BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

FB_IMG_1695486431664.jpg


|BMU-Santai |

Andre Onana kembali menjadi tumpuan media untuk dijadikan sebagai berita sensasi sesetengah media UK bagi menghangatkan lagi situasi buruk pemain itu.

Seperti yang dikongsikan oleh media UK seperti The Sun dan Daily Mail mereka telah menyiarkan aktiviti Onana selepas perlawanan Bayern Munich vs Manchester United.

Penjaga gol Cameroon itu dilihat tiba di lapangan terbang Manchester, selepas pulang dari Munich.Andre Onana dilihat menuju ke keretanya sambil membawa beg pakaian.

Dalam laporan dari Dailymail telah menyiarkan satu situasi dimana Penjaga gol baru Manchester United itu gagal menangkap kunci yang dikeluarkan dari poket seluarnya sehingga terjatuh ke bawah.

#BMU03
 
FB_IMG_1696432567831.jpg


|BMU-Pasca Perlawanan |

Andre Onana kembali mendapat sorotan media kerana sekali lagi melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan liga juara-juara bertemu Galatasaray.

Dalam perlawanan itu Andre Onana telah melakukan kesilapan apabila hantarannya ke depan telah dipotong dengan mudah oleh Dries Mertens yang berdiri bebas berhampiran kotak penalti sehingga menghasilkan penalti buat pasukan lawan.

Casemiro yang ingin merampas bola dari pihak lawan hasil dari kesilapan Onana terpaksa akur bahawa cubaannya untuk mendapatkan bola berakhir dengan tragedi dimana beliau terpaksa dibuang padang sekaligus menyaksikan United beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat perlawanan.

Mengikut catatan Penjaga gol dari Cameroon itu telah melepaskan 18 gol dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan 2023/2024.

Selain itu Kesilapan ini juga bukan yang pertama untuk Onana.Dia juga telah melakukan kesilapan ketika United tewas 3-4 kepada Bayern Munich pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara.

Kekalahan menentang Galatasaray membuatkan Manchester United semakin tenggelam di tangga tercorot Kumpulan A.Setakat ini Skuad Erik ten Hag telah bolos 7 gol dalam 2 perlawanan liga juara-juara eropah.

Dalam laporan sama Pengurus Manchester United Erik Ten Hag percaya bahawa penjaga gol moden
Andre Onana akan bangkit menebus kesilapannya pada perlawanan berikutnya.

Erik ten Hag: "Kami sentiasa gembira dengan kelompok penjaga gol kami yang ada ketika ini”.Mengenai Andre Onana dia telah mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu jadi bagi saya dia boleh menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.Kami telah melihat keupayaan dan dia juga mempunyai personaliti yang hebat.Saya percaya dia akan bangkit. "

#BMU03
 
FB_IMG_1696433274142.jpg


STRUGGLE is REAL.

Entah apa la yang bermain di fikiran David De Gea pada ketika ini apabila melihat keeper baru Manchester United yang masih bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik.

Setakat ini, Andre Onana telah bolos 17 gol dalam 9 penampilan untuk Manchester United.

#Onana
#AMU28
 
FB_IMG_1696433492409.jpg


Erik ten Hag:

"Kami gembira dengan kumpulan penjaga gol kami.. Andre (Onana) mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu. Dia boleh menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia. Kami telah melihat keupayaan dan personalitinya yang hebat. Dia akan bangkit. "

#AMU12
 
FB_IMG_1696433525860.jpg


Erik ten Hag: "Bukan hanya seorang yang membuat kesilapan, tetapi pasukan. Ini bermakna anda tidak boleh menang. Saya perlu bercakap dengan pemain lain, tetapi dengan Andre juga. Saya akan bercakap dengannya, dan saya' Saya akan menyokongnya, kerana dia penjaga gol yang hebat."

#AMU12
 
FB_IMG_1696504326977.jpg


1. Onana telah dipanggil ke skuad Cameroon untuk perlawanan menentang Rusia dan Senegal semasa rehat antarabangsa Oktober,

2. Terdapat sumber mengatakan akan ada perbincangan lanjut sebelum dia komited untuk bermain di AFCON January tahun depan..

3. Andre Onana memulakan karier yang sukar di United dengan keputusan yang tidak memihak dan dibolosi banyak gol. Keyakinannya juga menurun selepas membuat kesilapan yang membawa maut pasukan

4. Andre Onana agak teragak-agak untuk pergi bersama pasukan kebangsaan Cameroon semasa AFCON, yang mungkin bermakna dia tidak hadir dalam bola sepak peringkat kelab selama sebulan.

5. Keutamaan Andre Onana adalah untuk menumpukan perhatian kepada kelab selepas permulaan musim yang sukar.

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register