BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HELP: Nak Buka Online Payment Processor Macam PayPal - Minta Nasihat/Input

AureLia

Super Active Member
Messages
7,706
Joined
Nov 9, 2008
Messages
7,706
Reaction score
316
Points
81
Salam semua. Rasanya ramai dah tahu apa tu Online Payment Processor (OPP) kan? Thread ni dibuka khas utk meminta pendapat dari anda yg celik IT dalam bab2 OPP. Antara OPP yg paling terkenal, sebagaimana semua sedia maklum, ialah Paypal. Kemudian ada Authorize.net, Google Checkout, 2checkout, AlertPay/Payza, e-gold dan banyak lagilah...

Sebagaimana yg kita tahu, kat Malaysia ni (rasanyalah) belum ada mana-mana syarikat yg menawarkan khidmat OPP seperti Paypal (kalau ada, rasanya mungkin tak famous sebab tak pernah dengar pun ianya wujud). Jadi utk ringkaskan cerita, saya sebenarnya ada niat utk menyediakan perkhidmatan OPP seperti Paypal. Script lengkap saya dah ada, template laman web pun dah ada, tinggal nak launch jer lagi. Masalah saya ialah: SECURITY SYSTEM/Sistem Keselamatan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan khidmat security seperti yg dimiliki oleh online banking dan OPP yg lain?

Adakah bank-bank mengupah sistem menpower IT mereka sendiri? Atau menggunakan khidmat 3rd party yg telah menandatangani Non-Disclosure Agreement? Ini adalah kerana, utk membuka servis OPP, security system is the MOST important. It's VITAL that the system is hack-proof. Jadi ada banyak kerja nak dibuat, antaranya cross-site scripting. To sum it up, saya perlukan khidmat nasihat dan bantuan bukan saja dari segi keselamatan sistem, tapi juga set-up server dan sebagainya. Dan ini perlukan belanja yg besar.

Adakah sesiapa mempunyai pengalaman/info berkenaan hal ini?

Saya sedar saya akan bermula dari 0, tapi setiap sesuatu itu bermula dari bawah. Paypal pun dulu asalnya dijalankan oleh seorang anak muda yg menguruskan perniagaannya itu dari dalam basement rumah kakaknya saja. Dan sekarang, ia antara OPP yg terbesar di dunia ini.

Income? Tanpa sempadan. Bayangkan kita ada sekitar 5 juta pengguna internet di Malaysia. Kalau kita cas RM0.50 saja pun utk 1 transaksi, darab dengan 50,000 pengguna (tak payahlah 5 juta, 50,000 pun dah cukup banyak!), pendapatan dah mencecah RM25,000 SEHARI! Itu kalau kita mengambilkira bahawa seorang pengguna hanya membuat 1 transaksi dalam sehari. Kalau 3 transaksi sehari bagi seorang pengguna x 50,000 pengguna x RM0.50 x 30 hari = RM2,250,000! Kalau lebih dari 50,000 pengguna dan lebih dari 3 transaksi sehari bagi seorang pengguna? Anda kira sendiri...

Pendapatannya sangat besar, sangat-sangat besar. Jadi saya agak hairan kenapa tiada mana-mana syarikat yg mahu menyediakan servis ini? Sedangkan ramai juga orang-orang kaya yg mampu keluarkan modal besar utk projek sebegini. Malah dalam CG ini sendiri pun, ada ramai orang2 kaya yg saya rasa mampu utk buka syarikat sebegini. Why don't we?

Ini memang niat saya sejak lebih 10 tahun yg lalu, tak kesampaian lagi sampai sekarang. Tapi rasanya saya nak mula cuba mengorak langkah dalam bidang ni. Kalau diizinkan. Jadi input dan nasihat dari kawan2 dalam Forum ni, serta bantuan jika ada, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. :)

Material yg saya dah ada

1. Complete Script
2. Website Template

P.S Background saya bukan IT, tapi tau jugalah sedikit pasal IT, hasil dari belajar sendiri jer, jadi saya mengaku, saya tidak ada kepakaran dlm bidang IT. Saya lebih kpd Sales & Marketing, HR/Administration dan Customer Service. Sesiapa yg rasa nak JV dengan saya sama ada dari segi modal/kepakaran, boleh jer PM. Kalau kita serasi, mungkin perbincangan boleh dilanjutkan. Kalau takde yg sudi, tak apalah, saya buatlah sendiri... :( Cuma harap dapat nasihat/bantuan/info dari kawan2 kat sini. Especially yg ada ilmu/info dalam bidang berkaitan. Trimas. :">


:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Last edited:
secure pkai ssl certificate je an,,? :D

Memang pakai SSL bro.. tapi tu utk laman web jer. Security yg saya maksudkan kat sini ialah keselamatan dari segi script content tu sendiri. Nak pastikan script takde loop holes, bukan kerja yg mudah. #:-S Line demi line kena periksa, takut2 ada hidden command yg boleh menghantar info kpd Tuannya sebab masa buat script ni dulu, saya tak ada buat 2nd or 3rd check-up. That's why kena ensure betul2 script is safe. :D
 
Memang pakai SSL bro.. tapi tu utk laman web jer. Security yg saya maksudkan kat sini ialah keselamatan dari segi script content tu sendiri. Nak pastikan script takde loop holes, bukan kerja yg mudah. #:-S Line demi line kena periksa, takut2 ada hidden command yg boleh menghantar info kpd Tuannya sebab masa buat script ni dulu, saya tak ada buat 2nd or 3rd check-up. That's why kena ensure betul2 script is safe. :D

hehe,,sape wat script tuh bro,? slalu yg nulled je ade hidden,,bro x test lg ke? :D
 
hehe,,sape wat script tuh bro,? slalu yg nulled je ade hidden,,bro x test lg ke? :D

Ni bukan null punya script ni bos, ni custom made woooo :o . Siap ada emel alert lagi kalau login akaun dari different IP. Tiru e-gold punya idea. :))
 
webcash ada

boleh bagitau modal ada berapa untuk start up ni?
 
webcash ada

boleh bagitau modal ada berapa untuk start up ni?

Ooo... tak tau pula ada webcash.. dia collect duit ke? Kena ada lesen BNM tu... macam saya, saya tak perlu lesen BNM sebab tak guna cash utk buat transfer, tapi substitue for cash. Modal? Syyyyy... rahsia... :D Cuma saya nak tau juga berapa kos yg diperlukan utk implement security system ni... :">
 
Dari segi legal kena amik kira juga, rasanya kena ada Money Services Business licence (MSB) dari BNM kalau nak operate bisnes camni.

Dari segi sekuriti kena invest modal yg besar utk hire IT security company utk monitor dan protect apps, network etc.
 
Back
Top
Log in Register