Wsalam... Sedih pula dengar cerita ini...
Bos dah quote ayat penting ini -->> nak buat loan sikit sbb nak business meniaga ikan laga
Jang tanya saya pasal bisnes ikan laga, bisnes ikan bilis pon belum tentu saya reti...tak pandai berniaga pon...
Cuma nak kongsi sket input pasal BERNIAGA CARA RASULULLAH je...
p/s: Saling mengingatkan semata-mata..takde istilah pandai citer bab2 agama nie bos...jahil lagi bahlul org jawa ckp...
Dipetik dari HudaHakimPartners :
4 sifat Rasulullah sbg Peniaga:
Siddiq (benar),
Amanah (jujur),
Tabligh (menyampaikan)
Fatanah (bijak).

Siddiq dan menjauhi tipu helah dalam perniagaan. Islam menegah peniaga mengeksploitasi pelanggan semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Amanah menjadikan Baginda seorang yang dihormati orang ramai kerana Baginda tidak pernah menyakiti hati dan jujur dengan pelanggannya ketika berniaga.

Tabligh dgn jelaskan produk atau perkhidmatan dengan tepat, jangan menipu sekadar untuk meyakinkan pelanggan.

Fatanah iaitu bijak menguruskan perniagaan. Sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu keusahawanan supaya tahu cara memulakan serta menguruskan perniagaan dengan bijak dan berkesan.



Bukan niat saya nak mengajar


Peringatan hari-hari untuk saya sebenarnya...
Inilah asas besar sebelum bos saya dan kwn2 lain terjun bisnes @ berniaga...
Bos dah pasakkan dalam hati dan faham sedalam-dalamnya perkara diatas,
Insya ALLAH, bos terjun dalam apa2 bisnes akan lebih teliti dan yakin dengan-NYA
p/s: Buat bos, saya doakan bos BERJAYA dalam perniagaan ikan laga nanti...ameen
p/s: Bukan nak nasihat lagi...Kalo boleh ELAK LOAN lagi bagus...bisnes blum tau mcm mana lagi...takut2 LOAN laju jek lepas modal balik nanti TAKUT2 tak lepas.....kalo betul2 nak cepat calling2 jek TUAN ah long no tipon kat tiang letrik tue...jgn kata suruh dtg opis, tunggu depan masjid pon depa akan dtg bos... Cuma kesannya takut2 bab lain jek nanti...simbah cat merah boleh tahan...simbah darah kambing tue yg payah bos...sian anak2 dan bini2 ku gengster... Saya doakan bos cari jalan lain ya....TEKUN @ BANK2 KONVENSIONAL boleh cuba bos...Selamat maju jaya ya!
p/p/s: Airasia pon buang orang yer bos...buang banyak jate ker tino....kita yg jate nie depa takmo ya....molek sungguh puan aireen tue yaa..
hello geng! pls bagi saya semangat nak teruskan hidup hahaha walaupun tgh down tp kita kena kuat en... Sbb saya baru lepas kena buang kerja. Kerja as Operational team dkt airasia tp tulah dia nak cut cost so dia cut sekali manpower hmm so skrg dengan modal duit sendiri yg ada and ingat nak buat loan sikit sbb nak business meniaga ikan laga. saya ada kawan yg boleh tolong setup kedai pesemua sbb dia pun buka kedai yg sama. Cuma skrg ni modal yg ada kureng sikit. ada sesapa ada cadangan mana boleh buat loan ke ha tk kisah lah cemana pun. janji mudah and cepat proses dia