BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HELP: Nak Buka Online Payment Processor Macam PayPal - Minta Nasihat/Input

buka boleh tapi kena berdaftar dengan bank negara malaysia.. kalau tak nanti ada la akta penerima deposit haram
 
Sapakah itu lagenda aurelia? Majistret? Lawyer? Doktor? :-?

Bos ada hosting services sendiri ke? Klu bos berminat, mungkin kita boleh JV. Kalau boleh, saya nak JV dengan orang2 yg blh jadi funder and supporter in terms of financial, technical dan security. Sebab benda ni memang tak boleh buat sorang. Jadi sekarang ada 3 tempat kosong utk JV.

1. Financial
2. Technical
3. Security

Jadi, 1 pihak boleh support and fund dari segi kewangan, 1 pihak lagi boleh support and fund dari segi technical (hosting, domain, server, segala yg berkaitan dengan hardware/software) dan 1 pihak lagi boleh support and fund dari segi IT Security and Maintenance (semua yg berkaitan dgn security, termasuk scripting/coding).

Saya? Lepak dok goyang kaki. :)) Takdelah. Saya lebih kpd Administration, Sales & Marketing, Customer Service. Dulu dah letih ngadap script tu hari2, periksa benda2 yg patut difix. Pastu spend masa utk trial and error. Dari registration, sampai dapat emel, tukar font semua, cek IP bagai, send and receive... berjaga lebih dari 24 hours a day, everyday, sampai semuanya siap. Tu tak masuk hours utk website template design. Mau lebam mata. @-) But it was fun though. Sebab saya memang suka benda2 yg berkaitan dgn scripting and template designing. And also security. Tak tengok TV pun takpe. :o



Idea yg mantap bos. :)cgrock Saya rasa mungkin saya akan offer utk CG Forumers dulu. Biarlah CG jadi Forum pertama yg tau psl projek ni. So kalau ada apa2 nak komplen, lebih senang. Kitorang ada kat sini jek. :D



Maksudnya macamana tu? Suruh hackers try hack ke? Atau suruh hackers yg buat? Kalau suruh hackers yg try hack, itu SELEPAS semua dah in-place, bolehlah. Tapi tak boleh buat open announcement, mati looo... kalau suruh hackers yg buat, itu saya kurang setuju, sebab hackers memang boleh hack, tapi tak semestinya diorg boleh buat apa yg kita nak, sebab ini bukan membabitkan security semata2, tapi termasuk juga design, dan design ada 2. Satu layout design, satu lagi ialah script design. Tapi klu ada hacker yg betul2 mantap dan dia boleh buat semua, dan dia berminat nak JV, boleh jer nego. Tapi lepas tu jangan hack program sendiri dahlah. :p




Owh, ya ka? Bro dah ada complete script semua ke? 100% OPP atau payment gateway? Cer cite, cer cite. :D

Develop sendiri utk payment gateway. Sebab geran MDEC masih offer lagi utk payment gateway. Tu yg nak try tu huhuhu
 
Develop sendiri utk payment gateway. Sebab geran MDEC masih offer lagi utk payment gateway. Tu yg nak try tu huhuhu

Ya ke bos? Berapa jumlah grant yg diorg bagi?
 
buka boleh tapi kena berdaftar dengan bank negara malaysia.. kalau tak nanti ada la akta penerima deposit haram

Saya tak ambil duit deposit secara direct bos. Konsep saya lain. So saya takde lesen BNM pun tak apa. Tapi kalau ada lebih baik la, ianya satu bonus. :)

kena hack lingkuppppp

Mana2 sistem pun ada risiko utk kena hack, tu sebab kena cari mereka yg boleh JV dalam bentuk security.
 
Payza & skrill diorang develop pakai script / language apa yek??? cam asp.net je... :-?:-?:-?
 
Last edited:
Salam semua. Rasanya ramai dah tahu apa tu Online Payment Processor (OPP) kan? Thread ni dibuka khas utk meminta pendapat dari anda yg celik IT dalam bab2 OPP. Antara OPP yg paling terkenal, sebagaimana semua sedia maklum, ialah Paypal. Kemudian ada Authorize.net, Google Checkout, 2checkout, AlertPay/Payza, e-gold dan banyak lagilah...

