BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Helikopter Bawa Lima Penumpang Terhempas Berdekatan Long Lellang STOLport

“Ada Berita Buruk” - Bapa Dr Ainul Terima Khabar Nahas Helikopter​

e4527bec3e6b7c78ff552dc3d15be9756aa03b2279611

a043ff997e5298ff0ed9bf0ae45f4bc26aa03aeb5eac0

Kamarudin Salleh, bapa kepada salah seorang penumpang helikopter yang terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak, Dr. Ainul Baroah, menunjukkan gambar anaknya (dua, kiri) bersama ahli keluarga ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini malam ini. Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pertemuan terakhir Kamarudin Salleh dengan anaknya Dr Ainul Baroah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak hari ini, adalah ketika mangsa pulang bercuti sempena cuti sekolah sebelum kembali bertugas di negeri itu Ahad lepas.

Kamarudin, 69, berkata anaknya seorang yang pendiam, sangat baik terhadap keluarga dan banyak membantu mereka.

“Dia macam biasa, senyum dan tidak banyak bercakap. Bila balik, dia bersama anak-anak saudara dan keluarga,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini, malam ini.

Kamarudin berkata beliau menerima berita mengenai kejadian itu daripada besannya kira-kira 5 petang tadi.

“Dia telefon selepas sembahyang Asar dan kata ada berita buruk. Sampai dua tiga kali dia sebut berita buruk. Saya tanya berita apa, dia kata helikopter anak saya terbakar,” katanya.

Menurut pesara guru itu, ketika menerima berita berkenaan, keluarga masih belum mendapat pengesahan mengenai keadaan Dr Ainul Baroah, 32, sebelum menantunya menghubunginya petang tadi untuk memaklumkan anaknya disahkan meninggal dunia.

"Anak saya (Dr Ainul Baroah) bertugas di Hospital Miri dan sudah hampir dua tahun berkhidmat di Sarawak, sebelum itu bertugas kira-kira dua tahun di Tanah Merah," katanya.

Kamarudin berkata tugas anaknya di Sarawak turut melibatkan pemantauan pesakit di beberapa kawasan termasuk Baram, yang memerlukan perjalanan menggunakan helikopter kira-kira sekali seminggu.

Sementara itu, ibu Dr Ainul Baroah, Rogayah Mohd Noor, 69, yang juga pesara guru, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik, patuh dan tidak pernah menyusahkan keluarga sejak kecil.

 
14311355137792717-423656.jpg

14311355137792717-423657.jpg


'Saya bawa berus gigi, sikat rambut Ainul untuk diberi kepada polis'

Kota Bharu: "Polis menghubungi kami malam tadi memaklumkan akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesan jenazah anak saya," kata Kamaruddin Salleh, 69.

Kamaruddin ialah bapa kepada Dr Ainul Baraah, 32, iaitu salah seorang daripada lima mangsa yang maut dalam nahas helikopter di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di sini, semalam.

Pesara guru itu berkata, pihak polis turut meminta dia membawa barangan peribadi yang sering digunakan Allahyarham.

"Saya membawa berus gigi dan sikat rambut Allahyarham untuk diserahkan kepada pihak polis.

"Polis memaklumkan akan melakukan ujian DNA dan urusan lanjut sebaik saya tiba di sana.

"Saya kini berada di rumah besan di Bangi, Selangor dan dijangka berlepas ke Sarawak tengah hari ini.

"Sebarang perkembangan dan kedudukan suami Ainul juga saya tidak tahu, sama ada dia pergi ke lokasi kejadian atau menunggu di Miri. Namun sebahagian keluarga sudah berlepas ke Sarawak pagi ini," katanya.

Beliau turut memaklumkan, sehingga kini mereka sekeluarga masih berbincang soal lokasi pengebumian jenazah anak keempat daripada lima beradik itu.

"Saya akan buat mana yang terbaik dan berharap semoga urusan dipermudahkan.

"Sama ada dikebumikan di sana atau dibawa ke Kelantan," katanya.

Semalam media melaporkan, sebuah helikopter BO-105 membawa lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport) di Sarawak.

Pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden berkenaan selain memaklumkan pihaknya menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, , PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.
 

[LANGSUNG] Sidang Media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad​

Sidang Media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berhubung Insiden Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara KKM Terhempas di Long Lellang, Sarawak

 
14311414627865461-423690.jpg

14311414627865461-423691.jpg

14311414627865461-423692.jpg


MIRI - Seramai 21 personel pelbagai agensi kini berada dalam kesiapsiagaan untuk digerakkan ke Long Lellang, Ulu Baram bagi meneruskan operasi susulan insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS).

Pasukan gabungan itu merangkumi 15 anggota Bomba, empat anggota IPD Marudi, serta wakil Layang-Layang Aerospace dan Malaysia Airports Berhad.

Pergerakan ke lokasi menggunakan helikopter Mi-171 milik JBPM dirancang secara berperingkat melibatkan pasukan operasi dan forensik PDRM.

Bagaimanapun, setakat jam 9:45 pagi tadi, penerbangan dari Pangkalan Udara Miri masih tertangguh berikutan faktor hujan dan akan berlepas sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Sumber & Kredit Foto: fb UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HelikopterTerhempas #FDSSarawak #BombaSarawak #PDRMSarawak #UKAS
 

NAHAS HELIKOPTER 'FLYING DOCTOR' - TERHEMPAS DAN TERBAKAR DI SARAWAK​

Sesungguhnya kematian yang mulia ini harus diberikan pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Mereka sanggup menggadaikan nyawa demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Namun, apa yang berlaku perlu diteliti terutama adakah wajar pihak kementerian kesihatan menggunakan helikopter yang boleh dikatakan uzur sehingga meragut nyawa insan-insan hebat ini.

Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa ALLAHYARHAM Kapten Zainol dan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, dan menempatkan mereka dalam kalangan orang orang beriman.

Salam takziah buat semua ahli keluarga. alfatihah

 

Nahas Helikopter: Bapa Dr Ainul Berlepas Ke Miri Bawa Barang Peribadi Anak Untuk DNA​

a043ff997e5298ff0ed9bf0ae45f4bc26aa03aeb5eac0

Kamarudin Salleh, bapa kepada salah seorang penumpang helikopter yang terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak, Dr. Ainul Baroah, menunjukkan gambar anaknya (dua, kiri) bersama ahli keluarga ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini malam ini. Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bapa kepada Allahyarham Dr Ainul Baraah berlepas ke Miri, Sarawak hari ini dengan membawa beberapa barangan peribadi anaknya termasuk sikat rambut dan berus gigi bagi membantu proses pengesahan identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kamarudin Salleh, 69, berkata beliau bersama isteri Rogayah Mohd Noor, 69, dan anak sulung mereka, Ainul Husna, 40, dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

“Saya dimaklumkan oleh pihak polis untuk membawa beberapa barangan yang pernah digunakan oleh arwah termasuk sikat rambut dan berus gigi bagi tujuan proses DNA.

“Urusan penerbangan keluarga ke Miri diuruskan oleh pihak Layang-Layang Aerospace. Insya-Allah, kami sekeluarga akan berangkat ke Miri pagi ini pada 10.30 pagi dari KLIA Terminal 2,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengenai urusan pengebumian, Kamarudin berkata perkara itu masih belum diputuskan dan akan dibincangkan bersama keluarga besan serta suami Dr Ainul, Muhammad Faiz Abdul Malik.

Beliau berkata keluarga kini memberi tumpuan kepada urusan pengurusan jenazah Allahyarham selepas kejadian berkenaan.

Kamarudin yang juga pesara guru ketika ditemui pemberita semalam memaklumkan Dr Ainul Baraah, 32, bertugas di Hospital Miri dan tugas anaknya di Sarawak turut melibatkan pemantauan pesakit di beberapa kawasan termasuk Baram.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut kenyataan CAAM, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian.

 
So heartbreaking.
1f494.png

Dari semalam, bila baca berita tentang helikopter Flying Doctor Service yang terhempas di Long Lellang, Sarawak dan mengorbankan 5 nyawa, hati memang luluh.

Lima wira tidak didendang yang sedang menjalankan amanah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di pedalaman telah pergi buat selama-lamanya.

Mereka adalah:
1f54a.png
Kapten Zainol — juruterbang
1f54a.png
Dr Ainul — Pegawai Perubatan
1f54a.png
Alexson Adit — Penolong Pegawai Perubatan
1f54a.png
Debra Moset — Jururawat
1f54a.png
Jessie Paya — Jururawat

Mereka keluar bekerja seperti biasa.
Mereka pergi untuk berkhidmat.
Mereka pergi membawa amanah.
Tapi kini mereka tidak lagi pulang.
1f494.png


Dan satu lagi perkara yang membuatkan hati saya semakin sedih…
elaun doktor untuk tugas penerbangan seperti ini hanya RM30?!!
RM30 untuk tugasan yang melibatkan risiko sebegini besar?

dan2. kawan2 doctor yang pernah terlibat sama mengatakan tiada langsung proper training on fly education. just sign indemnity, and they are too good to fly; to take care of others while their ownself no one bothered!

Dan helikopter (bertahun 1991) yang terlibat pula dilaporkan merupakan BO-105, dengan nombor pendaftaran 9M-LLF . (Utusan Malaysia)

helikopter mereka dari zaman tok kadok, manakala tengok heli para menteri.. aduh, rasa ralat hati ni.bukan nak wujudkan kemarahan pada nurtizen semua..

Tetapi sebagai seorang doktor, sebagai bekas warga KKM dan sebagai rakyat Malaysia…
kita berhak bertanya tentang keselamatan dan kebajikan mereka yang berada di barisan hadapan.

Mereka juga ada keluarga.
Ada suami.
Ada isteri.
Ada anak.
Ada ibu dan ayah yang menunggu kepulangan.
Jangan sampai kita hanya bercakap tentang nilai seorang petugas kesihatan selepas mereka sudah tiada.

Semoga Allah merahmati Kapten Zainol, Dr Ainul, Alexson Adit, Debra Moset dan Jessie Paya.
Semoga segala jasa dan pengorbanan mereka menjadi amal yang terus mengalir, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dengan para solihin.
al-fatihah




800945968_10244859848011225_3315726847795077026_n.jpg

800993863_10244859847971224_8803529230906913493_n.jpg

801641705_10244859848371234_3173327622016976368_n.jpg

801755539_10244859848451236_1498098757566295215_n.jpg

sumber - https://www.facebook.com/share/p/1CHDHnbP3D/
 

Nahas Helikopter: Operasi Bawa Keluar Mangsa Sedang Giat Dijalankan - Dr Dzulkefly​

66fc01b1c3f1881ba4fb5b7ba2bc2f996aa0dfb655c88

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media khas berhubung insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan (KKM) yang terhempas di Long Lellang, Sarawak semalam.

Operasi membawa keluar lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata operasi berkenaan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dengan usaha membawa keluar mangsa bermula sejak 7.30 pagi tadi.

Dr Dzulkefly berkata pihak hospital di Miri juga telah bersedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat iaitu Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari.

Berita Lanjut Menyusul

 
Back
Top
Log in Register