BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau Malaya Dari NWRC Dilepaskan Ke Habitat Asal Bulan Depan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Harimau Malaya Dari NWRC Dilepaskan Ke Habitat Asal Bulan Depan​

3cc1bf8a84170318a1d9e5f3c501652f6a88487153d83

d9d7e068fcac90df891c41eb81aa6c5d6a884910af9e9

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup melihat proses merawat harimau belang ketika mengadakan lawatan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Buat julung kalinya, seekor Harimau Malaya betina akan dilepaskan ke habitat asal dari Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di sini awal bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata harimau yang diberi nama “Yong Choh” itu dikesan mempunyai tahap kesihatan serta sifat agresif yang mencukupi untuk berdikari selepas ditangkap di Sungai Choh, Ulu Kinta bulan lepas.

“Kami merancang mungkin pada awal bulan September, kami akan melepaskan haiwan ini (Yong Choh) ke habitat asalnya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Program Lawatan Turun Padang YB Menteri ke NWRC di sini hari ini.

Pada 22 Julai lepas, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau belang betina selepas haiwan pemangsa itu memasuki perangkap yang dipasang berhampiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh di sini.

Dalam pada itu, Arthur berkata menerusi Program Pembiakan Harimau Malaya Dalam Kurungan (MyBIT) yang bermula pada 2023, sebanyak 13 ekor anak harimau berjaya dilahirkan dengan sembilan daripadanya terus hidup dan membesar di NWRC.

Beliau berkata program MyBIT merekodkan kejayaan signifikan pada 2026 apabila lima anak harimau dilahirkan setakat 28 Julai menerusi pasangan induk “Mek Santong” dan “Yeop Kuang”, satu pencapaian reproduktif luar biasa kerana berjaya menghasilkan kelahiran sebanyak dua kali dalam tahun yang sama, iaitu pada Januari dan Julai lepas.

“Mereka (anak-anak harimau berkenaan) masih dalam pemantauan, diberikan makan dan dijaga secara rapi, yang penting kami perlu memastikan mereka cukup sihat.

“Selepas itu, kami akan menilai keadaan mereka tetapi kami biasanya akan tunggu beberapa tahun untuk melihat sekiranya mereka boleh dibiasakan ke kawasan habitat sebelum kami pertimbangkan untuk itu (dilepaskan ke habitat asal),” katanya.

Beliau berkata keutamaan adalah untuk memelihara dan memastikan keselamatan haiwan berkenaan, khususnya spesies yang kini sudah terancam sebelum dirancang untuk dilepaskan ke habitat asal mereka.

 
Back
Top
Log in Register