Zuraimi Zukri
 
FB_IMG_1690215190896.jpg


Raphael Varane: “Dia (Andre) Onana datang dengan kualitinya. Dia sangat bagus dalam bola, dia selesa dengan bola. Dia membawa keyakinan yang tinggi dalam pertahanan. Saya tidak sabar untuk bermain dengannya."

#AMU12
 
Baru Je Main Bersama, Onana Dah Naik Darah Dengan Maguire



https://**********/baru-je-main-bersama-onana-dah-naik-darah-dengan-maguire/

Kalau saya coach field hockey, saya hanya masukkan Maquire ketika oppo dapat penalty corner je.
Lepas penalty corner, keluarkan balik 😝
 
Back
Top
Log in Register