Sebagaimana yg kita tahu, kat Malaysia ni (rasanyalah) belum ada mana-mana syarikat yg menawarkan khidmat OPP seperti Paypal (kalau ada, rasanya mungkin tak famous sebab tak pernah dengar pun ianya wujud). Jadi utk ringkaskan cerita, saya sebenarnya ada niat utk menyediakan perkhidmatan OPP seperti Paypal. Script lengkap saya dah ada, template laman web pun dah ada, tinggal nak launch jer lagi. Masalah saya ialah: SECURITY SYSTEM/Sistem Keselamatan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan khidmat security seperti yg dimiliki oleh online banking dan OPP yg lain?

Adakah bank-bank mengupah sistem menpower IT mereka sendiri? Atau menggunakan khidmat 3rd party yg telah menandatangani Non-Disclosure Agreement? Ini adalah kerana, utk membuka servis OPP, security system is the MOST important. It's VITAL that the system is hack-proof. Jadi ada banyak kerja nak dibuat, antaranya cross-site scripting. To sum it up, saya perlukan khidmat nasihat dan bantuan bukan saja dari segi keselamatan sistem, tapi juga set-up server dan sebagainya. Dan ini perlukan belanja yg besar.

Adakah sesiapa mempunyai pengalaman/info berkenaan hal ini?

Saya sedar saya akan bermula dari 0, tapi setiap sesuatu itu bermula dari bawah. Paypal pun dulu asalnya dijalankan oleh seorang anak muda yg menguruskan perniagaannya itu dari dalam basement rumah kakaknya saja. Dan sekarang, ia antara OPP yg terbesar di dunia ini.

Income? Tanpa sempadan. Bayangkan kita ada sekitar 5 juta pengguna internet di Malaysia. Kalau kita cas RM0.50 saja pun utk 1 transaksi, darab dengan 50,000 pengguna (tak payahlah 5 juta, 50,000 pun dah cukup banyak!), pendapatan dah mencecah RM25,000 SEHARI! Itu kalau kita mengambilkira bahawa seorang pengguna hanya membuat 1 transaksi dalam sehari. Kalau 3 transaksi sehari bagi seorang pengguna x 50,000 pengguna x RM0.50 x 30 hari = RM2,250,000! Kalau lebih dari 50,000 pengguna dan lebih dari 3 transaksi sehari bagi seorang pengguna? Anda kira sendiri...

Pendapatannya sangat besar, sangat-sangat besar. Jadi saya agak hairan kenapa tiada mana-mana syarikat yg mahu menyediakan servis ini? Sedangkan ramai juga orang-orang kaya yg mampu keluarkan modal besar utk projek sebegini. Malah dalam CG ini sendiri pun, ada ramai orang2 kaya yg saya rasa mampu utk buka syarikat sebegini. Why don't we?

Ini memang niat saya sejak lebih 10 tahun yg lalu, tak kesampaian lagi sampai sekarang. Tapi rasanya saya nak mula cuba mengorak langkah dalam bidang ni. Kalau diizinkan. Jadi input dan nasihat dari kawan2 dalam Forum ni, serta bantuan jika ada, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. :)

Material yg saya dah ada

1. Complete Script
2. Website Template

P.S Background saya bukan IT, tapi tau jugalah sedikit pasal IT, hasil dari belajar sendiri jer, jadi saya mengaku, saya tidak ada kepakaran dlm bidang IT. Saya lebih kpd Sales & Marketing, HR/Administration dan Customer Service. Sesiapa yg rasa nak JV dengan saya sama ada dari segi modal/kepakaran, boleh jer PM. Kalau kita serasi, mungkin perbincangan boleh dilanjutkan. Kalau takde yg sudi, tak apalah, saya buatlah sendiri... :( Cuma harap dapat nasihat/bantuan/info dari kawan2 kat sini. Especially yg ada ilmu/info dalam bidang berkaitan. Trimas. :">


:)cgrock :)cgrock :)cgrock

how's everything tt? what is the progress?
 
how's everything tt? what is the progress?

Still trying to find sources for IT security... in the meantime I'm trying to create another IT platform as well... thanks for asking... :)
 
Back
Top
Log in Register