BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Cendawan Susu Harimau Hidupkan Semula Habitat Asal Di Hutan Simpan Piah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Projek Cendawan Susu Harimau Hidupkan Semula Habitat Asal Di Hutan Simpan Piah​

f136a209dc96104ff047286b75183bb36a0e7c7d6fd46

c6049f8d2254fdd5d2421ad5deb841656a0e7c9130d0e

0e7eb2a0913fa16ddf80f52503a8d2736a0e7ca4a649e

0db1b5e0bc3972cc75097862594162296a0e7cb9b63ab


Projek pemuliharaan cendawan susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus di Hutan Simpan Piah di sini oleh Yayasan Bambusa membolehkan spesies itu kembali ke habitat hutan liar asli.

Projek yang bermula pada 2024 dengan kerjasama masyarakat Orang Asli suku Lanoh dari Kampung Air Bah dekat sini menjadi platform memperkasakan ekonomi golongan itu menerusi penglibatan langsung dalam keseluruhan rantaian projek.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bambusa Dr Muhammad Hakim Abdullah berkata projek melibatkan kawasan seluas kira-kira 100 hektar di Kompartmen 194 Hutan Simpan Piah sebagai lokasi pembiakan semula cendawan susu harimau, dipercayai satu-satunya kawasan pembiakan spesies itu di habitat hutan semula jadi.

“Cendawan susu harimau yang wujud sejak beribu-ribu tahun ialah spesies kulat yang hampir pupus dalam hutan. Jadi, projek ini dilaksanakan dengan pembiayaan penuh oleh Yayasan Bambusa dan diuruskan sepenuhnya oleh masyarakat Orang Asli.

“Penanaman semula cendawan ini akan dijadikan sebagai produk aliran dengan kita dalam proses mengeluarkan tiga produk berasaskan cendawan, iaitu kopi, teh dan sos pencicah dengan permintaan telah banyak diterima termasuk dari Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita di tapak projek di Hutan Simpan Piah di sini semalam.

Muhammad Hakim berkata projek itu turut mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Perak dengan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menanam benih pertama cendawan susu harimau pada September 2024.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 500 benih telah ditanam dengan sasaran memperluas penanaman sehingga 2,000 benih sebulan bermula Julai depan.

Beliau berkata harga pasaran cendawan susu harimau mencecah RM3 segram sekali gus penjualan cendawan itu mampu menjana pendapatan lumayan.

Muhammad Hakim berkata selain nilai ekonomi, cendawan susu harimau juga terkenal kerana khasiat kesihatan terutama berkaitan masalah sistem pernafasan dan digunakan secara tradisional untuk membantu merawat penyakit seperti asma serta jangkitan paru-paru.

 
Back
Top
Log in Register