BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harta Karun Flor de la Mar

kena lelong la klo masuk muzium je cmne nak jadi duit

Biasanya harta tu tak dilelong. Dia akan bergerak ke seluruh muzium dunia dan tuan punya akan mendapat bayaran royalti daripada penganjur dan muzium. Tu yang Melaka awal-awal stake claim.

Yang kayo si tomb raider 2 syarikat tu. Waktu malam dia akan bawa lari secara sembunyi mana-mana harta yang tidak di rekod dalam jurnal kapten atau log kapal. Yang tu memang sah di lelong dekat pasaran gelap.

Siapa yang kenal geng harta karun tau sangat cerita belakang tabir ni :D
 
peh..mmg lebur kena tapaw dgn 2 kompeni dapat kontrak tu dahhhh..
 
Biasanya harta tu tak dilelong. Dia akan bergerak ke seluruh muzium dunia dan tuan punya akan mendapat bayaran royalti daripada penganjur dan muzium. Tu yang Melaka awal-awal stake claim.

Yang kayo si tomb raider 2 syarikat tu. Waktu malam dia akan bawa lari secara sembunyi mana-mana harta yang tidak di rekod dalam jurnal kapten atau log kapal. Yang tu memang sah di lelong dekat pasaran gelap.

Siapa yang kenal geng harta karun tau sangat cerita belakang tabir ni :D

Menarik bro... cerita lgi details bro :D:D
 
Biasa ada agreement antara kerajaan n kompeni yang bawa naik harta. Kerajaan takkan dapat semua. Pastinya kena bahagi 3 (malaysia, indonesia n kompeni). Masih banyak walaupun kena bahagi. Yang milik kerajaan biasanya jadi milik muzium. Yang kompeni biasanya diorg lelong dan kerajaan boleh beli balik masa lelongan awam. Lelongan private payah sikit la nak menang. Kerajaan Malaysia patut aim untuk dapatksn harta milik sultan melaka sebab kaitan sejarah. Emas berbungkal-bungkal tu belakang cerita.
 
Menarik bro... cerita lgi details bro :D:D

Saya pun tidak tahu menahu sangat. Tahu serba sedikit sahaja.

Dulu ada orang minta tolong buatkan website untuk jual harta-harta karun ni. Kawan tu le cerita sikit-sikit. Selalunya geng barang antik dan syiling lama tahu banyak lagi cerita.

Yang seram sikit tu kerana banyak barang ada penunggu. Jadi tomb raider kena ada ustaz atau bomoh yang boleh tundukkan jin penjaga harta tu. Bukan senang kerana ustaz atau bomoh pun kena ada deep sea diving license.

Saya gerenti kapal ni karam kerana bawa barang yang "berat" tu. Orang portugis mana tahu adat :D
 
KULAIJAYA 22 Feb. - Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De Lamar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk melaksanakan projek itu.

"Sejak dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.

"Ini kerana terdapat 30 kapal di lokasi tersebut. Jadi, jika hendak mengenal pasti yang mana satu kapal Flor De Lamar, kita memerlukan teknologi canggih serta melibatkan kos kira-kira AS$30 juta (RM96 juta)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putera, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) percaya dengan kerjasama kerajaan ketiga-tiga negara terbabit, kapal tersebut boleh diapungkan dan secara langsung mengembalikan warisan dan kehebatan empayar Melaka ketika itu yang telah pun diambil oleh Portugis," katanya.

Rahim berkata, harta karun di dalam kapal Portugis itu yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh diyakini masih tidak terusik kerana sudah dilitupi lumpur dan ditumbuhi batu karang.

"Kami difahamkan dalam kapal itu ada lebih 40 jenis barangan berharga yang hendak dibawa ke Portugal dari Melaka pada 1511, setelah dirampas oleh Panglima Afonso de Albuquerque.

"Senarai khazanah Melaka itu kemudian telah disenaraikan oleh anak Alfonso sebelum dibawa ke London dan badan lelongan harta purba di sana menganggar nilainya lebih AS$2 bilion.

"Antara harta karun itu ialah 22 peti wang emas dan perak serta dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada Melaka," katanya sambil memberitahu harta berkenaan bukan sahaja mempunyai nilai kewangan, malah warisan sejarah.

Beliau berkata, sekiranya usaha mengapungkan harta tersebut berjaya, projek raksaksa itu mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

"Menurut undang-undang laut antarabangsa, biasanya di mana kapal itu tenggelam, khazanah itu akan menjadi hak milik negara berkenaan. Tetapi Indonesia hingga kini tidak dapat mengenal pasti lokasi kedudukan kapal tersebut.

"Menurut pihak Indonesia, jika kita dapat buktikan khazanah itu dari Empayar Kesultanan Melaka, harta itu boleh menjadi khazanah Malaysia," katanya.

Katanya, kerjasama berkenaan pernah cuba dijalankan antara Malaysia dan Indonesia ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994, tetapi tidak berhasil.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140223/dn_05/Apung-kapal-bawa-harta-karun
 
Back
Top
Log in Register